Showing posts with label nota cinta. Show all posts
Showing posts with label nota cinta. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Bila Rasa Itu Bukan Rasa Kita

Bersambung mood sedey sebab kekalahan South Korea malam tadi...Kikiki....

Ntah la. Bangun je pagi tadi tiba-tiba ingat cinta yang tak kesampaian. Orang kata tak baik ungkit, benda dah lepas. Bukan aku yang ungkit. Salahkan mereka dan keluarga mereka.

Penah rasa tak, bila kita nak something then kita usaha gile-gile nak dapatkan benda tu. At the end, kita tak dapat, tapi kita tak frust? Aku? Aku pernah rasa. At the end, aku rasa macam...."oh, ok. Maybe bukan rezeki aku. Janji aku dah usaha".

Aku tak suka orang ungkit kisah tak kesampaian tu. Bole buat aku rasa nak hempuk meja, hempas pinggan mangkuk je. Silap besar kalau ada yang kata, status single aku ni ada kaitan dengan 'si dia' tu. Nehi hey nehi......Chongmal shiro....Nyampah giles kalu orang kata macam tu. Dan....jangan cuba buat aku berbaik dengan 'si dia' atau isterinya, sebab itu takkan pernah terjadi. I'm happy when I see him happy, but no, thanks. I don't think aku akan jadi kawan mereka-mereka itu. Biarlah aku doakan mereka bahagia. Aku tengok mereka bahagia. Tapi untuk jadi teman akrab mereka, itu akan jadi perkara terakhir yang aku fikir aku akan buat.

My BFF, Amy penah tanya. Macam mana rasanya jatuh cinta? Takut nanti hati akan terluka. Aku kata pada Amy...Go for it. Learn from that experience. Kalau tak jatuh, kita tak tau sakit ke tidak bila kita jatuh. Aku? Aku dah rasa macam mana tunggu someone selama 6 tahun (read: 6 TAHUN), then bila kami couple, aku rasa.....enough is enough...Ko takkan berjaya buat aku menangis lagi. Cukup! Tapi aku takkan pernah menyesal tunggu ko 6 tahun untuk ko luahkan perasaan ko pada aku + bercinta bagai nak rak selama 3 tahun = tak sampai setahun putus, ko dah bertunang ngan pompuan lain.

Aku akui, aku yang mintak putus. Bila aku mula rasa, rasa itu bukan lagi rasa kita. Bila hati mula tawar dan aku tak nampak future kami bersama. Ikhlas...tiada dendam. Dan bukan nak mendabik dada kata aku yang tinggalkan dia. Aku ngaku...aku tak cukup kuat tuk terus bersama dia. Aku tak pernah menyesal mencintai dia....Thanks a lot untuk semua rasa itu.

Nape nak ungkit kisah silam? Sedangkan dia sedang berbahagia. Berbahagia ke? Ntah, aku nampak macam ye je. Please la... Kata-kata anda sudah mengguris hati saya yang masih punya parut yang 'si dia' tinggalkan. Aku rasa aku dah ok, boleh borak n gelak-gelak dengan 'si dia' dan isterinya, tiba-tiba ada mulut yang berkata, "ko masih ada hati dengan dia". Oh, my....Nasib baik itu majlis orang, kalau tidak...mungkin meja dan periuk belanga bakal terbang dan aku bertukar menjadi menatang ijo Incredible Hulk.

Hari ni, aku macam nak tempik pada dunia. AKU MANUSIA BIASA...Aku tak rasa aku punya rasa "it's ok, aku ok". Please..no. Itu bukan aku. Ada masa aku bole berpura-pura yang aku ok, aku tak kisah tapi ada banyak masa aku rasa dan aku kata "cukup-cukup la lukakan hati sendiri. Ko pun ada hak untuk bahagia". Bila aku dah mula rasa macam tu, aku harap mereka-mereka itu akan memahami.

Bot, please la. Aku rasa aku tau niat ko suruh aku datang umah ko minggu ni. Nak jalan-jalan dengan 'si dia' dan isterinya sekali, kan? Maaf la. Patut pun rasa cam berat hati je. Sorry, Bot. There's a time bila aku betul-betul rasa aku tak ok. Dan aku tak rasa aku akan happy. Sebab.....'si dia' tu aku pernah cintakan separuh mati....


p/s : aku dah get over him...dia hanya tinggal dalam lipatan memory yang adakala buat aku terfikir, bestnye kalau Veldomort (Harry Potter) tu bole kuarkan memory tak best tu. Sayang seribu kali sayang, walau dah putus, aku still kena hadap muka dia bila ada majlis keluarga. *tu la padan muka, sape suh bercinta ngan kazen sndiri*...opsss...pecah suda rahsia aku....

p/s : korang tak tau betapa terernye aku. Wed 'si dia' aku redah dengan penuh slumber. Dah tak rasa apa-apa. Semoga ko bahagia. And I really hate lagu Pelamin Anganku Musnah....kekeke...bole emo dengar lagu tu.

p/s : note to my niece. Kalau rasa berbaloi untuk luahkan cinta pada someone, go for it. Grab sume opportunity tu. Sebab at the end of the day, buat penat je kalu nak tunggu jantan-jantan itu luahkan isi hati. Macam aku...menunggu sampai 6 tahun just because aku takmo digelar perigi cari timba.

p/s : he's not the reason aku masih solo sampai sekarang. In fact, lepas clash ngan dia, aku ada couple diam-diam....kekekekeke....player sungguh.

p/s : 'si dia' kata dia perlukan wanita yang bole mendampingi dia bukan menyaingi dia. Upppsss....aku bersaing dengan dia? Kekeke....aku lagi suka konsep "win-win". Mungkin sebab walaupun aku anak bapak, tapi bila ada peluang untuk berdikari...I'll go for it. So, lelaki diluar sana....sudi bersaing dengan saya?? *gelak sambil tutup mulut*

Wednesday, April 21, 2010

Baju Kontroversi

Sebelum apa-apa....mari gelak jahat dulu....hahahahaha


Baju tuk dipakai ketika wed Adul nanti dah siap..Hanya tinggal untuk disarung saja.
TADA!!!!!

sebok betul belt tu nak enterprem gak...babab kang...

Nape baju ni jadi baju kontroversi? Hmmmm...panjang jalan ceritanya..hehehe saje je nak wat orang sakit ati. Bak kat Dato' Siti ~ Biarlah Rahsia....huahuahua..

Ok..aku tau mesti ada yang tanya, nape warna ni? Sebab ni tema belah kitorang nanti. Belah Intan temanya hijau..Oleh kerana warna baju ni agak suram (sebab tu baju ni jadi kontroversi, sebab warna suram n tak berbunga), jadi aku dengan rajin dan penuh usaha....cewah!! Ok...sambung balik. Aku dengan penuh kerajinan pun pergi menampal manik di lengan baju tersebut. Saja nak wat kelainan. Sebab dengar cite yang lain dok sebok jahit manik..so I tak main la manik yang jahit-jahit ni. Xde class...Hahaha mati aku kalau mak busu dengar. Padahal niat aku pada asalnya, nak biarkan baju tu kosong je tanpa apa-apa. Aku tak rajin nak jahit manik (padahal skill tak berapa nak bagus)

Jadi...dipendekkan cerita...Dari asal nak wat kat lengan je, aku beli n DIY kat umah kat badan baju sekali. Nasib baik tanya dulu kakak kedai tu, manik warna ape yang sesuai. So, akak tu kata, manik warna pelangi yang sesuai. Kat lengan, kakak tu yang buatkan (sebab ni la first time aku g wat manik tampal) Dan yang kat badan baju, hasil usaha aku sampai berhasil.



Yang bunga tu hasil usaha aku tu...:P

Aku tengah fikir camne la nak elak dari kena marah ngan acik. Sebab mesti dia hangin tengok baju aku ni. Sebab janji nak wat kan baju dia sekali. Tapi aku takde masa nak g Jalan TAR. Lagi sorang yang bakal hangin adalah Eqa..hehehe sowi laling, busu dah buat dulu. Mung lambat sangat so I go alone...

Hehehe...lantak la nak marah den ko apo ko. Janji baju den dah siap...weeeee.....besok dah start cuti...!!!

Friday, April 16, 2010

Saya Single, Anda Single... Dia pun Single

Inilah kuasa fb. Kawan yang zaman sekolah dulu pun kite dapat cari..

Zairin...dia BFF aku masa Form 2. Pastu kena pindah sekolah lain dan terus kitorang lost kontek. Macam x logik je sebab family kami still duduk Gemas tapi kitorang x penah jumpa lepas tu. Last semalam dia add aku kat fb.

Soalan cepumas yang biasa akan keluar bila jumpa balik kawan lama... "Ko dah kawin?"....Agaknye sebab umur dh tahap memang kena kawin, so x akan ada soalan lain yang akan dikeluarkan... Kadang-kadang nak je jawab, "Takkan sebab ko dah kawin, aku pun kena kawin gak?" Tapi nampak macam melampau dan penuh beremosi la plak nanti.

Yang penting, rupa-rupanya aku bukan sendirian. I'm not alone la bak kata omputeh nye. Sebab Zairin still single dan aku ada beberapa orang kawan lagi yang masih single...

Sebab tu aku tak pressure sangat kalau balik kampung especially belah mak la. Sebab aku ada 3 orang kakak sepupu termasuk Radziah yang still solo lagi. Siap Mak Anjang cakap lagi hari tu. "Takpe la, boleh temankan kak Mary"....hehehe sebab anak dia pun tak kawin lagi.

Topik kawin ni agak rancak diborakkan semenjak dua menjak ni. Dan aku jump to one conclusion. Sebenarnya amat sukar untuk kita puaskan hati semua orang. Aku takkan berkahwin hanya kerana orang nak aku kahwin tapi aku akan kahwin setelah aku benar-benar pasti yang aku dah cukup bersedia nak mengharungi apa jua rintangan. Dan setelah aku pastikan lelaki itu bukanlah lelaki yang akan memisahkan aku daripada apak dan keluarga aku.

So, for this time being....aku cuma mahu enjoy my single life!!!

:))

Wednesday, April 7, 2010

Get Well Soon my teukie..!!

Currently, my teukie meng'injured'kan dirinya semasa sessi latihan menari....Cess...kuang asam punya lantai. Ko buat my teukie jatuh ye...Hehehehe....sengal!!

Nak tau lebih lanjut, baca sini

So, seminggu ni tak dapat la dengar sore dia dalam Sukira...ces, macam la aku penah dengar Sukira selama hari ni...

Bila teukie tak sihat, tetiba rasa macam berjangkit pulak sakit tu kat aku.Patut la rasa tak berapa nak sihat sehari dua ni....hahaha sah memang sengal.

Sudah mula memikirkan patutkah aku rembat anak kucing mak busu dan dengan bangga hati akan aku namakan teukieteukie...hahaha lum ada pets dah pikir nak letak nama apa...aku akan berusaha meng'usha' kucing mak busu 2 minggu lagi...hahahaha matilah aku kalau dia tau aku ada niat nak rembat kucing dia...

Siyes!! Rasa nak demam...get well soon my teukieteukie...life seems so empty without you...:((

Off....pokes pokes keje...jangan dok ngelat je...huaaaaaaaaa.. :P

Tuesday, April 6, 2010

Countdown Untuk Cuti!!!Yippieee!!!

Akhirnya, dengan penuh jayanya...aku berjaya mintak cuti. Bukan setakat masa Adul nak kawin nanti, siap ujung minggu ni pun aku mintak sekali...hahahahaha...happy macam dapat emas sekepuk..

Jadi, dengan ini saya mengisytiharkan tuan tanah akan stop membelog dan memfesbukkan diri start dari Jumaat sampai Ahad... ye aku tau tak lama aku cuti tapi rasa happy sangat.. Dapat balik jumpa wajah kesayangan hamba yang tercinta..

Nak balik buat Puding Coklat...eh, tu kena buat besok. Tuk "Potluck" Khamis nanti. Vicky last day ari Jumaat but I'm not around so kitorang decide nak wat "Potluck" Khamis nanti.

Aku perlu rehatkan minda yang dah letih ni. Semalam dah talk heart-to-heart dengan boss. Banyak yang dah aku luahkan dan aku decide aku nak bertahan sampai En. K memberikan keputusannya selewat-lewatnya bulan 6 nanti. Dan boss memang tak tau aku ada janji ngan En. K... Oh, En. K , aku harap kita ada jodoh bersama.. :))

Currently, tengah sakit perut gelak tengok my teukie dalam Star King... aduyai..bak kata teukie, sapa perempuan yang bersama dia kena pakai krim mata yang banyak sebab akan selalu tergelak je.. Dan, ye. Aku perlukan krim mata kerana tiap kali bersama dia, aku rasa kedutan kat mata makin banyak...dan aku suka semua kedutan tu.. :))

Monday, April 5, 2010

Korea vs Malaysia

Dahsyat betul aku ni. Tanpa disedari.... Malam tadi baru nak sedar...

Aku dah lama tak dengar lagu-lagu dari Malaysia. Cerita kat TV pun boleh bilang mana yang aku follow since last year. Ni sume gara-gara Korea!!!

Sebab Anugerah Bintang Popular malam tadi baru aku sedar. Mang aih, dahsyat betul aku ni. Masa kazen aku kata aku ni dah terlalu addict ngan Korea, aku gelak je. Sebab aku rasa, mana de. Aku cam biasa je. Tapi bila dia tanya, "Eh, ni lagu baru Akim, kan?" Aku nganga je dan penuh slamber jawab, "Aku dah lama x dengar radio". Dengan alasan kat umah takde radio.

Sebab ABP malam tadi buat aku tertanya. Sapa artis Malaysia yang paling menyerlah last year?? Kalau tahun sebelum ni, aku tau la nama Nabil Raja Lawak tu memang tengah naik. Tapi serious punya tak sedar, aku jarang ikuti perkembangan industri hiburan tanahair sejak aku gila Korea ni.

Mana tak nye. Kalau buka TV je mesti siaran 303. KBSWorld. Sampai tahap kalau boleh nak tengok sekali berita KBS tu..Hahaha...Sebab kat ofis dah baca paper. Kalau tak tengok TV, mesti layan variety show kat my lappy. Ulang balik mana part yang kelakar, gelak sampai perut senak. Adul penah tanya, "Ko tak boring ke ulang tengok benda yang sama banyak kali?". Jawapannya, tidak...Sebab tiap kali tengok, aku mesti nak gelak je..

Dahsyat ek...Ni namanya dah kena buatan orang ni. Buatan orang Korea.. ahaks...pandai je aku nak salahkan orang Korea padahal aku yang sendiri gatal tangan dan mata nak tengok rancangan diorang. Entahla...Aku still sayangkan Malaysia cuma rasa hati dan perasaan tak mampu menipu..Cintaku memang tertinggal di Korea. Ada dalam dorm SuJu..kat tingkat 12. Bilik tu warna putih je..hahahaha :P

Saturday, April 3, 2010

Misi Mencari Cinta

Cian pada cik adek Rena...currently dia agak berduka cita sebab cik abang sayang buat hal.. Aku tak mau komplen panjang sebab dia yang rasa perit dan hati terluka. Aku ni hanya mampu dengar dan tolong nasihat je. Sambil-sambil tu jadi la badut nak happykan dia.

Putus cinta? Hmmm...aku dah rasa banyak kali dah. Menangis sampai bengkak-bengkak mata pastu sendiri kata "bodoh betul ko ni, Amar. Buat apa nak nangis sebab jantan tak guna tu?"...hahaha tu la perangai aku. Sendiri buat sendiri komen.

Aku tau ramai yang ingat aku still frust. Dengan ex aku yang dah selamat pun jadi husband orang lain. Tapi jujur aku katakan, TIDAK!!! Aku dah lama lupakan dia. Masuk tahun ni je kalau tak silap dah hampir 4 @ 5 tahun aku clash ngan dia. Cuma nasib menentukan dia kawin dulu daripada aku. Dan nasib menentukan yang sampai sekarang aku still single and sad to be said, available.... :((

Aku percaya pada ketentuan Ilahi. Andai ditakdirkan jodoh aku bukan bersatu di dunia, aku selalu doa yang biarlah aku redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk aku.

Bak kata Rena, nasib si gadis Taurus...hahaha..sebab birthday kitorang selang sehari je. Jadi kami berkongsi zodiak yang sama. Aku percaya pada kuasa Ilahi. Biarlah lambat walau sebenarnya aku tak suka buat apak aku risau. Tapi ingat satu quote tentang "Wanita Ibarat Sebiji Epal"...Aku pegang kata-kata itu...

Ok...no more sedih-sedih...Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih. Aku tak rasa impian mak dan apak aku nak tengok anak dia bersedih...so aku cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hati aku ni. And am trying really hard to make my family happy...:))

Segmen Mari Membaca

Entah apa angin aku, last Wed pergi Mid dengan niat nak temankan Kila cari buku untuk exam, last-last aku yang memborong buku. Memborong la konon. 3 buah buku je beli.


1 buku untuk apak...aku dah x ingat apa tajuk buku tu. 1 buku komik bola untuk Aizan. And for me, kali ni x beli novel baik Malay or English tapi aku beli buku ni...Siri Wanita Kharisma - Rabiatul Adawiyah, Pencinta Agung Mencari Cinta Ilahi.

Sebenarnya belum abis baca. Separuh pun belum lagi. Bila ada masa, macam dalam bas ke baru aku dapat baca. Apa yang boleh aku katakan, buku ni buat air mata aku hampir-hampir menitis...banyak kali... :((

Cinta yang betul-betul agung. Cinta Rabiatul Adawiyah pada Ilahi...

Aku x dapat nak review keseluruhan buku ni sebab baru baca sikit je. Kenapa aku beli buku ni? Sebab aku pernah dengar 1 grup nasyid (x ingat grup apa) ada nyanyi lagu tentang Rabiatul Adawiyah... Tapi seriously, aku memang x tau siapa Rabiatul Adawiyah ni. Daif sungguh rasanya..Sebab tu bila jumpa buku ni, aku dah tak fikir banyak terus beli.

Mungkin akan gunakan masa hujung minggu ni untuk habiskan buku ni... :))

Will look forward to it..

Thursday, March 25, 2010

Oh sayang...engkaulah jejaka idaman..lalalala...

Hahaha...mesti biasa dengar lagu tu kan? Dulu-dulu...zaman sekolah bila kawan tanya ko suka lelaki camne..aku mesti jawab. Hurmm... nak laki yang tinggi, baik, beriman, pandai, hensem,blablabla..... Cheh, macam la ko lawa...hehehehe nasib la. Dah namanya jejaka idaman. Opkos la nak yang best-best je. Bila orang bercinta, aku pun nak tumpang sekaki. Dapat dowh...tang tinggi dan hensem. Sebab aku xleh judge sama ada dia tu beriman or tak, baik ke? Hurm...baik la kot. Sebab dia xpenah marah aku..Pandai? Biasa-biasa je. Memang dok kelas yang first pun dia tu, tapi pandai sangat tu tak la kot.


Bila pi unibersiti, kalu orang tanya...aku akan jawab, hurmm...cukup la kalu dia sayang aku dan terima kuarga aku seadanya. Kalau boleh nak orang yang boleh mendidik aku menjadi insan yang berguna. Ahaks..cam hampeh je. Muka tak payah hensem sebab aku dah penah rasa ada boipren yang hensem...

Kalu sekarang tanya aku nak lelaki camne??

hehehe...nanti kite g makan ketam ye laling
Aku nak mamat ni... Gu Jun Pyo... xmo Lee Min Ho... nak Jun Pyo. Sebab? Dia ada helikopter. Kot tetiba teringin nak makan ketam, leh pegi naik jet peribadi ke Jepun...hahaha...x agak-agak.



Tak pun aku nak dia ni..


meh nyanyi sedas...lagu 3 kupang...

Ji Hoo sunbae....wawawa...leh suruh dia main gitar and piano untuk aku tiap hari. Dia plak pewaris Muzium...kekekeke...x boleh blah.


Nak yang ni gak...




cak!!! :P


Yi Jung sunbae. Pandai wat pottery. Tak payah beli pinggan mangkuk. Dia leh wat sendiri je. Jimat ekonomi rumah tangga nanti..


Last, nak yang ni.

nak lolipop beso tu...huhuhu



Dia terror gaduh. Selamat aku dari gangguan anasir-anasir cinta nanti...ahaks..Anak orang kaya gak.


Ok settle!!!



Nampak sangat aku mata duitan. Sume yang aku nak anak orang kaya. Hehehehe...sebenarnya saje je layan mereng tak berapa betul. Saja nak refresh old memory masa cinta bersatu dengan Boys Over Flower setahun yang lalu. Opppsssss....it's mean dah anniversary la kan? Waaaa.....setahun sudah hubungan kita, BOF...love you so much...muahx....hahahahaha...papai merapu abis dahhhh....

*pic credit to editor (not mine)


Tuesday, March 23, 2010

Happy Birthday Aten

She's a really good friend of mine. Since Form 1. Kelas yang sama sampai Form 5. Still good friend till now... Walaupun kami hanya berbual di fesbuk sahaja.

Kawan yang tak kisah berkawan dengan bangsa lain. Kalau tak sebab pernah ikut dia balik rumah dia, aku takkan tau yang dia ni anak orang kaya. Cara penampilan biasa-biasa saja. Aku ingat lagi Cikgu Hashim (our Disipline Teacher) cakap yang dia pilih aku as Secretary Board of Prefect sebab komunikasi yang baik antara aku ngan Aten. Sebab dia akan pilih Aten as a Head of Prefect.

Anyway....she's a great frined of mine who turn to 30 this day!!!

Saengil Chuka Hamnida, Tan Fong Peng....May all your dreams come true and HAPPY ALWAYS!!!

Monday, March 22, 2010

Anneyoung....Yorobun

Salam perkenalan... Sebenarnya, ini bukan blog pertama saya. Kerana kedaifan saya dalam bidang blogging ni, adakala saya banyak buat silap. And I really learn from mistake.

Ok...ini cuma salam perkenalan. Kisah saya....dan apa yang saya suka. Mungkin bukan sesuatu yang up-to-date as I really trying my best to update everything...Happy reading dan sekali lagi...salam perkenalan...