Monday, July 18, 2011

Beast - Fiction


Lagu yang aku rasa dekat dengan hati. Sebab kita semua pernah hidup dalam dunia fiksyen. Berangan macam-macam.

Just fall in love dengan lagu ni. Dengan ini, saya dan anak sedara saya Kila mengakui bahawa kami nak mengaku yang kami adalah BEAUTY...kui kui kui...Heeppppp...bukan perasan cantik la tapi nak declare yang kitorang dah gile ngan grup ni plak.

p/s : tetiba nak buat mood sedih sebab selalu sangat minat grup yang bila dah datang Malaysia, barulah aku start minat...aigoooo melepas lagi nak feeling tengok rapper Beast yang memang taste aku tu. Opsss....mood tambah sedih.... dia dah declare bercinta ngan Goo Hara si KARA la pulop...Melepassss....

Tuesday, June 28, 2011

Doa & Harapan

Dah macam tajuk cite indon la pulak tajuk entri ni. Just nak mintak kawan-kawan (yang tak berapa ramai ni) doakan aku....

Selangkah lagi ke arah mencapai cita-cita dan impian sendiri serta harapan dan berkat doa mak dan apak. Aku percaya adanya aku hari ini, atas doa dan harapan mak dan apak serta usaha diri sendiri. Harap usaha ini akan membuahkan hasil dan dapatlah kiranya aku ucapkan selamat tinggal pada bumi Kelana Jaya ni...

Ya Allah, KAU permudahkanlah urusanku ini.

Kawan-kawan, doakan aku ye. Semoga urusan Jumaat ini akan membuahkan hasil sebulan lagi. Aku mau pergi jauh dalam kerjaya dan aku mau tinggalkan bumi KJ ni. Bak kata apak, kalau diorang hantar Sabah atau Sarawak, pergi je. Yup, takde apa yang perlu aku takutkan lagi setelah pemergian mak dan apak. Aku yakin Allah sentiasa ada bersama aku. Aku tak perlu takut lagi. Aku akan terus melangkah....

Friday, June 10, 2011

Sesi Hiatus

Ramai yang suruh aku buat fb baru gara-gara fb ambe ini di'hack' oleh makhluk bahalulu....hampes betul...Yup....fb ambe dh ada kuar profile gmbo muka ambe tapi badan seksi...gile pe ambe nak jadik cmtu...dr tampal gmbo baik ambe seksi terang-terangan.....

Sejak pemergian apak...ambe akui ambe dh malas nk bukak fb..Kena plak lepas tu kena hack pulak....lagi la ambe tak bniat nak buat fb baru...so pada sesapa yang rasa rindu ,especially Nana...ko calling je aku....xpun aku guna je tepon opis aku...jimat belanja....ahahahaha...

Ya ampun...bila menulis, baru sedar yang dah lama aku tak update blog ni....Nasib ingat password lagi...kikiki.....nanti la, ada masa nk update banyak benda...baru lepas melayan Running Man sampai aku ketepikan Muhd Kim Jun Su....ngeh ngeh ngeh..... Jadi ambe memang tengah berhiatus sambil muhasabah diri (sebenarnya asik skodeng sharingyoochun je sampai lupa nak bukak blog)

Ok la...Len kali cite lagi. Busy lagi weekend2 akan datang sebab anak buah ambe yang sulung bakal bergelar suami orang next week...Ucapan khas tuk Ijoi n Nurul....busu tak kisah korang nak kawin tapi bab anak kasik la tangguh dulu...Busu tak rela jadi nenek...kekekekeke....Jemput la datang umah along ambe kat PD ye....:)

BABAI..... budak opis ambe ni dah sebuk tanya ambe taip email ke pe? Secret...orang kat opis tak tau ambe ada blog...Blog yang memang dah cukup suram dari dulu kala... :P

Tuesday, February 8, 2011

Perginya Cinta Pertama

Aku tertanya-tanya...patutkah aku menulis dalam blog ni. Mencari secebis kekuatan untuk menulis setelah hati aku dirobek sehancur-hancurnya.

Dia dah pergi tinggalkan aku. Insan yang paling aku sayang, telah kembali kepada Pencipta-Nya. Sukar dan pahitnya kenyataan untuk ditelan hanya aku yang tahu. Pergi sudah cinta hatiku..Pergi sudah lelaki yang paling aku admire seumur hidup ni. Datanglah sepuluh Kim Junsu, ianya tidak akan sama dengan seorang Hj Samat. Cinta pertamaku...

Aku akan rindukan senyuman dan gurauan serta kata-katanya yang hari ini akan dikenang sebagai pesanan oleh anak-anaknya. Apak, lelaki terhebat dalam hidup aku... Aku takkan dapat dengar suara itu lagi. Aku umpama tiada alasan untuk pulang ke kampung setiap 2 minggu sekali. Sebab dia dah tiada lagi.

Meneruskan kehidupan setelah perginya dia, aku tak sedar sudah 3 minggu berlalu. Bagi kawan-kawan yang tau betapa akrabnya aku dan apak...aku percaya mereka risau..bolehkah aku teruskan hidup ini? Jawapannya cukup mudah...aku akan teruskan hidup ini, tapi jangan tanya aku bagaimana sebab aku tak punya jawapan untuk persoalan itu.

My Dad My Hero...aku selalu anggap apak hero terhebat dalam hidup sebab saat semua berpaling dari sisi aku, aku tau yang aku masih punya dia untuk aku gantungkan seluruh harapan dan impian aku. Mungkin kesan luka ini akan mengambil masa yang lama untuk sembuh atau sebenarnya tak sembuh sampai bila-bila.

Tiada ucapan selamat tinggal, hanya renungan mata yang penuh kesayuan sepertimana yang aku rasa masa mak pergi tinggalkan aku. Sampai hati, apak... Sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal pada aku. Sukarnya kenyataan. Baru beberapa jam, berbual sambil makan tengahari, tiba-tiba doktor sahkan yang apak dah takde lagi. Pahitnya kehidupan...aku umpama berjalan dalam mimpi. Jangan tanya bagaimana aku harung 3 minggu ini sebab aku tak punya jawapan untuk persoalan itu.

Aku redha....begitu mudah apak pergi sepertimana yang sering dia mintak. Apak selalu mintak tak mau sakit lama sebab dia tak nak susahkan anak-anak. Hanya sebab demam panas... Besar sungguh kuasa-Mu YA ALLAH. Aku yang sebenarnya hampir saja tak pulang ke kampung sebelum itu, menjadi anak yang dapat menghadap saat-saat terakhir pemergian apak. Luka dalam hati ini aku rasa akan kekal sampai bila-bila sebab sampai saat ini aku masih terbayang renungan terakhir itu.

Mak...Apak...damailah di sana. Adik berdoa satu masa nanti kita akan dipertemukan. Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang untuk aku menghadap apak saat-saat terakhirnya. Aku sedar aku kini sendiri, tapi hidup ini terlalu indah untuk ditangisi. Seperti nama yang mak dan apak beri pada aku yang bermaksud cahaya bulan...selagi ada sinar bulan...Insya Allah, aku akan teruskan hidup ini dengan penuh kekuatan dan azam supaya aku dapat jumpa mak dan apak di sana nanti.

Tuesday, January 4, 2011

At Last...Chajatta

Heh, dah 4 January 2011 rupanya. Mianhe...ambe kemalasan nak update blog n bukak fb. Camne New Year celebration korang sume ek?

Ambe celebrate dengan penuh senyuman and not to mention..."ovary exploded" yang terlampau. Kekekeke....ye la dapat celebrate dengan insan-insan tersayang.

