Thursday, July 22, 2010

Busy ke idak?

Ehem...ehem...semenjak dua menjak ni tekak dok gatal je. Yang paling mengharukan, asik tgigit lidah je hari ni. What the???? Sapa ngumpat aku, baik cakap!!!! Tengah marah ni.. Ahahaha....mana x tergigit lidah, makan macam x cukup mulut. Nasib x berdarah.

Ok...mianhe. Aku tak tau nak kategorikan diri aku ni busy ke idak. Sebab kalu busy, tentu aku xde masa nak bukak fesbuk. Ni hari-hari dok layan fesbuk je. Sempat plak order t-shirt tuk reunion nanti. Banyak entri terperap dalam draft dan bila taip sikit je...delete....x pun aku perap buat jadi pekasam.. Aigooo.....

Mood sekarang ni nak balik kampung je ni. Sabar la sayang. Jumaat akan menjelma esok. Ikut ati nak mintak half day je dari bos aku. Huwaaa......benci la camni. Ngengada je aku rasa.

Tak tau nak cerita apa. Cuma yang aku rasa, banyak benda bermain dalam fikiran aku ni. Pening....Rasa nak lari....*Kamalia, aku g datang kat ko la...Apa? Ko ingat Jopun tu macam selipar jopun ko?Huhuhu...ok nak out.Mengarok jap. Opsss.....skang ni dah addicted berkaraoke la plak. Kila, I blame you for this. Dah la dua2 nyanyi out of tune tahap ke Laut China Selatan....Nyanyi ngan penuh perasaan plak tu... Aduii.....silalah ubah tabiat ini ye cik adik sayang... :)

Tuesday, July 13, 2010

It's Really Hard To Say... I'm Sorry

Dia : "Ko skang ni dah ada pakwe ye. Ko dah tak layan aku lagi."

Aku : *gelak je. Dalam hati tanya, ye ke? Bukan aku akan update dia ke means she's the first who know aku dah ada boifren ke idak?

Mood aku sekarang ni.....Aku rasa keriuhan tu tapi aku rasa terasing sangat-sangat. Dan aku memang tengah mengasingkan diri dari semua keriuhan tu. Aku rasa benci dengan keriuhan tu. Keriuhan tu buat aku rasa nak lari jauh-jauh.

Aku ketepikan insan yang sentiasa ada disisi aku saat aku sedih sebab aku rasa (read: terasa), yang dia dah tak perlukan aku. Sebab dia ada ramai orang lain disekeliling dia dan dia x perlukan aku lagi. Aku akui aku cemburu sebab aku rasa (read: terasa) yang ada orang lain yang dah gantikan tempat aku disisi dia.

Aku pernah berharap yang apak akan kata, "Pergilah sejauh mana yang adik nak pergi, sebab apak tau satu masa nanti adik akan balik."

Honestly, yang mengikat kaki aku hanyalah kerana apak. Kalau tak, aku dah pergi sejauh yang boleh. Mungkin aku dah terlalu spoil, terlalu dimanjakan buatkan aku rasa mengada-ngada. Nak ikut kepala aku je. Oh my....how I wish aku boleh pergi jauh. Biar padan dengan muka aku ni. Tau la nasib ko bila dok jauh dari family.

Siyesly, it's really hard to say sorry. Lidah rasa kelu je nak kata, sorry...aku tak sedar aku dah sakitkan hati ko. Aku tau dia perlukan aku, tapi aku tak tau kenapa lidah ni kelu semacam nak tanya dia. Mianhe, bot. Aku tau ko terasa hati.... Aku pun tak tau apa yang dah jadi ngan aku ni. Perubahan hormon agaknya...Aku benci rasa ni. Sebab aku rasa aku kejam....

Wednesday, July 7, 2010

Reunion & Family Gathering

Letih nak layan notifications yang melambak kat fesbuk hari ni...huhuhu...Ni sume pasal reunion ngan kawan-kawan yang dicadang oleh Janu. Mang aih...dia yang cadang, aku yang penat. Ahahaha....ni la. Bila jumpa balik kawan-kawan, ada yang excited nak jumpa balik. Apa orang kata? Down memory lane.... Ada gak yang buat tak kisah je. Hmmm...aku? Aku tak kisah. Nak kata aku rajin cari kawan tak gak. Tapi bila dah jumpa, takkan nak buat sombong, kan? Lagipun banyak kenangan dengan diorang semua.

