Dah macam tajuk cite indon la pulak tajuk entri ni. Just nak mintak kawan-kawan (yang tak berapa ramai ni) doakan aku....
Selangkah lagi ke arah mencapai cita-cita dan impian sendiri serta harapan dan berkat doa mak dan apak. Aku percaya adanya aku hari ini, atas doa dan harapan mak dan apak serta usaha diri sendiri. Harap usaha ini akan membuahkan hasil dan dapatlah kiranya aku ucapkan selamat tinggal pada bumi Kelana Jaya ni...
Ya Allah, KAU permudahkanlah urusanku ini.
Kawan-kawan, doakan aku ye. Semoga urusan Jumaat ini akan membuahkan hasil sebulan lagi. Aku mau pergi jauh dalam kerjaya dan aku mau tinggalkan bumi KJ ni. Bak kata apak, kalau diorang hantar Sabah atau Sarawak, pergi je. Yup, takde apa yang perlu aku takutkan lagi setelah pemergian mak dan apak. Aku yakin Allah sentiasa ada bersama aku. Aku tak perlu takut lagi. Aku akan terus melangkah....
No comments:
Post a Comment