Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan dah tiba...

Salam Ramadhan buat semua teman-teman....Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan seribu satu keinsafan dalam diri...

Busy sikit semenjak dua menjak ni. Awal bulan memang masa paling tenat untuk kami kat opis ni....nak settlekan akaun dan report untuk semua outlet. Aigooo penat jangan cakap la. Balik rumah rasa macam melepek je. Nasib pergi keje agak lambat. Masuk pukul seploh tapi sebab ni bulan pose dapat la balik 5.45 ptg. Kalu tak tu, 6.30 baru terhegeh-hegeh kuar opis.





Meja opis yang memang takkan berkemas bila tiba awal bulan...Kalau tikus buat sarang pun tak perasan agaknya...:(


Dah 4 hari puasa, belum sekali pun dapat jengah bazar Ramadhan yang dekat ngan umah ni. Harapkan Kila je tolong belikan makanan untuk berbuka. Oppssss...nak kongsi bubur yang best ni. Since last year dok pulun makan pengat/bubur ni je. Mana nak cari? Meh datang sini....






TADA!!!!!
Memperkenalkan pengat kegemaran cik Akma ni bila tiba bulan puasa.

Apa namanya? Bubur pulut hitam campur pengat pisang. Sedap wooo....Dari tahun lepas, ni la feveret teman. Mula-mula beli 1 jenis je. Kalau pengat pisang, memang pengat pisang je la. Tetiba sekali beli tu, ada sorang pakcik ni kata dia nak campur bubur pulut hitam ngan pengat pisang. Dalam hati dah kata "boleh makan ke? Tak cirit ke nanti?" Kata pakcik yang jual bubur ni, hanya orang-orang tertentu je yang pandai makan... So gatai la nak cuba. Hasilnya? Terkenang-kenang sampai la ni. First day puasa, Kila salah beli tempat lain, beli pengat pisang je. Tapi rasa macam pengat terbakar. Rasa hangus je...huhuhu sodeh den. Nasib second day, Kila berjaya beli. Kekekeke.....

Apa rasanya? Bubur pulut hitam ni memang dah rasa cukup lemak n tak manis sangat. Regu plak dengan pengat pisang yang ada sedikit masam pada pisang tu...ha, bayangkan sendiri la rasanya macam mana..

Rasanya kat KJ ni je yang boleh jumpa gerai yang camni (sebab sebenarnya tak pernah pergi bazar Ramadhan tempat lain). Gerai ni memang jual macam-macam jenis bubur dan pengat. Rasa memang boleh rekomen la sedapnya. Sebab aku ni tak la suka makan manis-manis sangat. So, sape-sape nak rasa bubur best ni datang la bazar Ramadhan Kelana Jaya ni dan cari gerai yang memang jual bubur je, trademark dia periuk besar-besar atas meja.

p/s : pakcik bubur....kalau ramai yang datang nanti, bagi la duit raya kat saya ye :P





Saturday, May 29, 2010

Ahjumma...Laksa Satu!!!

Sehari dua ni dok ralit dengar lagu Yesung from Super Junior "It has to be you'"....Aigooo... Sampai siap post kat forum kata tiap kali dengar lagu ni, rasa nak lari dari rumah je.. Ye la. Ni lagu OST Cinderella Unnie. Hari ni tak pergi mana so lepak n masak laksa kat umah. Sambil nangis tengok Cinderella Unnie, sambil makan laksa yang podeh!!

TADA!!! Nyum Nyum... :P




Tak bercadang nak wat review pasal Cinderella Unnie sebab aku start tengok pun dah setengah cerita. Awal-awal citer ni dok baca blog ELF then baru paham camne cite ni. Salah citer yang memang best n wajib tengok. Tak sabar nak tunggu hujung tahun ni...harap-harap heroin dia akan menang award..

Oh, ye. Kali ni aku berjaya "menguzurkan" diri dari hadir ke majlis perkahwinan sepupu aku. so, sorry, Seli. Selamat Pengantin Baru ek...Sorry sebab tak dapat datang majlis ko. Currently, aku under medication n esok kena g jumpa doc balik sebab x elok-elok gak. Risau gak tapi InsyaAllah...harap-harap takde apa yang tak kena.. :)

Tuesday, May 18, 2010

Sambal sakai versi Jijah, abang nyanyi ya...