Bila dah sibuk dengan reunion sekolah, tetibe abon aku tanya bila nak wat gathering ngan sepupu-sepupu. Lepak makan ikan bakar ke. Ye la, bukan tak jumpa diorang ni, tapi jumpa time kenduri je. Masa kenduri dah tentu sibuk. Bila dah borak-borak pasal gath, terbukak lak cite lama. Kenangan silam masa kami tengah nakal gile-gile. Nak gelak je bila ingat balik. Masa tu... aku, Radziah (kita dua orang je pompuan yang sengal), Adul, Faizal, Along n Juli (aku tak ingat Seli ada ke tak masa tu). Masa tu kenduri arwah nenek. Masa orang lain dok sibuk masak-masak, kitorang redah paya belakang rumah. Rumah arwah nenek tepi sawah so pempaham la...banyak pokok keladi. Rasanya, Faizal kot yang mulakan dulu. "Keladi ni bole makan la. Kita bakar nak?". Pe lagi excited ni. Bakar la keladi tu. Yang makan beria-ia, Along ngan Juli. Aku nga n Radziah, makan sikit je. Yang tak makan si setan gondol dua orang tu. Faizal ngan Adul.

Muka rilek je. Balik umah, aku bukak mulut kat apak "Pak, tadi kitorang makan keladi, sedappp". Aku ingat lagi, apak jerit "Hei, bebudak ni makan keladi gatal!!!!" Ahahahaha....nasib kami sume baik sangat-sangat. Takde efek yang bukan-bukan cuma Adul ngan Radziah je kena sengat dek mak dia. Nasib aku tak kena balun ngan arwah mak...

Siyes....ingat-ingat balik banyak kenangan silam. Habis terbukak balik kisah nakal masa kecik-kecik. Penyangak nye kami jangan cakap la. Tu yang buat aku still rapat dengan sepupu-sepupu walaupun dah beso panjang. Mak busu paham sangat perangai kitorang kalau berkumpul. Aku ngan Radziah selalu kena marah ngan mak kitorang masa kecik dulu sebab nakal macam lelaki. Mana tak nye dok ikut mamat-mamat penyangak tu redah paya terutama masa mak kitorang tengah tido...kekekeke....How I wish I could turn back that time....:)

Monday, July 5, 2010

Bye Kangin



Honestly, hati masih mau menafikan yang masa sudah tiba. Bagi aku, Super Junior takkan lengkap tanpa 13 orang tu. Susah nak iktiraf the other 2 Super Junior M as Super Junior. Mianhe, sampai tahap nama diorang pun aku tak amik tau. Teruk, kan? *sambil sendiri angguk pale...

Hari ni dah tiba jugak hari Kangin akan pergi army. Uwaaaa!!!!! Kangin-shi, jaga diri bebaik ye. Harap ko balik 2 tahun nanti, ko akan berubah jadi wiser man. Jangan sikit-sikit nak panas baran je. Jangan dok minum je. Sekali sekala belajar la minum air kosong daripada asik minum soju tu. Ko betul-betul dah buat ramai orang sedih n marah tau. Ko tau tak, Kila dah beralih arah dah tak minat ko. Dia dah minat Yesung plak skang ni. Ahaks...




Kangin : saya berjanji akan balik sebagai lelaki yang cemerlang, gemilang dan terbilang...ahaks




leeteuk : ko tunggu hyung datang tahun depan okeh!!





air mata si mamat ego...be a good boy ok...ko saja nak wat aku tumpang nangis..huhuhu



peminat yang dok tunggu...Kangin-shi, ko tetap Super Junior sampai bebila




we are Shupojuni-oyo!!!