Bila dengar je MC tu sebut JYJ....hati aku terdetik...At last...ni la masa yang aku nanti-nantikan. Tak keterlaluan kalu aku kata, aku memang rasa nak nangis. First time sejak aku minat DBSK, aku dapat tengok diorang nyanyi live kat tv. Not to mention, sejak diorang dah berpecah ni lagi la...

Thanks a lot JYJ...Betul-betul buat aku rasa nak senyum sampai ke telinga. Bukan tak pernah tengok diorang nyanyi live lagu ni (masa showcase dulu) tapi aku memang tunggu kemunculan diorang kat TV Korea. Puas ati sungguh teman rasa...Ahahaha tengok muka Junsu yang happy...senyum je. Yoochun yang aku rasa sejak dia berlakon ni makin kuat senyum dan nampak mood dia sentiasa baik je. Jaejoong yang nampak macam sedih. Thanks KBS sebab berani amik JYJ nyanyi...Yezzaaaa.....Memang rasa nak jerit "banzai" je masa ni...

Harap-harap 2011 ni akan jadi lucky year tuk diorang dan untuk aku jugak sebenarnya....Yup...Aku sentiasa berdoa permulaan tahun ni akan jadi tahun yang terbaik untuk aku dan untuk semua jugak...amin...ok la aku tinggalkan korang ngan lagu yang aku rasa 8 juta kali dengar pun aku tak muak nak dengar....pelik kenapa orang nak kutuk diorang ni sebab aku selalu terpesona dengan bakat yang diorang ada......ok...terimalah lagu yang aku percaya buat ramai orang diluar sana tersenyum tiap kali dengar lagu ni sebab dalam hidup ni pasti kita akan jumpa insan yang kita cari selama ni.... :)

Friday, November 12, 2010

Entri Khas Buat Nana...direction balik kampung

Khas buat kawan aku yang tengah susah hati pikir camne cara nak balik kampung menggunakan public transport.Kekekeke..konfem aku kena sumpahan beracun oleh Nana kalu dia baca... Na, aku bagi direction kat sini la ek..Kurang ada mood nak bukak fb (alasan je sebenarnya).

Direction untuk balik ke Gemas sempena Aidiladha (dengan niat nak buat orang kat Jepun tu hati terbakar sebab tak dapat balik raya) tanpa perlu memandu cuma perlu keluarkan duit untuk bayar tiket sahaja.

Cara 1.

Oleh sebab ko dok area Batu 3 kan (suka ati aku je padahal aku dah lupa ko dok area mana LOL), aku suggestkan ko naik komuter sampai Seremban pastu naik bas lompat si katak lompat sampai Tampin pastu lompat lagi sampai Gomeh. Tapi dari stesyen komuter Seremban, ko kena jalan kaki (ada lorong ko folo je) sampai Terminal One.


Keburukan : pempaham je la komuter. Risiko untuk ko berdiri dari Shah Alam ke Seremban amatlah cerah sekali. Jadi kalu bercadang nak naik komuter, make sure kasik praktis urat-urat keting ko dulu supaya tak cramp nanti. Dan pastikan ko praktis cara-cara berebut nak masuk train dan merebut tempat duduk. Lagi satu, komuter amatlah terkenal dengan kelembapan tahap siput sedutnya itew...Jadi sediakanlah bahan bacaan atau mp3 lagu-lagu Korea (macam aku) supaya ko tak dilanda kebosanan tahap petala ke lapan.. Itupun andai ditakdirkan ko dapat duduk la. Kalu berdiri + bersesak dengan mat Indon + mat bangla, kem salam je la. Risiko untuk ko sesak nafas sebab sedut udara HARUM SEMERBAK amatlah tinggi.


Kebaikan : Aku tak nampak kebaikan naik komuter tuk balik kampung ni. Tapi untuk ko yang paling senang nak akses naik komuter (apa punya ayat daaa) bolehlah cuba naik komuter. Aku dah tobat taknak naik komuter lagi dah. It'll be my last choice.


Cara 2.

Naik bas SKS atau Suasana Edaran dari Jalan Hang Tuah. Yang ni agak mencabar ala-ala backpack pegi Korea la sebab ko kena folo aku punya map sebaik mungkin LOL. Ko kena naik Putra LRT sampai stesyen Pasar Seni atau dalam bahasa omputihnya Central Market. Kalu ko nak naik komuter dari Shah Alam, ko turun kat KL Sentral pastu naik Putra LRT sampai Pasar Seni. Sampai Pasar seni, ko turun ke arah kanan (banyak bas RapidKL kat situ). Turun guna eskelator yang ada kat belakang kedai MyNews @ kedai roti. Bus Rapid E22 ke Jalan Hang Tuah. Bas tu memang kat depan sekali. Kalau tak tau kasik tanya sape2 sebab malu bertanya sesat jalan..Nanti tak merasa makan rendang di hari raya korban... Ko naik n bayar RM1. Bas tu akan pegi terminal bas Hang Tuah dan risiko untuk jumpa Nira kat situ amatlah cerah sebab last week aku baru jumpa dia kat sana..Nanti boleh mintak tiket free kat dia LOL...:P

Dari KL dah senang dah nak sampai Seremban pastu cam cara yang first tadi la naik bas lompat si katak lompat sampai Gomeh.

Keburukan : Bagi first timer...aku percaya ko akan kelam kabut sangat-sangat. Sebab ko kena turun naik train n bas.

Kebaikan : Lagi cepat dari naik komuter dan tak ada risiko untuk ko berdiri. Dalam 45 minit dah sampai Seremban.

*** Dari Seremban, kalu ko nak naik Transnasional memang boleh tapi bas tak banyak dan ko kena naik dari Terminal Two. Dah la xde interchange bus g sana. Tiket memang boleh beli kat Terminal One tapi bas kat Terminal Two. Dan bas punya timing pun x banyak macam bas pegi Melaka yang ada sejam sekali. Kalu tak silap sehari hanya ada 6 kali bas je kot so aku memang jarang pilih tuk naik Transnasional.

*** Kalau ko nak naik keretapi pun ok gak tapi musim perayaan ni takut tiket habis tapi takleh nak kata gak sebab cuti tengah minggu mungkin ramai yang tak balik. Yang tu ko kena check dengan website ktmb la, beb. Kalu tak silap, banyak train ke Gemas belah pagi dalam kul 8 cmtu.

*** Stesyen bas Pudu belum berfungsi lagi. Tak silap next year bulan 3 baru mula operasi balik. Kalu ko nak naik bas dari Bukit Jalil, ko kena naik Star LRT ke Bukit Jalil atau ko kena naik Star LRT ke stesyen Pudu (kalu x silap nama stesyen tu lain, aku dah lupa) pastu amik interchange bus ke Bukit Jalil. Itupun ko kena make sure ko dah beli tiket dulu, kalu tak sia-sia je ko g sampai sana tapi takde tiket.

*** Kalu nak lagi senang, dulu aku pernah beli tiket dari Seremban ke Shah Alam/Klang sebab nak g umah akak aku kat Klang. Ko beli je tiket Transanasional kat terminal bas Batu 3 kot. Dah lupa sebab dah lama sangat.

Tapi memang susah sikit la bila Pudu tutup ni. Nak naik bas straight balik kampung jadik leceh sikit. Tapi setelah ditambah, tolak, darab, bahagi....aku rasa lebih kurang sama je ngan naik bas lompat sebab Transnasional tak banyak g Gemas. Anyway...the choice is yours...Ko nak balik ari pe? Aku nak balik sok...kekeke gile kentang balik awal. Sebab weekend ni acik aku g Penang rombongan sekolah, so apak aku tinggal sorang. Sebagai anak yang dedikasi, aku kena la balik temankan apak aku...huhuhu...baru cadang nak raya diperantauan sambil nyanyi "Siapakah yang sudi menghulurkan simpati kepada nasibku ini?" Awal-awal lagi apak aku dah tanya raya balik tak? Kena la aku balik (mode terpaksa balik kampung :P)

Aku suggestkan ko naik train je tapi ko kena pastikan ko sampai awal kat KL Sentral la sebab macam aku cakap train awal pagi. Beli tiket awal-awal (kalu xsilap boleh beli online) kot tak nanti putih mata u, ai tak tau.

