Thursday, August 11, 2011

Please...Don't Be Good To Me

Silalah inchek dot dot dot...Jangan terlalu baik dengan saya...


Kalaulah aku boleh cakap macam tu dengan dia. Helpless me...Aku cepat jatuh kasih, jatuh cinta, jatuh tangga, jatuh segalanya bila orang buat baik ngan aku. Terutama kalau 'dia' tu seseorang yang aku pernah suka sebelum ni...Ohoho....tolonglah wahai hati...Sedarlah dia sudah berpunya...


'Dia'....kenapa terlalu baik dengan aku

'Dia'....sikap caring itu melemaskan aku

'Dia'.....aku lebih rela dia diam dari berkata-kata

KERANA...setiap patah kata yang dia keluarkan, bagi aku amatlah indah....


Demmm....benci betul bila hati ada rasa macam ni. Mujur berjaya memujuk hati sendiri, "Amar, dia hak orang. Dah ada anak pun"


Ok...ok...mungkin ada yang akan kata nape la aku ni kemaruk hak orang? Bukan la. 'Dia' tu pernah dan mungkin jugak sampai hari ni, kawan yang rapat.Kenalan dari zaman sekolah yang tiba-tiba jadi rapat. Bertemu kembali...dia sedikit pun tak berubah. Sikap caring tu buat aku suka dengan dia dulu. Tapi aku sedar....dia bukan milik aku.


Aku sedar...sikap dia yang buat aku tertarik dengan dia dulu...dan sebenarnya dia memang begitu...bukan saja dengan aku...so, jangan jadi minah perasan okeh... :P


p/s : luahan hati insan tertekan yang tengah pikir nak makan pe bukak pose nanti...huhuhu...

Thursday, August 4, 2011

Super Junior - Mr Simple


Akhirnya apa yang ditunggu dah tiba. Sejak aku sawan grup ni last year, ni la keje aku. Tunggu comeback diorang. Ada sedikit rasa loser bila mula minat diorang masa diorang tengah nak prepare album ke 4. Mempersembahkan lagu terbaru diorang dari album ke
5 - Mr Simple.


Apa yang boleh aku katakan....ada sedikit persamaan awal tu dengan lagu Lucifer - Shinee. Suka la image diorang kali ni. Belajar untuk terima yang Hyukie dah bleach kan rambut dia. Nasib rambut Teukie tak sama macam dalam poster, kalu tak nahas la aku muntah darah. Dengar cite diorang nak buat World Tour, no more Asia Tour. Tak kisah la. Janji korang datang Malaysia. Biar noona2 ko ni sawan tenuk untuk kesekian kalinya...

Sedikit gambar menunjukkan ke'sawan'an noona2 dan sorang dongsaeng masa Super Junior Super Show 3 beberapa bulan lepas. Dengan erti kata lain, gambar dah basikkkk....


muka-muka tahan gedik ayams nak masuk stadium....sayang Kila jadi kameraman masa ni..bole plak lupa nak suruh sesapa amik gambar kami berempat..




dua orang noona yang terlupa zaman kegemilangan dah berlalu tapi slumber je meroyan macam orang muda-muda...tengok la betapa jauhnya kami dari pentas...huhuhu :(


penyakit meroyan mula melanda....pes taim tengok sapphire blue ocean camni...pergh...tetiba rasa cambest je jadi peminat SJ padahal beli tiket paling murah...loser...:P


heh....tiket murah pun kitorang dapat tengok diorang dekat gak tau....yang paling best sebab sume yang aku minat selalu lalu zone kitorang...ni masa opening Sorry Sorry.....



Ok la...Nak tido. Esok balik kampung...yeay!!!

Ramadhan dah tiba...

Salam Ramadhan buat semua teman-teman....Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan seribu satu keinsafan dalam diri...

Busy sikit semenjak dua menjak ni. Awal bulan memang masa paling tenat untuk kami kat opis ni....nak settlekan akaun dan report untuk semua outlet. Aigooo penat jangan cakap la. Balik rumah rasa macam melepek je. Nasib pergi keje agak lambat. Masuk pukul seploh tapi sebab ni bulan pose dapat la balik 5.45 ptg. Kalu tak tu, 6.30 baru terhegeh-hegeh kuar opis.





Meja opis yang memang takkan berkemas bila tiba awal bulan...Kalau tikus buat sarang pun tak perasan agaknya...:(


Dah 4 hari puasa, belum sekali pun dapat jengah bazar Ramadhan yang dekat ngan umah ni. Harapkan Kila je tolong belikan makanan untuk berbuka. Oppssss...nak kongsi bubur yang best ni. Since last year dok pulun makan pengat/bubur ni je. Mana nak cari? Meh datang sini....






TADA!!!!!
Memperkenalkan pengat kegemaran cik Akma ni bila tiba bulan puasa.

Apa namanya? Bubur pulut hitam campur pengat pisang. Sedap wooo....Dari tahun lepas, ni la feveret teman. Mula-mula beli 1 jenis je. Kalau pengat pisang, memang pengat pisang je la. Tetiba sekali beli tu, ada sorang pakcik ni kata dia nak campur bubur pulut hitam ngan pengat pisang. Dalam hati dah kata "boleh makan ke? Tak cirit ke nanti?" Kata pakcik yang jual bubur ni, hanya orang-orang tertentu je yang pandai makan... So gatai la nak cuba. Hasilnya? Terkenang-kenang sampai la ni. First day puasa, Kila salah beli tempat lain, beli pengat pisang je. Tapi rasa macam pengat terbakar. Rasa hangus je...huhuhu sodeh den. Nasib second day, Kila berjaya beli. Kekekeke.....

Apa rasanya? Bubur pulut hitam ni memang dah rasa cukup lemak n tak manis sangat. Regu plak dengan pengat pisang yang ada sedikit masam pada pisang tu...ha, bayangkan sendiri la rasanya macam mana..

Rasanya kat KJ ni je yang boleh jumpa gerai yang camni (sebab sebenarnya tak pernah pergi bazar Ramadhan tempat lain). Gerai ni memang jual macam-macam jenis bubur dan pengat. Rasa memang boleh rekomen la sedapnya. Sebab aku ni tak la suka makan manis-manis sangat. So, sape-sape nak rasa bubur best ni datang la bazar Ramadhan Kelana Jaya ni dan cari gerai yang memang jual bubur je, trademark dia periuk besar-besar atas meja.

p/s : pakcik bubur....kalau ramai yang datang nanti, bagi la duit raya kat saya ye :P