Erm....aku nak ucapkan (alamak, macam ucapan selamat hari jadi la plak) pada Kangin, jaga diri bebaik dan silalah ubah perangai panas baran mu itu.. Takkan bawak ko ke mana pun. Harap-harap dapat jumpa ko masa Sushow 3 nanti. Nampak gaya, harap je la. Tu la, dah kata. Aku ingin menafikan yang sudah tiba masanya dia pergi army. Ok sabar ok....Ko jangan risau, Kangin. Balik kang aku tolong ko sekeh Kila sebab curang. Ahaks...
Bila tengok balik video yang ada Kangin, hmmm.....how I miss him so much. Si mamat yang mulut jahat langsung tak reti nak kaber line. Dia ada own charisma. Tapi tu la sikap baran n kuat minum tu akhirnya memakan diri sendiri. Nasib tak kena penjara. Harap-harap dia balik 2 tahun nanti dengan keadaan yang lebih baik.
Tengok gambar peminat tunggu tu, tetiba imejin aku ada kat situ next year. Nak wat lambaian pada teukie plak. Ahahahaha.....siyes. Memang mengong. Ah, nak jugak jumpa teukie next year. Kalau Super Junior tak jadi datang, aku bom martensia n segala-gala sia or what so ever yang uruskan diorang....Hahahaha *gelak jahat.

Thursday, July 1, 2010

Mianhe & Sengil Chukahamnida my angel teukie

Mood : sedeyy and tensi... :(





Aigoo...satu perangai aku ni, janganlah janji andai anda tidak dapat menunaikan janji tersebut. Memang aku takkan tuntut tapi aku akan pendam dalam hati.





Takpe la. Aku percaya ada hikmah disebalik setiap yang terjadi. Hari ni hari anda...esok lusa jangan salahkan saya pulak bila tiba hari saya....





Opsss...baru-baru ni dapat tau yang my ex-boss tak dapat cari pengganti aku setelah setahun aku berhenti keja. Means, sejak aku berhenti, belum ada lagi pengganti. Hmmm...cmne nak cakap ek. Kalau ko aniaya aku, biar Allah je la yang balas. Aku agak terkejut la sebab aku ingat yang dia akan senang cari pengganti aku, sebab dia x pujuk n langsung tak rasa bersalah aniaya aku. Aku percaya rezeki aku akan murah ditempat lain.

Beralih mood...... :)

Mianhe teukie...bukan niat nak lupa yang today is your birthday tapi noona mu ini benar-benar tengah banyak hal (aku taknak kata itu masalah).

Hope you'll be very happy on your birthday. Chukahe on Super Junior repackage album. Mianhe sebab noona tak dapat beli album tu. Huhuhuhu...maybe lain kali ye teukie. But, you'll always be my favourite Suju walaupun ada yang lain. Chebal!!! Please stay the same as you're today. Kalu dah masuk army nanti pun, jangan sesekali lupakan noona ye (macam la dia kenal aku, kikiki). Jangan berubah ye teukie...Uwaaa.......bagi ucapan camni pun rasa cam nak nangis. Thanks a lot teukie for always be there when I'm feeling down. U'll always make my day...

p/s : mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa dalam banyak-banyak member Super Junior, aku minat ngan dia ni. Ni namanya tak kenal maka tak cinta. Aku ingat lagi Radziah kata, "hmmm tak hensem pun. Kalu yang ni memang hensem (sambil tunjuk Siwon)". Memang betul, dia tak hensem. Tapi dia yang selalu buat aku ketawa. Yang buat aku rasa nak senyum bila ingat gelagat dia. Yang aku tau, amat-amat caring pasal sume dongsaeng-dongsaeng dia. Mungkin ada yang kata, banyak lagi cara lain ko nak release tension tapi bagi aku, mengenali dia dan adik-adik dia dalam Super Junior adalah satu yang memang aku hargai.

Thanks a lot teukie for all the love that you give. Memang macam satu kegilaan la plak, dah tua-tua ni minat idol camni. Tak pernah dibuat sebelum ni. Sebelum ni minat DBSK, tapi takde la sampai macam ni. Pada sapa yang tertanya-tanya, mana hebatnya teukie ni, bole layan variety show diorang. Honestly, aku memang jatuh cinta dengan sikap dia.

Really looking forward nak ke konsert diorang. Thanks a lot pada Hurul yang selalu update Malaysian ELF project tuk SuShow 3. Aku tak kira...aku nak pergi konsert diorang. Sebab mungkin lepas tu, teukie n heenim akan ke plkn plak.


Happy Birthday to you....my angel teukie :)