Showing posts with label nota mengarut. Show all posts
Showing posts with label nota mengarut. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Entri Khas Buat Nana...direction balik kampung

Khas buat kawan aku yang tengah susah hati pikir camne cara nak balik kampung menggunakan public transport.Kekekeke..konfem aku kena sumpahan beracun oleh Nana kalu dia baca... Na, aku bagi direction kat sini la ek..Kurang ada mood nak bukak fb (alasan je sebenarnya).

Direction untuk balik ke Gemas sempena Aidiladha (dengan niat nak buat orang kat Jepun tu hati terbakar sebab tak dapat balik raya) tanpa perlu memandu cuma perlu keluarkan duit untuk bayar tiket sahaja.

Cara 1.

Oleh sebab ko dok area Batu 3 kan (suka ati aku je padahal aku dah lupa ko dok area mana LOL), aku suggestkan ko naik komuter sampai Seremban pastu naik bas lompat si katak lompat sampai Tampin pastu lompat lagi sampai Gomeh. Tapi dari stesyen komuter Seremban, ko kena jalan kaki (ada lorong ko folo je) sampai Terminal One.


Keburukan : pempaham je la komuter. Risiko untuk ko berdiri dari Shah Alam ke Seremban amatlah cerah sekali. Jadi kalu bercadang nak naik komuter, make sure kasik praktis urat-urat keting ko dulu supaya tak cramp nanti. Dan pastikan ko praktis cara-cara berebut nak masuk train dan merebut tempat duduk. Lagi satu, komuter amatlah terkenal dengan kelembapan tahap siput sedutnya itew...Jadi sediakanlah bahan bacaan atau mp3 lagu-lagu Korea (macam aku) supaya ko tak dilanda kebosanan tahap petala ke lapan.. Itupun andai ditakdirkan ko dapat duduk la. Kalu berdiri + bersesak dengan mat Indon + mat bangla, kem salam je la. Risiko untuk ko sesak nafas sebab sedut udara HARUM SEMERBAK amatlah tinggi.


Kebaikan : Aku tak nampak kebaikan naik komuter tuk balik kampung ni. Tapi untuk ko yang paling senang nak akses naik komuter (apa punya ayat daaa) bolehlah cuba naik komuter. Aku dah tobat taknak naik komuter lagi dah. It'll be my last choice.


Cara 2.

Naik bas SKS atau Suasana Edaran dari Jalan Hang Tuah. Yang ni agak mencabar ala-ala backpack pegi Korea la sebab ko kena folo aku punya map sebaik mungkin LOL. Ko kena naik Putra LRT sampai stesyen Pasar Seni atau dalam bahasa omputihnya Central Market. Kalu ko nak naik komuter dari Shah Alam, ko turun kat KL Sentral pastu naik Putra LRT sampai Pasar Seni. Sampai Pasar seni, ko turun ke arah kanan (banyak bas RapidKL kat situ). Turun guna eskelator yang ada kat belakang kedai MyNews @ kedai roti. Bus Rapid E22 ke Jalan Hang Tuah. Bas tu memang kat depan sekali. Kalau tak tau kasik tanya sape2 sebab malu bertanya sesat jalan..Nanti tak merasa makan rendang di hari raya korban... Ko naik n bayar RM1. Bas tu akan pegi terminal bas Hang Tuah dan risiko untuk jumpa Nira kat situ amatlah cerah sebab last week aku baru jumpa dia kat sana..Nanti boleh mintak tiket free kat dia LOL...:P

Dari KL dah senang dah nak sampai Seremban pastu cam cara yang first tadi la naik bas lompat si katak lompat sampai Gomeh.

Keburukan : Bagi first timer...aku percaya ko akan kelam kabut sangat-sangat. Sebab ko kena turun naik train n bas.

Kebaikan : Lagi cepat dari naik komuter dan tak ada risiko untuk ko berdiri. Dalam 45 minit dah sampai Seremban.

*** Dari Seremban, kalu ko nak naik Transnasional memang boleh tapi bas tak banyak dan ko kena naik dari Terminal Two. Dah la xde interchange bus g sana. Tiket memang boleh beli kat Terminal One tapi bas kat Terminal Two. Dan bas punya timing pun x banyak macam bas pegi Melaka yang ada sejam sekali. Kalu tak silap sehari hanya ada 6 kali bas je kot so aku memang jarang pilih tuk naik Transnasional.

*** Kalau ko nak naik keretapi pun ok gak tapi musim perayaan ni takut tiket habis tapi takleh nak kata gak sebab cuti tengah minggu mungkin ramai yang tak balik. Yang tu ko kena check dengan website ktmb la, beb. Kalu tak silap, banyak train ke Gemas belah pagi dalam kul 8 cmtu.

*** Stesyen bas Pudu belum berfungsi lagi. Tak silap next year bulan 3 baru mula operasi balik. Kalu ko nak naik bas dari Bukit Jalil, ko kena naik Star LRT ke Bukit Jalil atau ko kena naik Star LRT ke stesyen Pudu (kalu x silap nama stesyen tu lain, aku dah lupa) pastu amik interchange bus ke Bukit Jalil. Itupun ko kena make sure ko dah beli tiket dulu, kalu tak sia-sia je ko g sampai sana tapi takde tiket.

*** Kalu nak lagi senang, dulu aku pernah beli tiket dari Seremban ke Shah Alam/Klang sebab nak g umah akak aku kat Klang. Ko beli je tiket Transanasional kat terminal bas Batu 3 kot. Dah lupa sebab dah lama sangat.

Tapi memang susah sikit la bila Pudu tutup ni. Nak naik bas straight balik kampung jadik leceh sikit. Tapi setelah ditambah, tolak, darab, bahagi....aku rasa lebih kurang sama je ngan naik bas lompat sebab Transnasional tak banyak g Gemas. Anyway...the choice is yours...Ko nak balik ari pe? Aku nak balik sok...kekeke gile kentang balik awal. Sebab weekend ni acik aku g Penang rombongan sekolah, so apak aku tinggal sorang. Sebagai anak yang dedikasi, aku kena la balik temankan apak aku...huhuhu...baru cadang nak raya diperantauan sambil nyanyi "Siapakah yang sudi menghulurkan simpati kepada nasibku ini?" Awal-awal lagi apak aku dah tanya raya balik tak? Kena la aku balik (mode terpaksa balik kampung :P)

Aku suggestkan ko naik train je tapi ko kena pastikan ko sampai awal kat KL Sentral la sebab macam aku cakap train awal pagi. Beli tiket awal-awal (kalu xsilap boleh beli online) kot tak nanti putih mata u, ai tak tau.

Kot de ape-ape kasik roger aku k sebab aku tak online la tuk beberapa hari ni. Selamat berjuang tuk sampai ke kampung. Kalu ko nak balik esok, jom aje kite tugede-gede balik, tapi aku balik petang sebab pagi sok ada ngedet la pulok..kekekeke :P

p/s : harap direction ni akan berguna tuk Nana sebab ini saja yang mampu aku berikan padamu wahai sahabat..ahaks

Thursday, April 29, 2010

Lawak Hari Ini....Aku Mat Rempit

Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kisah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua:
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan…meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light…siol…aje…Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga:
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu.Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu le hawek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada haritu kejadian yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau ngurat lagi.


----> Aduyai...Aku cilok ni dr page cik adek manes Rena...Rena, akak kopipes ek...memang cite lawak yang buat senak perut aku gelak.

p/s : cite ni takde kaitan ngan aku sebab aku bukan mat rempet ye...

p/s lagi : thanks Rena for making my day.. ditengah hati yang agak panas ni, adik jadik penyejuk hati akak...Thanks a lot, dear.. :))

Haven't Met You Yet

Hehehehe...khas tuk kengkawan yang senasib denganku... Nana, aku benci lagu Wali - Cari Jodoh tu..Siyes...cam hampeh pny lagu. Memerli je...hahahahaha...so aku mendecidekan diri nak cari lagu ni.. Sebenarnya, Haven't met you yet...Someday, somehow...we'll meet and live happily ever after...ahaks..

So ...mari kite layan....

Wednesday, April 28, 2010

Tak bersopan sungguh awek tu..

Semalam masa nak balik rumah, hujan turun la plak. Tak la lebat tapi dari tempat turun bas nak sampai ke rumah boleh tahan kuyup gak la.

Aku nampak ada 1 awek ni. Pakai baju kurung Pahang dan bertudung. Handbag kat belah kanan, tangan kiri pegang paper bag "EBENE" plak tu. Ada sekaki payung (payung ada kaki ke?) kat tangan kiri tu. Tapi dia tak bukak pun payung dia tu padahal tengah hujan kan?

Tetiba aku nampak dia kuarkan something dari paper bag dia dan dia NGAP masuk mulut. Teliti punya teliti baru perasan, tu apam balik yang kecik tu. Ala yang jual kat pasar malam SS3 setiap hari Selasa tu. Rilek je aku tengok dia makan. Sambil berjalan plak tu.

Dalam hati terdetik, awek ni tak takut ke kot possible bf ke mak mertua tengok perangai dia yang makan sambil berjalan tu? Kot nanti melepas peluang untuk dipinang. Pastu aku baru perasan satu benda lagi. Telinga dia rupanya bersumbat dengan MP3. Lagu "Mirotic" plak tu. Aik, sama plak minat kite ye..

Nape la awek zaman sekarang buat perangai camtu? Kalau nampak dek akak aku ni, konfem kena reject punya la. Siap la akak aku membebel.... Ucapan tuk awek tu, aku tau ko lapar tapi wat2 ler bersabar. Rumah bukan jauh mana pun..

p/s : awek tu aku la sebenarnya. dah tak boleh tahan sedap beno bau apam balik tu. bukan salah aku, salahkan pakcik apam balik tu, sape suruh dia buat apam balik yang memang cantik, tertarik kau memang tembam!!
p/s lagi : aku tak kisah orang nak kata aku tak sopan ke ape....tuntutan nafsu (makan) harus disettlekan.
p/s lagi dan lagi : nape aku wat n3 ni? ntahla. otak tak berapa nak centre hari ni..layannnnn