Memula tengok video ni, kecik ati je rasa. Ye la...1st half lagu ni macam perli pompuan tak pandai masak..Pastu bila dah masuk 2nd half, rasa cam nak sekeh pale sendiri...suka sangat jump to conclusion tanpa tengok sampai abis..hehehehe :P
So, layan dulu lagu "Yoriwang" yang aku rasa cute sangat ni yerk.... :)
Memasak....memang keje orang pompuan kan? Walau ramai chef terkenal dunia adalah lelaki tapi aku percaya kat rumah mesti diorang nak wife diorang gak yang masak tuk diorang.
Dulu apak pernah kata, dia nak anak pompuan dia mesti tau masak dan pandai pakai kain batik. Tak kira la berapa hebat pun anda, dia nak anak dia tau 2 perkara ni. Mula-mula aku rasa annoying la jugak sebab aku rasa aku moden...sebab aku rasa aku nak belajar baik-baik, dapat keje bagus pastu upah je orang gaji tuk masak.. Itu sume mentaliti aku yang baru berumur 15 tahun LOL...naif gile pemikiran masa tu.
Sekarang... Alhamdulillah...aku dah boleh masak dan selesa dengan kain batik. Walaupun pernah kena gelak ngan member masa kat poli sebab diorang kata aku macam orang kampung. Seriously, I'm proud to be orang kampung la beb. Aku slumber je balas, nanti ditakdirkan ko dapat mak mertua yang cerewet, ko rasa la bila ko kena pakai kain batik. Takkan balik umah in laws nak pakai short kot..LOL :P
Aku nak cite pasal masak. Pengalaman bersama dengan ramai kawan..dari sekolah, poli, U pastu keje buat aku kenal macam-macam perangai orang. Maaf andai aku kata, aku tak boleh tahan orang yang puji diri sendiri pandai masak. Sebab selalu terjadi, bila aku makan...aku rasa cam biasa je. Ada sorang kenalan ni yang proudly bagi tau orang yang dia memang pandai masak. Berbeza bila kita kata family saya suka masakan saya...anak-anak habiskan makanan dan kata sedapnye mama masakan mama ni *ehemkamaliaehem...Huh, tu lain. Yang ni memang terang-terangan kata...SAYA AKUI YANG SAYA MEMANG PANDAI MASAK....aigooo....masuk bakul angkat sendiri sungguh ayat itu. Tak tau nape...aku ada rasa meluat sikit la.
Aku sendiri....tak boleh terima kalau orang kata aku pandai masak. Aku lebih suka kata aku tau masak. Sebab kalau pandai, mesti masakan aku sedap dan aku boleh la mohon keje jadi cep kat mana-mana 5 star hotel sebab aku dah pandai semua jenis masakan...kan? Ehehehe...ntah la. Aku lagi prefer orang kutuk masakan aku supaya aku boleh improved skill masakan aku instead of puji-puji melangit dengan niat biar aku masak lagi tuk diorang..tu sume sepupu aku punya ayat la tu nak suruh aku masak tuk diorang..ngeh :P
Harap takde yang kecik ati ngan entry ni. Sebab aku agak kampung sikit bila orang bukak bab masak-masak ni. Tak payah la kata anda pandai masak...boleh je kalu nak kata suka masak, tau masak. Kalau anda boleh masak macam cep hotel terkenal punya menu tu lain gak stori. Setakat masak lomak cili api pun nak kecoh macam masak lauk yang berbelit-belit nak sebut tu...Aduyai...sorri la ek..Ai pun tetibe rasa nak riak. Masak lomak cili api ai paling mantop sampai apak ai kata ai punya masakan lagi sodap and power dari masakan kakak-kakak ai okeh..Pakcik dan sepupu ai asik request ai masak lomak je kalau ai datang umah diorang okeh*mode ayat riak jap. Aku ingatkan dia masak apa la sampai dok puji diri sendiri, rupanya masak lomak jo...Jangan jadi anak nogori la kalu masak lomak pun tak master. Aigoooo....:P
Again...sorri. Aku sedar jahat gile ayat aku. Hehehe...bukan nak kutuk mereka yang tak pandai masak ke atau mereka yang PANDAI masak cuma bagi aku, penggunaan ayat tu kasik betul sikit. Kata belajar tinggi...heh!!
p/s : Aku tak tau nape aku emo bila bab-bab macam ni. Ke sebab aku rasa "dia" tu macam suka show-off diri dia. Macam ala-ala bagus sikit la. Again....pekejadahnya aku nak kesah ngan hal dia? Bukan kawan karib pun...walaupun dulu mungkin la....opsss....anggap je la ni entry emo nak PMS...LOL :P
No comments:
Post a Comment