Tuesday, May 18, 2010

Sambal sakai versi Jijah, abang nyanyi ya...

Sambal yang mencipta kontroversi...Kontroversi la sangat...Sape yang first time dengar, akan tanya nape dinamakan sambal sakai....Yang dah penah rasa, akan kata...Alamak, terliur bila fikir...Nyum nyum.... ok pompuan sume...sila salin resepi ye...Bahan-bahannya adalah :

  • Cili api @ cili padi secukup rasa - kot rasa sanggup cirit-birit,letak la lebih-lebih ye. Aku letak dalam segenggam camtu.
  • Bawang putih dalam 6 ulas
  • Belacan atau burger Malaysia anggaran suka-suka hati..kalu suka lebih,letak je lebih..
  • Tomato dalam 5 biji - dipotong dadu
Cara masak:
  • Blender sume bahan kecuali tomato
  • Panaskan minyak masak bukan minyak atar n tumis sume bahan kisar sampai garing
  • Bila dah mula garing, masukkan tomato yang dah dipotong dadu tadi
  • Goreng la sampai agak kering
Nota cep : Sambal ni sebenarnya ala-ala sambal belacan, cuma perlu ditumis n letak tomato je. Mcam mana nama sambal ni leh jadi sambal sakai? Entah la..itu suma kena la tanya Ajijah yang empunya resepi....Aku dapat masa wedding Adul hari tu. Nyum nyum...memang boleh jadi penambah selera n boleh dipelbagaikan. Boleh dimasak dengan nasi sehingga menjadi nasi goreng...boleh jugak masak ngan makaroni, jadi makaroni goreng. Tapi bagi yang tak tahan pedas, sila la sediakan air yang banyak...

Nota tepek kat dahi : Soli...soli...takde gambo..Sambal telah selamat dijadikan nasi goreng dan dimakan ketika menonton perlawanan Piala Thomas antara Malaysia n China. Bak kata Yati, walaupun Malaysia kalah, sekurang-kurangnya ko dah kenyang makan nasi goreng sambal sakai...nyum...nyum...air liur dah meleleh ni...off...layan Entertainment Weekly...

No comments: