Tak tau kenapa kali ni nak cerita pasal weekend yang baru saja berlalu. Mungkin sebab ada perkara menarik yang terjadi. Start dari Jumaat malam Sabtu, aku dah risau semacam je. Ye la...aku tak tau SMK Seafield tu kat mana..Tak pernah pegi area situ. Pagi-pagi dalam kul 7.30 am, dah tahan teksi. Uncle India..dan dia tak tahu area sana. Ok takpe. Pujuk hati.. Masa tu baru perasan, hari Sabtu memang tak banyak teksi. Dalam hati dah fikir, matilah aku kalu 8.30 am pun tak dapat teksi.
Then rezeki...satu pakcik teksi ni kata dia biasa area USJ 2. Ok pendek cite aku sampai dengan selamatnya dan exam dengan jayanya...Jaya ke? Lantak la.. Pastu bila check handphone, tengok ada 2 miscalled dari Radziah. Dah tau dia nak g KL minggu ni so sms dan tanya? Jap tu dia call, ajak join dia sekali. Pe lagi dengan penuh excited jawab nak!nak!nak!...Balik, rehat jap then bila Radziah call kata dia dah nak sampai, terus siap-siap. Melepas la tengok Invicible Youth minggu ni..:(
Mula-mula ke rumah Pak Anjang kat Bukit Jalil...borak kejap then decide nak ke rumah Mak Itam. Honestly, ni la first time aku pegi rumah Mak Itam. Main redah je. Nasib baik Zul biasa gak area situ. Sedih... :( Salah seorang adik arwah mak yang dah nampak sangat keuzurannya. Kami memang jarang jumpa sebab dia dok KL dan jarang balik kampung. Kalu tak silap, aku tau yang mak ada lagi sorang adik masa tu aku dah sekolah rendah. Pak Itam, kali ni la first time aku jumpa dia. Radziah nangis sebab dia kata rupa Mak Itam seiras dengan arwah mak dia. Memang betul...seiras betul ngan arwah acik...hmmm...sekarang ni hanya tinggal Mak Itam ngan Mak Busu je adik2 perempuan mak.
Then makan dan makan lagi kat rumah Kak Sari...hehehehe...sampai tahap mengah. Best sangat-sangat. Then balik n tengok AF..Bosan betul AF tahun ni. Lum ada nak minat sapa-sapa macam aku gila minat Akim last year. Siap AFUNDI lagi dengan Radziah. Kenang-kenang balik, kitorang gelak gile-gile. Ahad...masa untuk TIDO!!!Tido dan tido lagi.. Takde mood nak wat benda lain. Nyaris-nyaris nak ikut diorang balik Melaka. Tapi aku malas sebab rasa penat..
So that's my weekend. Saja je nak wat post ni sebab aku nak ingat kisah aku pergi jumpa Mak Itam... Taknak those memory luput dari ingatan.. :)
No comments:
Post a Comment