Monday, April 26, 2010

Karipap-Karipap Cinta


Karipap-karipap Cinta? Tajuk novel humor terbaru terbitan PTS Fortuna Sdn. Bhd. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya adakah ini novel paling laris masa kini. Ya, novel karya Tuan Nazri M. Annuar ini bakal diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan.


Kisah cinta Ali kepada Sarah. Bukan cinta luar biasa tetapi kisah hidup mencari cinta yang membawa peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali menawan hati Sarah.
"Ia tentang kehidupan dan cinta yang sederhana tetapi memerlukan semangat yang besar. Ia tentang kita. Tentang manusia yang mencari cinta dan mendapatkan cinta dengan apa cara sekalipun." Zalila Isa, wartawan
http://psittacula.wordpress.com/


Pada pukul 4:30 petang, 22 April 2010. Pengarah tersohor Tuan Othman Hafsham berkunjung ke ibu pejabat PTS. Perbincangan kali pertama antara Tuan Fauzul Na'im Ishak, Pengurus Besar Editorial PTS, Tuan Faizal Mukhtar, Pengurus PTS Fortuna Sdn. Bhd dan Tuan Nazri M. Annuar, penulis novel Karipap-karipap Cinta berdiskusi rancak bersama Tuan Othman Hafsham. Diskusi berkisar merangka kerja memindahkan hasil karya novel ini ke layar perak.
Tuan Othman Hafsham, pengarah yang dikenali ramai ini pernah mencapai anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987. Selain itu, beliau juga pernah mencapai anugerah penulis Skrip Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama, 1980.


Antara filem arahan beliau ialah Adik Manja (1979), Mekanik (1983), Rahsia (1987), Ujang (1989), Driving School (1990), Soal Hati (2000) dan Soalnya Siapa? (2002)


------>


Aku dah baca dah novel ni. Dan dah selamat tiba kepada acik pun novel ni. Mesti Kila marah sebab dia yang heboh nak baca dulu. Really-really (ada ke 2 kali really dalam bahasa ompoteh?) tengkiu pada Waiem yang buat ribiu pasal novel ni. Ni la satu-satu novel yang buat aku rasa langsung tak malu gelak ada bunyik masa dalam bas (sebelum ni senyum sengih cam orang sewel je tapi kali ni aku dengan penuh slamber gelak besar)


Still terasa senak perut tahan gelak. Ingat nak ulang sekali lagi tapi bila tunjuk kat acik, dengan slumber dia amik dan masukkan dalam beg dia. Melopeh den.. Takpe minggu ni aku akan rembat kembali novel tersebut.


Memang novel dengan ayat yang sempoi habis. On the way nak ke Melaka, sepanjang jalan aku dok baca novel ni. Memang sempoi dan puas hati. Tanpa kita sedar, bila kita suka dengan seseorang, kita sanggup menipu sebab kita nakkan yang terbaik. Kisah dalam novel ni sebenarnya banyak terjadi dalam kehidupan seharian. Sindiran secara lawak.. Mungkin kita akan sedar dan mungkin jugak takkan sedar sampai bila-bila. Kerana Sarah, Ali sanggup menipu kata dia lulusan Al-Azhar. Kerana Sarah, Ali redah kepekatan malam pergi belajar buat karipap. Orang akan tertanya kenapa tajuk "Karipap-Karipap Cinta"? Sebab kerana karipap, cinta mereka bersatu. Aku bagi 5 bintang tuk citer yang memang sempoi...

Kalau betul la diorang nak wat filem, aku memang setuju yang amat sangat. Aku dah dapat imejin camner citer ni akan jadik nanti... Aku akan menungguuuu.... :))

No comments: