Showing posts with label DBSK. Show all posts
Showing posts with label DBSK. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

DBSK...Tohoshinki...TVXQ...

Sorry...still in the mood of JYJ + DBSK or TVXQ or Tohoshinki (whatever pun yang orang panggil diorang ni)... Tapi grup ni aku kenali dengan nama DBSK which is singkatan bagi Dong Bang Shin Ki.

Opsss...video Ayy Girl dah kuar. Honestly, aku hangin tengok video tu. Macam....erghhh....nak mencarut. Untuk nama besar dan gah macam tu, kenapa la video macam mereka yang baru je nak bina nama. Hello...diorang tu bukan setakat popular kat Korea and Jepun je ye. Satu dunia dah tau kehebatan diorang. Hangin....Junsu nampak buruk dengan baju yang ntahapaapantah tu. Belum masuk Jaejoong yang dah dimekap macam gay!! Argh...ada xde penyelamat sikit, Yoochun je la. Tu pun mekap siap ngan smokey eyes lagi. Aiyarkkkk....Banyak sakit ati wooo... :(

Tak mo publish video tu dalam ni. Sakit ati den. Buat la video lain!!!!Benci...benci...benci....!!! *mode meroyan dah datang.


Hmmm..nak perkenalkan lagu yang mula-mula buat aku tertarik dengan grup ni. Grup yang berulang dari Korea ke Jepun. Jap balik Korea buat album, pusing balik Jepun buat single..Dulu, aku agak tak berapa nak suka lagu Jepun diorang, tapi la ni dok layan gak la. Lambat a.k.a slow sikit la.

Lagu Purple Line ni kalu tak silap dinyanyikan dalam versi Jepun dulu dan dapat #1 dalam Oricon Chart. Pastu diorang buat dalam versi Korea la pulok. Love at first sight tengok dancing diorang dalam lagu ni.




Baru-baru ni dok gile layan lagu ni sambil nyanyi "You got the wrong number, you got the wrong number, I'm sorry you got the wrong number, So don't call me no more". Ahahahaha....dengan niat nak nyanyi tu pada sape yang call aku and aku rasa malas nak bercakap ngan dia...LOL
Dancing diorang super duper sexy dalam video ni dan lagi best kalu tengok live performance diorang :)




Sebab video ni, cinta aku beralih dan terus teguh pada Junsu. Dem...sorry yang lain ye. Siyes, kalu bukan Junsu yang antara yang termasuk dalam grup JYJ, aku tak heran kot nak pergi showcase diorang ari tu. Ahahahaha..... Dan lagu "Spell" ni dah pun menusuk dan menyihir sepupu aku sedangkan sebelum ni dia memang hangin je bila aku minat Korea. Bila dia dengar lagu ni, terus dia kata best la, aku nak download lagu ni. Aahaha welkam to our klab..Klab berangan...ngeh ngeh ngeh...Dalam album ni la diorang buang imej cute separa matang diorang..bina muscle, sexy dance...errr....errr......*pervert mode dalam pale otak ni....hehehe :P





Love at first sight? Mungkin...sebab cute and innocent look diorang dalam video ni buat aku rasa nak peluk dan cium diorang macam aku cium anak buah aku *again pervert mode datang menyerang....Mana boleh ko nak cium lelaki yang beza bape tahun je ngan ko macam ko cium anak buah ko yang baby tu? Heh...berangan je...Bila tengok video ni rasa nak kata...alolololo...pesal cute sangat ni? ahahahaha...Antara lagu kegemaran aku :D





Bila dah jadi Junsu biased....apa saja yang berkaitan ngan Junsu mesti nak tau. Teruja bila dapat tau yang dia buat lirik tuk lagu ni plus lagu ni kena ngan selera aku *mode berangan dia tujukan lagu ni tuk aku...kekekekeke :P





Satu lagi lagu yang asalnya dalam bahasa Jepun dan kemudian dialihbahasa ke bahasa Korea and the lyrics by Changmin the maknae. Memang in love ngan melodi lagu ni. Feeling je...huhuhuhu...



Knowing them...baru sahaja setahun lebih. Sian kan? Sebab ada terlalu banyak yang aku harap aku akan lebih tahu tentang mereka...contohnya lagu-lagu diorang. Honestly, aku tak tau semua lagu diorang. Belum masuk yang versi Jepun lagi....*sigh.... sebab perangai aku bila dah start dengar 1 lagu, aku tak layan lagu lain dah. Sekarang ni tengah mood Mirotic+Wrong Number+Picture of You...

Still praying hard yang diorang akan kembali bersatu...Ntah kenapa kuat hati mengatakan perkara itu tidak mustahil.

p/s : kenapa nak praying hard for them? Sebab mereka la pencetus minat aku pada dunia fandom, fangirls....dunia yang aku rasa membuatkan aku taknak membesar lagi...Aku mau statik disini...Dunia yang boleh buat aku tersenyum saat hati mau menangis....Mereka tak kenal aku, tapi mereka dekat dihati ini. Sebagai penyebab senyuman dan tawa aku...Mungkin tak semua orang akan faham....hanya mereka yang sependapat saja akan mengerti.. :)

Thursday, October 14, 2010

sesi berhiatus bersama JYJ

Last minute decide nak pergi sebenarnya. Hati rasa dugeun dugeun je ni. Nak jumpa kekasih lama la katakan. So....korang jangan cari aku sampai Ahad ni ye.... nak berhiatus bersama JYJ sambil lancar lagu Chajatta!!! Weeehooooo......keterujaan-ness yang amatlah terlampau. Dok pujuk ati je ni jangan mengarut nak sengih cam orang sewel...hehehehehe :P

Tengah fikir nak pakai baju merah yang mana satu ni? Hmmm...kang aku pakai baju kurung merah kang, nampak sangat ayu nye aku...lol :P

arghhhh...teruja ni...ok aku tinggalkan korang ngan lagu Chajatta (Found You) from SungKyunKwan Scandal ost ni. Micky Yoochun look so damn cute in this drama. Tapi lum dapat tengok secara bertenang ala-ala menghayati lagi sebab biasa la awal-awal drama memang agak bosan sikit kan? Layannnn.... :P

Memang mood tengah nak layan lagu ni. Rindu sore all DBSK tapi as a truely cassie, terimalah hakikat yang there's no turning back lagi bagi diorang ni sume. DBSK hanya tinggal pada nama dan pada hati cassie je... :(

Just wish all the very best tuk diorang sume ni and me, as cassie...aku akan sokong diorang semua...Dong Bang Shin Ki hwaiting !! JYJ hwaiting!!


Monday, October 11, 2010

When He Makes Me Smile :D

Sempena menyambut kedatangan buah hati aku ke Malaysia Ahad ni...nak cite sikit pasal this cute naughty guy yang selalu buat aku tersenyum tiap kali tengok dia. Heh!! Macam pernah tengok dia secara live je..Ok..nak kenalkan one of my favourite Korean pop idol Xiah Junsu from DBSK!!! *tepuk!tepuk!

Kasik layan video youtube yang telah slumber ah ding dong nye aku cilok khas tuk sume...Layan la mamat cute ni.Nanti aku cite kenapa dalam 5 orang geng DBSK ni aku terlalu into this cute guy padahal Jaejoong lagi jambu. Eh, apa kaitan jambu dalam entry ni? Tetiba teringat order ice blended pink guava (aku kan suka SNSD, tetibe), budak tu bagi air jamu. AIR JAMU? Bile masa aku order air jamu? Rupanya dia cakap slang Kedah yang ada idgham maalghunnah al dengung..so dah dengar macam air jamu...kekekekeke ;P



eh! Yang ni vid made by fan ler. Aku? Aku tak reti ah nak wat vid camni, aku reti cilok je..ngeh ngeh ngeh....cute kan dia ni? Cepat angguk pale!!*paksa ni..
Why him? Bukan Changmin ke, Micky ke, Yunho ke or abang posmen Jaejoong? Ntah la...Mula-mula kenal grup ni aku mata aku terpaku kat Micky sebab dia ada cheek yang cute sangat. Apakejadahnya asik suka tengok muka mamat cute ni? Pastu beralih arah ke Changmin sebelum menukar haluan ke Jaejoong sebab dia nak panggil future wife dia "aegy" which means "baby". Apa kaitan ngan aku? Ntah...gilos....Tapi sejak aku tengok vid yang kat bawah ni, aku rasa karisma dan aura yang Junsu kuarkan buat aku terpaku.Heh..ayat sungguh x boleh blah. Oppss..nape x minat Yunho? Sebab dia nak kena jadik anak sedara aku kot. Ahahahaha :P




Another song by DBSK yang menampakkan "kejantanan" mereka. Wah!! Jantan sungguh...heh! Mata aku dok terpaku tengok Junsu dalam ni je... Sorry..wa dah x pandang jantan lain dah ni... :P




Awal-awal kemunculan DBSK, diorang nyanyikan balik lagu rakyat ala-ala pok amai-amai ni. Terus jadik popular. Bayangkan *paksa korang bayangkan ni....pakwe hensem-hensem ni nyanyi lagu pok amai-amai, mesti meleleh je air liur tengok...Ahahahaha...Macam aku kata dulu, kalu Super Junior nyanyi lagu Air Pasang Dalam pun aku kata sedap macam lagu baru (apa motif kaitkan ngan Super Junior ni?)

Tapi nak tau sebab utama aku suka sangat ngan Junsu ni? Sebab suara dia dan gelak dia yang macam dolphin tu. Sebab tu ada yang gelar dia cute dolphin (bukan aku ke yang gelar dia camtu?) Cube dengar sore dia masa lagu kat bawah ni (abaikan je la sore awek tu sebab dia gelabah, baru belajar menyanyi :P) Siyes....gua cair je dengar lagu ni...huwaaaaaa!!!!





Junsu ah...moga kita dapat ketemuk yach! Sebab noona belum beli tiket lagi yang sebenarnya ni.. Aigoooo...takpe la demi Junsu walaupun risiko nampak kepala dia je nanti, InsyaAllah kita akan ketemuk yach!! Good luck tuk tour concert u ollz ye...Kalau free meh la kita ngedet kat warung ahjussi William malam sebelum konsert tu nanti ye..tugede-gede ngan Geng Ottoke..hehehehe....harap-harap la dapat join...amin :)