Thursday, August 11, 2011

Please...Don't Be Good To Me

Silalah inchek dot dot dot...Jangan terlalu baik dengan saya...


Kalaulah aku boleh cakap macam tu dengan dia. Helpless me...Aku cepat jatuh kasih, jatuh cinta, jatuh tangga, jatuh segalanya bila orang buat baik ngan aku. Terutama kalau 'dia' tu seseorang yang aku pernah suka sebelum ni...Ohoho....tolonglah wahai hati...Sedarlah dia sudah berpunya...


'Dia'....kenapa terlalu baik dengan aku

'Dia'....sikap caring itu melemaskan aku

'Dia'.....aku lebih rela dia diam dari berkata-kata

KERANA...setiap patah kata yang dia keluarkan, bagi aku amatlah indah....


Demmm....benci betul bila hati ada rasa macam ni. Mujur berjaya memujuk hati sendiri, "Amar, dia hak orang. Dah ada anak pun"


Ok...ok...mungkin ada yang akan kata nape la aku ni kemaruk hak orang? Bukan la. 'Dia' tu pernah dan mungkin jugak sampai hari ni, kawan yang rapat.Kenalan dari zaman sekolah yang tiba-tiba jadi rapat. Bertemu kembali...dia sedikit pun tak berubah. Sikap caring tu buat aku suka dengan dia dulu. Tapi aku sedar....dia bukan milik aku.


Aku sedar...sikap dia yang buat aku tertarik dengan dia dulu...dan sebenarnya dia memang begitu...bukan saja dengan aku...so, jangan jadi minah perasan okeh... :P


p/s : luahan hati insan tertekan yang tengah pikir nak makan pe bukak pose nanti...huhuhu...

No comments: