Inilah kuasa fb. Kawan yang zaman sekolah dulu pun kite dapat cari..
Zairin...dia BFF aku masa Form 2. Pastu kena pindah sekolah lain dan terus kitorang lost kontek. Macam x logik je sebab family kami still duduk Gemas tapi kitorang x penah jumpa lepas tu. Last semalam dia add aku kat fb.
Soalan cepumas yang biasa akan keluar bila jumpa balik kawan lama... "Ko dah kawin?"....Agaknye sebab umur dh tahap memang kena kawin, so x akan ada soalan lain yang akan dikeluarkan... Kadang-kadang nak je jawab, "Takkan sebab ko dah kawin, aku pun kena kawin gak?" Tapi nampak macam melampau dan penuh beremosi la plak nanti.
Yang penting, rupa-rupanya aku bukan sendirian. I'm not alone la bak kata omputeh nye. Sebab Zairin still single dan aku ada beberapa orang kawan lagi yang masih single...
Sebab tu aku tak pressure sangat kalau balik kampung especially belah mak la. Sebab aku ada 3 orang kakak sepupu termasuk Radziah yang still solo lagi. Siap Mak Anjang cakap lagi hari tu. "Takpe la, boleh temankan kak Mary"....hehehe sebab anak dia pun tak kawin lagi.
Topik kawin ni agak rancak diborakkan semenjak dua menjak ni. Dan aku jump to one conclusion. Sebenarnya amat sukar untuk kita puaskan hati semua orang. Aku takkan berkahwin hanya kerana orang nak aku kahwin tapi aku akan kahwin setelah aku benar-benar pasti yang aku dah cukup bersedia nak mengharungi apa jua rintangan. Dan setelah aku pastikan lelaki itu bukanlah lelaki yang akan memisahkan aku daripada apak dan keluarga aku.
So, for this time being....aku cuma mahu enjoy my single life!!!
:))
No comments:
Post a Comment