Betul....mungkin betul dia dah insaf dan mengakui kesilapan diri. Tapi pernahkah terfikir, apa perasaan insan yang diperdaya, diperkata ataupun dianiaya tersebut?
Belajar memaafkan orang adalah perkara yang aku akui agak sukar untuk aku lakukan. Terutama kalau ianya dah menyentuh soal ibu dan bapa. Sampai mati aku akan ingat rasanya. Bila aku rasa aku boleh memaafkan kesalahan orang pada aku, maknanya dia tak la buat salah yang besar.
Contoh....ada rakan sekerja aku ni yang aku perasan suka cari pasal dengan aku (read : cari salah aku). Mentang-mentanglah aku yang paling junior kat situ. Selalu je datang cari pasal dengan aku tapi Alhamdulillah setakat hari ni aku dapat bersabar (walaupun kawan aku kata nampak muka aku marah sangat). Tak pernah berniat nak kurang ajar sebab dia jauh lebih tua dari aku, tapi bila kesilapan yang umpama sengaja dicari-cari aku memang tak boleh tahan. Sampai sorang kawan aku ni susah hati aku dah apply kerja lain sebab dia kata hanya aku yang berani lawan nyonya tu. Rupa-rupanya, bukan aku sorang je yang dia 'kena'kan tapi ramai lagi orang lain.
Kalau kau berniat salah, pasti Allah SWT takkan tolong. Itu yang aku amat pasti. Tapi belum pernah sekali aku simpan dalam hati, apa yang dia cuba buat pada aku sebab bagi aku....itu semua sebab dia bukan orang ber'fikir'an. Otak senteng.
Belajar memaafkan kesalahan orang terhadap kita tak mudah. Tapi pujuklah hati sendiri supaya kita sendiri mampu hidup dalam keadaan tenang.
Aku? Masih belajar memaafkan orang yang pernah mengata mak dan apak aku....walaupun sampai hari ni aku masih tak berjaya.....Sebab aku tak pernah cuba.....:(
No comments:
Post a Comment