Sorry...still in the mood of JYJ + DBSK or TVXQ or Tohoshinki (whatever pun yang orang panggil diorang ni)... Tapi grup ni aku kenali dengan nama DBSK which is singkatan bagi Dong Bang Shin Ki.
Opsss...video Ayy Girl dah kuar. Honestly, aku hangin tengok video tu. Macam....erghhh....nak mencarut. Untuk nama besar dan gah macam tu, kenapa la video macam mereka yang baru je nak bina nama. Hello...diorang tu bukan setakat popular kat Korea and Jepun je ye. Satu dunia dah tau kehebatan diorang. Hangin....Junsu nampak buruk dengan baju yang ntahapaapantah tu. Belum masuk Jaejoong yang dah dimekap macam gay!! Argh...ada xde penyelamat sikit, Yoochun je la. Tu pun mekap siap ngan smokey eyes lagi. Aiyarkkkk....Banyak sakit ati wooo... :(
Tak mo publish video tu dalam ni. Sakit ati den. Buat la video lain!!!!Benci...benci...benci....!!! *mode meroyan dah datang.
Hmmm..nak perkenalkan lagu yang mula-mula buat aku tertarik dengan grup ni. Grup yang berulang dari Korea ke Jepun. Jap balik Korea buat album, pusing balik Jepun buat single..Dulu, aku agak tak berapa nak suka lagu Jepun diorang, tapi la ni dok layan gak la. Lambat a.k.a slow sikit la.
Lagu Purple Line ni kalu tak silap dinyanyikan dalam versi Jepun dulu dan dapat #1 dalam Oricon Chart. Pastu diorang buat dalam versi Korea la pulok. Love at first sight tengok dancing diorang dalam lagu ni.
Dancing diorang super duper sexy dalam video ni dan lagi best kalu tengok live performance diorang :)
Knowing them...baru sahaja setahun lebih. Sian kan? Sebab ada terlalu banyak yang aku harap aku akan lebih tahu tentang mereka...contohnya lagu-lagu diorang. Honestly, aku tak tau semua lagu diorang. Belum masuk yang versi Jepun lagi....*sigh.... sebab perangai aku bila dah start dengar 1 lagu, aku tak layan lagu lain dah. Sekarang ni tengah mood Mirotic+Wrong Number+Picture of You...
Still praying hard yang diorang akan kembali bersatu...Ntah kenapa kuat hati mengatakan perkara itu tidak mustahil.
p/s : kenapa nak praying hard for them? Sebab mereka la pencetus minat aku pada dunia fandom, fangirls....dunia yang aku rasa membuatkan aku taknak membesar lagi...Aku mau statik disini...Dunia yang boleh buat aku tersenyum saat hati mau menangis....Mereka tak kenal aku, tapi mereka dekat dihati ini. Sebagai penyebab senyuman dan tawa aku...Mungkin tak semua orang akan faham....hanya mereka yang sependapat saja akan mengerti.. :)
No comments:
Post a Comment