Hari Sabtu, aku balik kampung dengan Kila. Bukanlah niat nak celebrate kat kampung pun cuma aku dah terbiasa waktu birthday aku, aku lagi suka tengok wajah insan2 kesayangan. Malam Sabtu, Acik belanja KFC. hahaha...padahal aku yang dok sebut nak makan KFC. Saje je paw dia.. Ahad, on d way balik singgah Mid n Kila belanja makan. Then decide nak beli kek sebab Eqa nak datang rumah. Dok pilih2...beli la kek blueberry. Sebab konon dah muak makan kek cekelat.
Rupa kek sebelum dingap oleh adek2 manes... Kenapa taknak beli Secret Recipe? Hmmm...yang nak makannye 3 orang je. Aku bukan la suka sangat makan kek dan seingat aku, dah 2* aku hidup dalam dunia ni, ada sekali je aku makan kek masa birthday. Masa tu dok umah Angah tengah dok cari keje n masa birthday aku, Angah beli kek. Yang excited makan, anak2 buah aku je la. Nak beli yang slice rasa cam x best je. Request dari Kila nak tengok kek tu siap berlilin. Siap gaduh depan kedai kek sebab aku xmo pasang lilin...Akhirnya, cik adek manes tu yang menang.. :)
Sila abaikan tangan2 mereka yang mengada2 nak show off cincin bagai...Siap nyanyikan lagu Happy Birthday...honestly, rasa cam nak nangis je. Aku dah tua...Tapi aku tak rasa sunyi sebab aku ada buah2 hati aku yang seronok nak celebrate birthday aku. Tapi yang buat jadi x best, kek ni rasa antibiotik. Hahaha...so, sampai hari ni kek tu selamat berada dalam peti sejuk je.
Dah 2* tahun hidup kat muka bumi Allah ni, aku tau banyak kekurangan yang aku ada. Sebenarnya, agak sedih bila tengok wajah apak. Tapi, aku cuba untuk look at the bright side. Tiap yang terjadi ada hikmahnya...:)
Ape-ape pun....aku dah tua. Huhuhu...Apa yang aku harap untuk setahun yang mendatang ni?
1. Harap punyai kesihatan yang lebih baik. Mungkin patut mulakan program diet. Badan makin mengembang je ni.
2. Harap dapat jadi anak yang tak menyusahkan apak. Dapat jadi anak yang menggumbirakan hati apak....dan dapat jadi anak yang terbaeeeekkk untuk apak aku.
3. Nak jadik adik yang makin memahami dan busu yang penyayang n sporting pada sume anak-anak buah aku.
4. Andai ditakdir aku belum ketemu jodoh, aku harap n berdoa to find a better job. Kerja or business yang aku inginkan dan tau yang aku akan bangun tiap pagi dengan perasaan gembira bila mengenangkan akhirnya, aku buat sesuatu yang aku suka.
5. Mahu jadi insan yang lebih baik dan lebih bagus dari dulu2. Buang semua tabiat yang buruk.
2 comments:
Saengil chukahamnida...smoga dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupan dunia akhirat...amin :)
amin...thanks waiem...:)
Post a Comment