Membaca kisah Kamalia yang dikelentong sesedap rasa oleh seseorang yang aku kenal plak tu!! Oh my...what a small world. Itu semua buat aku terfikir, kecik betul dunia ni. Dan....kenapa kami selalu jadi mangsa penipuan saja???? Seronok ke dapat kelepet orang ni ye? Bercerita sambil menambah perisa yang bukan sikit-sikit. Yang paling menariknya, lepas tau yang aku sebenarnya dah kena kelepet, aku still buat slumber. Takde la nak counter attack sambil cakap...eh, hari tu ko cakap lain, ni cakap lain plak. Sebab tu kot, aku senang kena kelentong.
Nak gak tanya, apa yang korang dapat dengan menambah perisa macam tu. Seronok ye? Bak kata sorang kawan aku yang dia sendiri akui memang kuat menipu....kalau dah biasa menipu, mulut tu akan sentiasa nak menipu je... Ayat kuar macam air lalu je....Pastu diorang akan lupa apa yang diorang tipu. Aku tau dia memang kuat menipu sebab dah banyak yang dia tipu aku tapi lepas tu dia lupa...dulu dia cakap lain, pastu dia cakap lain...Hmmm...hebatkan orang yang suka menipu ni?
Bagi aku...kalau takde buat cara takde. Sebab aku selalu rasa, aku memang insan tak berharta..so aku memang cakap takde. Tapi ramai yang tak percaya. Hampeh betul! Contoh bila aku kata aku takde kereta...sume tak percaya. Sume kata aku tipu...Hampagas sungguh. Kang aku cakap aku ada BMW kang kot lain lak korang kata... Ahahahaha... Tapi tu la life, kan? Tapi siyes, memang rasa nak tanya je pada semua orang yang pernah kelepet aku dulu (ni la muka selalu kena kelepet, muka baik ke aku ni? tak pun kat dahi aku ada tulis 'budak ni senang dikelepet..sila la kelepet dia dengan sesedap rasa')..."SERONOK EK DAPAT KELEPET AKU?" Masalahnya, aku memang akan tau yang ko kelepet aku, tapi aku takde rasa nak balas balik sebab aku rasa lantak ko la labu....dosa lu sendiri tanggung...:P
Ujung tahun dah nak cuti sekolah ni memang banyak la kenduri kawin...aigooo...super duper malas nak pergi la. Setakat ni ada 2, 3 orang kawan aku yang akan kawin ujung tahun ni. Dulu acik aku selalu cakap "ko malas nak g kenduri kawin orang, nanti ko kawin takde sape nak datang". Aku jawab " elok gak...takyah buat kenduri besar-besar...LOL". Aku memang suka ngelat kalau masuk bab kenduri kawin ni. Sebab telinga dah rasa menanah je bila orang tanya "yang ni bila lagi?" Sebab mulut gatal nak jawab "aku tunggu putera raja, takpun tunggu pakwe Korea aku masuk jawi". Ahahaha jahat, kan jawapan aku?
Tapi bila tengok kawan-kawan punya status kat fb..buat aku sedar sesuatu. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang belum kawin macam aku ni dok mengeluh, bila la nak kawin. Yang dah kawin plak dok mengeluh, bila la aku nak preknen...kawin dah bertahun-tahun. Yang dah ada anak plak mengeluh...tiba-tiba laki buat perangai... Aigooo...life is not easy, kan?
Kalau dulu, bila orang tanya bila nak kawin, kenapa tak kawin lagi, kenapa ko ni memilih sangat...aku akan rasa panas telinga, mulut gatal nak menjawab je. Sebab aku rasa..."Hey, please mind your own business la, gua tak kacau lu okeh!!" Tapi sekarang aku lagi suka senyap and menyengih je. Takde maknanya.....Ingat senang ke nak kawin? Nak kena pikir duit hantaran lagi..Nak pinang anak bujang orang bukannya senang apatahlagi kalau dia tu artis popular Asia...kekekeke....Honestly, aku dah malas bila orang bukak topik kawin ni. Dah jodoh den blum sampai, aku nak wat camne? Kadangkala hangin semacam je terutama bila ada kawan-kawan yang kata " ko ni bila lagi...aku ni ha anak dah masuk 2 dah". "Jangan dok asik enjoy ngan anak buah je..ko kena la cari boifren". Alamak hai....korang tak tau betapa anak-anak buah aku la sumber kekuatan aku selama ni. Sebab bila aku sedih dan tengok wajah-wajah innocent tu, aku akan kata pada diri sendiri..."aku bersyukur sebab aku ada diorang semua".
Kahwin ke tidak...aku percaya pada ketentuan Ilahi. Ada jodoh tak ke mana.. Aku lebih rela hidup sendiri dari bersama dengan insan yang aku tau akan melukakan hati aku berkali-kali. Aku lebih rela hidup sendiri dari dikatakan desperate nak berlaki sebab main rembat je mana-mana lelaki yang ada...
Dan aku gembira melayan minat yang super duper best tapi belum la tahap melekakan sampai tak buat benda lain. Ahahaha...melayan variety show, konsert, talk show dan drama yang akan buat aku tersenyum + gelak macam orang sewel ni dah cukup membahagiakan. Plus, masa bujang ni la boleh plan nak pergi tengok konsert bagai, kan? Looking back...aku rasa aku nak enjoy puas-puas dulu sebab being me...aku tak suka buat banyak keja dalan 1 masa... Dah kawin nanti..mungkin boleh g tengok konsert Maher Zain sambil duduk bersopan bukannya terkinja-kinja macam ko tengok showcase JYJ...ahaha :P
No comments:
Post a Comment