Monday, July 25, 2011

Belajar Memaafkan....

...bagi aku bukan mudah. Mungkin orang akan kata "Maafkan je la dia. Dia dah insaf"

Betul....mungkin betul dia dah insaf dan mengakui kesilapan diri. Tapi pernahkah terfikir, apa perasaan insan yang diperdaya, diperkata ataupun dianiaya tersebut?

Belajar memaafkan orang adalah perkara yang aku akui agak sukar untuk aku lakukan. Terutama kalau ianya dah menyentuh soal ibu dan bapa. Sampai mati aku akan ingat rasanya. Bila aku rasa aku boleh memaafkan kesalahan orang pada aku, maknanya dia tak la buat salah yang besar.

Contoh....ada rakan sekerja aku ni yang aku perasan suka cari pasal dengan aku (read : cari salah aku). Mentang-mentanglah aku yang paling junior kat situ. Selalu je datang cari pasal dengan aku tapi Alhamdulillah setakat hari ni aku dapat bersabar (walaupun kawan aku kata nampak muka aku marah sangat). Tak pernah berniat nak kurang ajar sebab dia jauh lebih tua dari aku, tapi bila kesilapan yang umpama sengaja dicari-cari aku memang tak boleh tahan. Sampai sorang kawan aku ni susah hati aku dah apply kerja lain sebab dia kata hanya aku yang berani lawan nyonya tu. Rupa-rupanya, bukan aku sorang je yang dia 'kena'kan tapi ramai lagi orang lain.

Kalau kau berniat salah, pasti Allah SWT takkan tolong. Itu yang aku amat pasti. Tapi belum pernah sekali aku simpan dalam hati, apa yang dia cuba buat pada aku sebab bagi aku....itu semua sebab dia bukan orang ber'fikir'an. Otak senteng.

Belajar memaafkan kesalahan orang terhadap kita tak mudah. Tapi pujuklah hati sendiri supaya kita sendiri mampu hidup dalam keadaan tenang.

Aku? Masih belajar memaafkan orang yang pernah mengata mak dan apak aku....walaupun sampai hari ni aku masih tak berjaya.....Sebab aku tak pernah cuba.....:(

Friday, July 22, 2011

So I'm Loving You




Versi 2010




Versi 2011


Apa perbezaan paling ketara antara 2 video ni? Masih menggunakan lagu yang sama..

1. Lagu versi 2010 lebih rancak manakala lagu versi 2011 lebih catchy

2. Versi 2010 takde teknik CGI. Biasa-biasa je. Dalam studio. Versi 2011 memang dalam studio gak tapi dengan teknik CGI dan ada penceritaan. Alam fantasi!!!

3. Versi 2011 ada terselit awek sorang, Choi Ji Woo heroin Winter Sonata.

4. Penukaran beberapa artis pada latest version yang mana semuanya aku kenal :)


Nota Cik Akma : Aku suka dua-dua version sebab ada JYJ dan Song Seung Hun...heh!!

Wednesday, July 20, 2011

Makan Oh Makan....

Baru-baru ni kat depan opis aku ni ada bukak satu kedai makan. Yup...dok kat KJ ni senang beno nak cari makan. Janji ada duit.Sebut je nak makan ape, macam-macam ada.

Bila kedai makan tu bukak, aku pun tak perasan yang tokey kedai tu dah gantung banner. Pagi tu singgah la beli paper, auntie kedai majalah yang sebaris dengan kedai makan tu kata ada makan free sampai kul 12 nanti. Pegi la makan kat sana, kata auntie tu. Aku lalu nak masuk opis......jeng jeng jeng....aku nampak ada bunga malai ke namanya, yang orang India wat gantung kat leher masa kawin tu. Pastu siap ada pokok pisang lagi. Dalam ati kata, nasib aku dah siap beli nasi lemak nak makan bekpes kalu tak lapo la aku.

Tengahari ada la sorang kawan melayu aku ajak gi makan kat kedai tu. Aku bagi alasan nak kuar beli kuih je padahal tekak aku otomatik rasa kembang bila dia sebut nak makan kat kedai tu. Aku kata aku dah muak makan kari mamak sebab keje kat SS3 dulu, hari-hari aku hentam nasik mamak. Kedai tu je yang ada kat area tu memaksa aku hentam nasik mamak hari-hari. Kembang tokak den.

Aku tengok relek je kengkawan aku gi makan kat kedai tu. Hmmmm bukan pe. Bagi aku la..Ni pendapat aku ek. Ada perbezaan yang amat ketara antara kedai makan India ngan kedai makan mamak. Mamak tu Islam tapi India tak semestinya Islam. Maaf la ini hanya pendapat aku. Dan bila aku pertikaikan benda ni dengan kawan aku dengan mengatakan aku tak lalu nak makan kat situ sebab tu kedai India, dia jawab ngan penuh slumber, "mamak ngan india kan sama je?"

Maaf la. Aku bab makan ni boleh jadi orang yang agak memilih. Dan aku memang konfiden yang owner kedai tu india sebab dia penah datang opis (kedai tu dia sewa dari big boss aku). Bukan nak berlagak macam bagus sangat tapi perangai aku kalau aku dah ada rasa was-was, Insya Allah aku takkan pergi makan kat situ sampai bila-bila. Pujilah roti canai sedap ke, murah ke....Aku takkan kisah.

Bak kata acik aku, sekarang ni bukan macam dulu-dulu. Pilihan dah banyak. Nak dengan tak nak je la.

Pe-pe pun kuasa kat tangan kita. Benda makan ni bukan boleh buat main-main. Jadi darah daging woooo....Sekurang-kurangnya kita tak perlu syak (rasa was-was) dengan apa yang kita makan. Tu yang paling penting :)

Monday, July 18, 2011

Picture of You

Kawan yang baik akan menerima segala kekurangan dan kelebihan kita tanpa mengira apa pun. Itu yang aku percaya dengan istilah kawan baik. Aku selalu rasa beruntung sebab tiap kali aku perlukan seseorang, aku ada mereka-mereka ini untuk berkongsi segala kedukaan atau kegembiraan dalam hati.



aku n Kila

Cik adek manes ni dah tahap sleeping partner dah. Tido setilam bersama cuma belum sampai tahap nak tido sebantal bersama....hehehehe.....Teman sebilik...teman meluah masalah sakit ati dengan budak opis yang adakala sengal, teman membesarkan badan tugede-gede *tetiba insap nak kuruskan badan, teman yang selalu je menyokong cadangan busunya yang adakala gile-gile. Aku selalu bersyukur adanya Kila saat aku melalui detik-detik sukar dalam hidup. Dia cukup memahami bila aku perlukan masa bersendirian.


acik n siti

Insan yang aku anggap paling istimewa dalam hati. Insan yang aku rasa mempunyai hati yang cukup cantik. Acik aku. Mungkin tak keterlaluan aku katakan dia menjadi kekuatan saat hidup aku melalui detik-detik kesukaran. Acik adalah antara orang yang aku rasa tak kisah nak menangis tersedu-sedu depan dia. Aku boleh luahkan apa saja yang aku rasa sebab kebanyakan masa, dia akan jadi orang yang amat memahami.




Dia amat istimewa dalam hati aku. Rasa-rasanya dialah satu-satu orang yang pernah lihat the worst side of me. Dia pernah melihat saat kejatuhan aku dan dia tak pernah palingkan diri dia dari aku. Sepupu yang aku anggap hubungan kami lebih dari ikatan dari ikatan darah. Akrabnya kami sampai tahap mak sedara dan pak sedara akan kata "kalu nak tau tentang Amar, tanya je Radziah. Kalau nak tau tentang Radziah, tanya je Amar". Insan yang aku rasa berterima kasih sangat-sangat sebab tak pernah palingkan dirinya dari aku sedangkan aku pernah lukakan hati dia.



Kenapa bercerita tentang kawan baik? Sebab bagi aku, kawan baik bukanlah kawan yang hanya akan bersama kita saat kita gembira, tapi dia akan sama menangis dan memberikan bahunya saat kita bersedih. Aku sentiasa rasa dilindungi sebab aku ada insan-insan yang hebat macam ni dalam hidup aku.

Bagi aku, kawan akan jadi orang yang membantu kita bukanlah orang yang akan merosakkan kita ataupun menikam kita dari belakang. Tiap kali terfikirkan tentang kawan, aku suka sekali mendengar lagu ni. Lagu yang aku dedikasikan untuk semua kawan baik diluar sana. Picture of You by Boyzone....Layannnnn......



Beast - Fiction


Lagu yang aku rasa dekat dengan hati. Sebab kita semua pernah hidup dalam dunia fiksyen. Berangan macam-macam.

Just fall in love dengan lagu ni. Dengan ini, saya dan anak sedara saya Kila mengakui bahawa kami nak mengaku yang kami adalah BEAUTY...kui kui kui...Heeppppp...bukan perasan cantik la tapi nak declare yang kitorang dah gile ngan grup ni plak.

p/s : tetiba nak buat mood sedih sebab selalu sangat minat grup yang bila dah datang Malaysia, barulah aku start minat...aigoooo melepas lagi nak feeling tengok rapper Beast yang memang taste aku tu. Opsss....mood tambah sedih.... dia dah declare bercinta ngan Goo Hara si KARA la pulop...Melepassss....