Ya Allah, Ya Tuhanku... Berikanlah masa untuk aku terus berbakti kepadanya....
Itu yang aku selalu doa tiap kali apak tak sihat. Setakat hari ni, Alhamdulillah, kesihatan apak masih dalam kawalan. Ye la normal la apabila dah berumur 70+, macam-macam penyakit yang datang menyerang. Last Tuesday, apak pegi check-up kat Hospital Kuala Pilah and acik kata doc bagitau yang buah pinggang apak dah ada tanda-tanda infection. Bergenang airmata aku masa baca sms acik. Ya Allah, Kau berikanlah peluang untuk aku terus berbakti padanya.... :(
Nape sikit-sikit nak sedih? Sebab kita, manusia ni selalu leka dengan apa yang Allah anugerahkan pada kita. Sampai masa Allah tarik balik, baru nak sedar. Aku dah takde mak, so aku tau macam mana rasanya kehilangan insan yang kita sayang. Antara mak ngan apak, semua tahu yang aku rapat dan manja dengan apak. Sedangkan pemergian mak dulu buat aku rasa separuh nafas aku dah pergi, inikan pulak apak. Aku tak dapat bayangkan dan aku tak mau bayangkan.
Ingat dulu masa arwah mak still ada n aku kat poli. Aku biasa call pagi-pagi lepas Subuh. Masa tu guna public phone je. So, time tu takde sape nak pakai. Tak la berebut-rebut. Aku call rumah dan mak yang angkat. Mak cakap apak demam. Suara mak masa tu memang agak sayu. Ye la, mak memang dah tak sihat (dah duduk atas kerusi roda), so bila apak sakit, dia jadi agak sensitif. Lagi-lagi bila dengar suara aku. Lepas letak phone, masuk bilik, tarik selimut tutup muka.....nangis. Tu lagi satu perangai aku. Aku takkan nangis depan kawan-kawan. Petang Abon jemput balik kampung. Memang masa tu apak demam sebab gusi bengkak, tapi aku memang susah nak wat muka slumber kalau dengar apak tak sihat.
The point is, kalau kita still ada mak ayah...hargailah. Jangan sesekali berbangga kononnya "mak ayah aku muda lagi, lambat mati". Jangan....kita dah ada perjanjian dengan Yang Esa. Bila-bila Dia boleh ambil kita kembali pada Dia. Macam arwah mak aku. Dia meninggal waktu kami semua sangka yang dia dah bertambah pulih. Takde sapa duga yang dia akan pergi. Aku? Sampai hari ni aku takkan lupa hari bersejarah tu.
Aku ada kenalan yang rimas bila dengar ayah dia membebel. So, dia akan balas. Dah puas aku tegur tapi dia kata yang dia memang tak tahan dengar ayah dia bercakap. Aku cuma nak cakap, selagi ayah dia boleh bercakap, biarlah dia bercakap. Nanti bila dia dah tak boleh bercakap or da takde, ko nangis kuar airmata darah pun dah takde erti. Aku? Aku suka dengar apak aku cakap. Sebab aku tau bila dia membebel hal orang lain or masalah negara yang langsung takde kaitan dengan dia, itu bererti yang dia memang tengah sihat. Aku sanggup bawak pisau ngan bawang dok dengar dia cakap kat meja makan (walaupun masa tu aku tengah nak masak). Aku rindu nak dengar mak membebel. Itu yang aku takkan dapat dengar sampai bila-bila.
Hargai apa yang kita ada. Sebab kita tak tau, sapa yang akan dijemput dulu oleh-Nya. Mungkin jugak kita yang dulu?? Siapa tahu, kan...??
No comments:
Post a Comment