Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Ayah dulu belajar apa kat U Petronas

Sekali-sekala berkumpul memang banyak cerita yang akan keluar. Lepas majlis Adul hari tu, Alang dan Ateh sefamily terus balik SK. Malam tu sambil lepak tengok AF (aku dah tak berapa nak layan dah..cam hampeh je AF tahun ni), sambil on and off tengok MU vs Totenham (betul ke eja cmtu,lantak la)... Alang bukak 1 cerita.

Alang aku ada 5 anak dan 2 daripadanya sedang meningkat naik. Yang sulung baru je sudah SPM dan yang 2nd Tingkatan 4. Alif namanya... Alang aku kerja as a Senior Tech kat Celcom wilayah Timur. Pastu biasa la kawan-kawan rajin bagi baju yang macam-macam (aku gelar baju subsidi). Ala, baju yang ada tulis Celcom la, Maxis la, kalu baju U pun camtu gak. UKM la, UM la...sume ada. So, satu hari Alang aku pakai baju Universiti Teknologi Petronas. Dia kata, Alif asik pandang je dia. Muka penuh persoalan. Agaknya dah tak tahan sangat, so dia tanya kat Alang aku.

Alif : Ayah dulu belaja kat unibesiti petronas tu, belaja apa?
Alang : Ayah belaja cara-cara pam minyak (dengan penuh slamber)

Alang aku kata muka Alif masa tu memang terkulat-kulat. Ye la, dia tau ayah dia keje kat Celcom, so dia wonder camne plak belajar kat UTP tapi keje Celcom? Alif...Alif... Kesian pun ada. Tak memasal je dipedajal oleh ayah sendiri.

Aku dulu pun macam tu gak. Asal tengok orang pakai baju ada logo U mula la kata, "Wah, bestnya dia budak U". Padahal mungkin dia pakai baju kakak dia ke, abang dia ke...So, the main point is...Jangan la terpedaya kalau orang pakai baju ada logo U ke apa ke...

p/s : Aku bawak bekal letak dalam paper bag "EBENE". Ala yang koyok tampal sakit sendi tu. Mesti orang kata, "Sian budak ni, muda-muda dah sakit sendi". Padahal aku dapat paper bag tu dari Kak Lyana. Kila pun penah tanya, "Busu beli EBENE untuk apak ke?" Aduyai.... :P

Wednesday, April 21, 2010

Aku tau dia berdebar...Tapi saje dia nak tunjuk macho..

Sebelum tu..mari layan dulu gambar dari jurukamera tak profesional. Jurukamera ni gelabah macam dia plak yang nak jabat tangan tok Kadi tu...Hahaha wat malu je. Adul yang nak nikah, aku plak yang berdebar-debar.. Sampai goyang gambar yang aku amik...Ampun dong...ni first time saya tengok sepupu saya ni berdebar-debar... Sampai saya pun join sekali.

pokes..pokes....seb bek tok kadi ni tak saiko sepupu aku..kalu tak memang nahas la idup dia...huhuhu..jahat dowh aku ni..
muka mamat yang amat berdebar...dia xnak ngaku yang dia gagap masa baca taklik tapi dia tak tau yang aku ada video masa tu..hahaha akan aku gunakan untuk mengugut dia nanti...





muka tak bole bla...hahaha happy dah jadi laki orang. Dia tak tau bape ramai yang bengkak mata kat belakang menangis bila dia dah jadi laki orang...huhuhu termasuk la den... :(



Batal air sembahyang.. Dan gelang idaman Intan yang akhirnya jadi milik dia...

Sebenarnya banyak lagi gambar nikah dan sanding diaorang ni. Tapi macam yang aku tulis tadi, most of it GOYANG!!! Sebab aku memang not in a good emosi masa ni. Adul, dia sama cam aku. Both of us dah takde mak. Sebab tu mak sedara dan pak sedara sanggup drive dari Melaka ke Rawang just nak tengok dia nikah. Dah settle je, mak busu, pok de ngan Radziah dah nangis. Radziah lagi la, masuk je kat masjid, jap tu dia dah banjir dulu...Ambe? Aku tumpang berkaki-kaki la...

Adul, dia teman rapat aku. Sejak dari dalam perut. Betul...masa mak bersalinkan aku, arwah acik (tengah pregnant Adul) datang temankan kakak-kakak aku. Sebab tu, aku memang rapat gile babeng ngan dia. Aku happy sangat tengok dia dah kahwin. Dan aku harap Intan akan bahagiakan dia sampai bila-bila... Adul, aku sayang ko...huhuhu..my Adul dah jadi hubby orang.... tapi aku suka... To Intan, welcome to our family yang memang bising ni. Harap Intan dapat biasakan diri ngan family kami... :))

Baju Kontroversi

Sebelum apa-apa....mari gelak jahat dulu....hahahahaha


Baju tuk dipakai ketika wed Adul nanti dah siap..Hanya tinggal untuk disarung saja.
TADA!!!!!

sebok betul belt tu nak enterprem gak...babab kang...

Nape baju ni jadi baju kontroversi? Hmmmm...panjang jalan ceritanya..hehehe saje je nak wat orang sakit ati. Bak kat Dato' Siti ~ Biarlah Rahsia....huahuahua..

Ok..aku tau mesti ada yang tanya, nape warna ni? Sebab ni tema belah kitorang nanti. Belah Intan temanya hijau..Oleh kerana warna baju ni agak suram (sebab tu baju ni jadi kontroversi, sebab warna suram n tak berbunga), jadi aku dengan rajin dan penuh usaha....cewah!! Ok...sambung balik. Aku dengan penuh kerajinan pun pergi menampal manik di lengan baju tersebut. Saja nak wat kelainan. Sebab dengar cite yang lain dok sebok jahit manik..so I tak main la manik yang jahit-jahit ni. Xde class...Hahaha mati aku kalau mak busu dengar. Padahal niat aku pada asalnya, nak biarkan baju tu kosong je tanpa apa-apa. Aku tak rajin nak jahit manik (padahal skill tak berapa nak bagus)

Jadi...dipendekkan cerita...Dari asal nak wat kat lengan je, aku beli n DIY kat umah kat badan baju sekali. Nasib baik tanya dulu kakak kedai tu, manik warna ape yang sesuai. So, akak tu kata, manik warna pelangi yang sesuai. Kat lengan, kakak tu yang buatkan (sebab ni la first time aku g wat manik tampal) Dan yang kat badan baju, hasil usaha aku sampai berhasil.



Yang bunga tu hasil usaha aku tu...:P

Aku tengah fikir camne la nak elak dari kena marah ngan acik. Sebab mesti dia hangin tengok baju aku ni. Sebab janji nak wat kan baju dia sekali. Tapi aku takde masa nak g Jalan TAR. Lagi sorang yang bakal hangin adalah Eqa..hehehe sowi laling, busu dah buat dulu. Mung lambat sangat so I go alone...

Hehehe...lantak la nak marah den ko apo ko. Janji baju den dah siap...weeeee.....besok dah start cuti...!!!

Monday, April 19, 2010

Penat Dowh...!!

Aku rasa hari ni...aku mengheret diri aku bangun dari tidur. Penat dan x cukup tido...Huaaa...wish I had my own business dan aku boleh suka-suka hati je nak bangun bila-bila.

Tapi sayang..aku makan gaji. :(

Semalam, settle dah majlis persandingan Adul and Intan kat Rawang. Sebenarnya, belah kami x la penat pe pun cuma x cukup tido je la. I really need my coffee right now.

Mana tak nye. Malam after nikah, kami bukan straight away tido.. Boleh borak dalam gelap plak tu. Mak Busu tukang melayan kitorang yang bising ni. Dapat lelap kejap je, pagi Pokde dah nak balik Melaka so takkan nak tido lagi, kan? Dah tu, baru layan tido balik sampai la Angah tepon tanya kitorang stay kat mana.

Pergi belah pompuan pun, bukan wat ape. Dok makan and amik gambar. Pastu folo Ateh balik. Tak salin baju, terus knock down!! Mengantuk sangat-sangat. Kesan still ada sampai la ni.

So sorry, tak sempat nak upload gambar kawin Adul. Tengok la kalau rajin. Next week belah kami, aku tak rasa aku akan amik gambar. Sebab aku dah dapat bayangkan betapa sibuknya kami semua nanti. Semua bapak sedara dah pesan, masa ni jangan ada sapa-sapa ngelat x mo balik. Ada family matters yang harus diselesaikan sekali..

Huaaa...Adul, ko jangan la bercadang nak kawin banyak kali. Penat dowh....Wat nahas je dia nak kawin banyak kali. Bukan Intan yang smack down dia, aku yang smack down dia nanti...Penat...Next month Seli pulak nak kawin. Alahai...kalau la de alasan untuk menguzurkan diri.. Sebab at the end of the day, aku gak yang kena tembak dek mak sedara...Padahal de lagi kakak sepupu yang tak kawin..Aku gak yang diorang tanya, "yang ni bila lagi ni?"...Mak Busu plak, "ko pegang mas kawin ni, Mar. Amik berkat. Biar lepas ni ko plak kawin"...Aduyaiii....apak, ape la nasib anakmu ini...hahahaha :P

Wednesday, April 14, 2010

Aku Sayang... Aku Rindu....

Hari ni rasa mata macam tak boleh nak bukak je... Malam tadi banyak nangis...Huaaaaa...:(

Ni sume gara-gara Entertainment Weekly kat KBS. Diorang buat topik, kenapa artis menangis. Tunjuk plak Rain, DongHae SuJu...and beberapa artis lain menangis. Yang buat aku nangis, bukan sebab diorang menangis tapi sedih woooo dengar cite diorang. Macam Rain. Dia cite camne mak dia masa sakit, taknak gunakan duit simpanan beli ubat tapi simpan duit untuk kegunaan Rain ngan adik dia. Dia dapat tau lepas mak dia meninggal. Bila dia baca nota yang mak dia tinggalkan.

Camtu gak ngan DongHae. Dia nangis sebab dia kata masa Super Junior dapat No 1 dalam carta, members lain call ayah masing-masing, bagitau yang diorang dapat No 1. Tapi dia rasa cemburu sebab dia tak boleh nak call ayah dia, ayah dia dah takde.

Sebenarnya, aku pernah rasa macam tu dulu. Terutama masa belajar. Kawan-kawan aku selalu...sikit-sikit "nak call mak la..Rindu la ngan mak..Mak aku pandai buat kuih ni. Kalau mak aku masak lagi sedap dari ni..." huhuhuhu...aku yang xde mak ni? Dok la tumpang kasih kakak...Nasib baik kakak sudi bagi kasih sayang dia kat aku ni..

Aku rindukan mak. Rindu sangat. Ingat bila Zila tanya aku semalam, "mak ko tak bising plak, ko tak kawin lagi?" Aku jawab "kalau dia ada, memang dia akan bising". So dari situ baru dia tau yang aku dah xde mak. Aku tau kalau mak masih ada, mesti dia bising dan risau anak dia masih tak kawin-kawin lagi. Apak plak, aku tau dia taknak bising kat aku je. Tapi sebenarnya dia risaukan aku. Itu la salah satu benda yang paling aku benci nak buat. Buat apak risaukan aku.

Aku betul-betul rindukan mak. Walau aku tau Allah lebih sayangkan dia. Aku rindukan apak aku. Walau minggu lepas aku baru saja tatap wajah dia. Nape la aku ni belum ada rezeki nak keje dekat-dekat ngan kampung. Kalau tak, mesti senang je aku nak balik kampung tiap-tiap minggu...Hmmmm... :((

Tuesday, April 6, 2010

Countdown Untuk Cuti!!!Yippieee!!!

Akhirnya, dengan penuh jayanya...aku berjaya mintak cuti. Bukan setakat masa Adul nak kawin nanti, siap ujung minggu ni pun aku mintak sekali...hahahahaha...happy macam dapat emas sekepuk..

Jadi, dengan ini saya mengisytiharkan tuan tanah akan stop membelog dan memfesbukkan diri start dari Jumaat sampai Ahad... ye aku tau tak lama aku cuti tapi rasa happy sangat.. Dapat balik jumpa wajah kesayangan hamba yang tercinta..

Nak balik buat Puding Coklat...eh, tu kena buat besok. Tuk "Potluck" Khamis nanti. Vicky last day ari Jumaat but I'm not around so kitorang decide nak wat "Potluck" Khamis nanti.

Aku perlu rehatkan minda yang dah letih ni. Semalam dah talk heart-to-heart dengan boss. Banyak yang dah aku luahkan dan aku decide aku nak bertahan sampai En. K memberikan keputusannya selewat-lewatnya bulan 6 nanti. Dan boss memang tak tau aku ada janji ngan En. K... Oh, En. K , aku harap kita ada jodoh bersama.. :))

Currently, tengah sakit perut gelak tengok my teukie dalam Star King... aduyai..bak kata teukie, sapa perempuan yang bersama dia kena pakai krim mata yang banyak sebab akan selalu tergelak je.. Dan, ye. Aku perlukan krim mata kerana tiap kali bersama dia, aku rasa kedutan kat mata makin banyak...dan aku suka semua kedutan tu.. :))

Monday, March 29, 2010

W.E.E.K.E.N.D

Tak tau kenapa kali ni nak cerita pasal weekend yang baru saja berlalu. Mungkin sebab ada perkara menarik yang terjadi. Start dari Jumaat malam Sabtu, aku dah risau semacam je. Ye la...aku tak tau SMK Seafield tu kat mana..Tak pernah pegi area situ. Pagi-pagi dalam kul 7.30 am, dah tahan teksi. Uncle India..dan dia tak tahu area sana. Ok takpe. Pujuk hati.. Masa tu baru perasan, hari Sabtu memang tak banyak teksi. Dalam hati dah fikir, matilah aku kalu 8.30 am pun tak dapat teksi.

Then rezeki...satu pakcik teksi ni kata dia biasa area USJ 2. Ok pendek cite aku sampai dengan selamatnya dan exam dengan jayanya...Jaya ke? Lantak la.. Pastu bila check handphone, tengok ada 2 miscalled dari Radziah. Dah tau dia nak g KL minggu ni so sms dan tanya? Jap tu dia call, ajak join dia sekali. Pe lagi dengan penuh excited jawab nak!nak!nak!...Balik, rehat jap then bila Radziah call kata dia dah nak sampai, terus siap-siap. Melepas la tengok Invicible Youth minggu ni..:(

Mula-mula ke rumah Pak Anjang kat Bukit Jalil...borak kejap then decide nak ke rumah Mak Itam. Honestly, ni la first time aku pegi rumah Mak Itam. Main redah je. Nasib baik Zul biasa gak area situ. Sedih... :( Salah seorang adik arwah mak yang dah nampak sangat keuzurannya. Kami memang jarang jumpa sebab dia dok KL dan jarang balik kampung. Kalu tak silap, aku tau yang mak ada lagi sorang adik masa tu aku dah sekolah rendah. Pak Itam, kali ni la first time aku jumpa dia. Radziah nangis sebab dia kata rupa Mak Itam seiras dengan arwah mak dia. Memang betul...seiras betul ngan arwah acik...hmmm...sekarang ni hanya tinggal Mak Itam ngan Mak Busu je adik2 perempuan mak.

Then makan dan makan lagi kat rumah Kak Sari...hehehehe...sampai tahap mengah. Best sangat-sangat. Then balik n tengok AF..Bosan betul AF tahun ni. Lum ada nak minat sapa-sapa macam aku gila minat Akim last year. Siap AFUNDI lagi dengan Radziah. Kenang-kenang balik, kitorang gelak gile-gile. Ahad...masa untuk TIDO!!!Tido dan tido lagi.. Takde mood nak wat benda lain. Nyaris-nyaris nak ikut diorang balik Melaka. Tapi aku malas sebab rasa penat..

So that's my weekend. Saja je nak wat post ni sebab aku nak ingat kisah aku pergi jumpa Mak Itam... Taknak those memory luput dari ingatan.. :)