Sambal yang mencipta kontroversi...Kontroversi la sangat...Sape yang first time dengar, akan tanya nape dinamakan sambal sakai....Yang dah penah rasa, akan kata...Alamak, terliur bila fikir...Nyum nyum.... ok pompuan sume...sila salin resepi ye...Bahan-bahannya adalah :

  • Cili api @ cili padi secukup rasa - kot rasa sanggup cirit-birit,letak la lebih-lebih ye. Aku letak dalam segenggam camtu.
  • Bawang putih dalam 6 ulas
  • Belacan atau burger Malaysia anggaran suka-suka hati..kalu suka lebih,letak je lebih..
  • Tomato dalam 5 biji - dipotong dadu
Cara masak:
  • Blender sume bahan kecuali tomato
  • Panaskan minyak masak bukan minyak atar n tumis sume bahan kisar sampai garing
  • Bila dah mula garing, masukkan tomato yang dah dipotong dadu tadi
  • Goreng la sampai agak kering
Nota cep : Sambal ni sebenarnya ala-ala sambal belacan, cuma perlu ditumis n letak tomato je. Mcam mana nama sambal ni leh jadi sambal sakai? Entah la..itu suma kena la tanya Ajijah yang empunya resepi....Aku dapat masa wedding Adul hari tu. Nyum nyum...memang boleh jadi penambah selera n boleh dipelbagaikan. Boleh dimasak dengan nasi sehingga menjadi nasi goreng...boleh jugak masak ngan makaroni, jadi makaroni goreng. Tapi bagi yang tak tahan pedas, sila la sediakan air yang banyak...

Nota tepek kat dahi : Soli...soli...takde gambo..Sambal telah selamat dijadikan nasi goreng dan dimakan ketika menonton perlawanan Piala Thomas antara Malaysia n China. Bak kata Yati, walaupun Malaysia kalah, sekurang-kurangnya ko dah kenyang makan nasi goreng sambal sakai...nyum...nyum...air liur dah meleleh ni...off...layan Entertainment Weekly...

Monday, May 10, 2010

Meng"UDON"kan Diri...

Marilah mari...makanlah udon...jangan lupakan cintamu pada Korea....ahaks....ok ye pompuan...kite bertemu lagi dalam rancangan Dapur Bujang....(cakap ala-ala Cep Wan)


Ha, ni la aktiviti orang malas dihujung minggu...Masak and makan...makan dan makan lagi.. Last Saturday g beli barang dapur setelah hampir berapa abad entah x masuk dapur... Eh, masuk la. Tapi tuk masak megi je...huhuhu...malas, kan kitorang ni? Sampai tahap skill masak aku hancur berkecai. Ade ke, wat puding terlalu cair...Huaaaaa rasa cam nak nangis je masa tu...


Ok, sambung balik. Dalam perut lapar (ye la soping ditengahari), lum makan lagi. Nampak la satu pek ni. Dulu penah gak tengok. Dok la kata ngan Kila, jom kite cuba. Tapi sampai sudah tak cuba pun. Dah pegang, letak balik... Persoalan dalam hati, HALAL ke? Risau gak. Ye la makanan dari luar ni. Kena gak jaga-jaga. Dah letak balik, tapi still nak gak tengok lagi. Tetap tak puas hati. Then, so sudden nampak ada note kat tepi rak. Makanan ni disahkan HALAL oleh JAKIM. So, ape lagi....Mari kita beli!!!! Tapi dalam hati berdebar semacam gak. Sedap ke? Aku ni nama je gile Korea and Jepun, tapi makan sushi pun tak suka. Hari tu Kila makan bibimbap, aku plak yang rasa loya bila bau. Hahahaha.... nampak sangat tekak melayu...

TADA!!!!

Udon...oh udon....Sedap ke rasamu nih? Hmmmm....oleh kerana tekak melayu aku agak kental, dengan sesuka hati je aku tambah cili api dalam tu. Hahahaha....rasa? Ok la....untuk 1st timer macam aku ni.


Yang ni versi sebelum kena ngap! Lapar yang amat masa ni. Dah pukul 4 baru nak lunch. Balik soping, wat taik mata dulu la katakan. Sebab kat paket tu tulis, boleh letak sayur ke apa yang kita suka, so aku suka-suki je letak sosej (padahal dah tak tau nak letak apa) sekali ngan cendawan.... Hmmmm.....terus-terang, bukan la makanan aku. Agaknya, kalau pergi bercuti ke Korea or Japan, harus gak aku bawak stok megi n sardin banyak-banyak. Tak leh nak terima la. Huhuhu...