Kot de ape-ape kasik roger aku k sebab aku tak online la tuk beberapa hari ni. Selamat berjuang tuk sampai ke kampung. Kalu ko nak balik esok, jom aje kite tugede-gede balik, tapi aku balik petang sebab pagi sok ada ngedet la pulok..kekekeke :P

p/s : harap direction ni akan berguna tuk Nana sebab ini saja yang mampu aku berikan padamu wahai sahabat..ahaks

Thursday, November 11, 2010

Kisah Tipah Tertipu....Kahwin????

Tipah oh Tipah....kenapa boleh kena tipu lagi ni? Kita memang tak pernah belajar dari kesilapan masa lalu,kan? Dulu, zaman sekolah ingat tak kita selalu kena tipu? Dengan kawan baik pun pernah kena kelentong...Aku fikirkan bila menginjak dewasa, kita akan lebih matang membuat perbandingan antara betul atau tidak. Tapi...kita tetap kita kan? Kita yang tak pandai nak pertikaikan samada itu adalah fakta atau auta semata-mata.

Membaca kisah Kamalia yang dikelentong sesedap rasa oleh seseorang yang aku kenal plak tu!! Oh my...what a small world. Itu semua buat aku terfikir, kecik betul dunia ni. Dan....kenapa kami selalu jadi mangsa penipuan saja???? Seronok ke dapat kelepet orang ni ye? Bercerita sambil menambah perisa yang bukan sikit-sikit. Yang paling menariknya, lepas tau yang aku sebenarnya dah kena kelepet, aku still buat slumber. Takde la nak counter attack sambil cakap...eh, hari tu ko cakap lain, ni cakap lain plak. Sebab tu kot, aku senang kena kelentong.

Nak gak tanya, apa yang korang dapat dengan menambah perisa macam tu. Seronok ye? Bak kata sorang kawan aku yang dia sendiri akui memang kuat menipu....kalau dah biasa menipu, mulut tu akan sentiasa nak menipu je... Ayat kuar macam air lalu je....Pastu diorang akan lupa apa yang diorang tipu. Aku tau dia memang kuat menipu sebab dah banyak yang dia tipu aku tapi lepas tu dia lupa...dulu dia cakap lain, pastu dia cakap lain...Hmmm...hebatkan orang yang suka menipu ni?

Bagi aku...kalau takde buat cara takde. Sebab aku selalu rasa, aku memang insan tak berharta..so aku memang cakap takde. Tapi ramai yang tak percaya. Hampeh betul! Contoh bila aku kata aku takde kereta...sume tak percaya. Sume kata aku tipu...Hampagas sungguh. Kang aku cakap aku ada BMW kang kot lain lak korang kata... Ahahahaha... Tapi tu la life, kan? Tapi siyes, memang rasa nak tanya je pada semua orang yang pernah kelepet aku dulu (ni la muka selalu kena kelepet, muka baik ke aku ni? tak pun kat dahi aku ada tulis 'budak ni senang dikelepet..sila la kelepet dia dengan sesedap rasa')..."SERONOK EK DAPAT KELEPET AKU?" Masalahnya, aku memang akan tau yang ko kelepet aku, tapi aku takde rasa nak balas balik sebab aku rasa lantak ko la labu....dosa lu sendiri tanggung...:P

Ujung tahun dah nak cuti sekolah ni memang banyak la kenduri kawin...aigooo...super duper malas nak pergi la. Setakat ni ada 2, 3 orang kawan aku yang akan kawin ujung tahun ni. Dulu acik aku selalu cakap "ko malas nak g kenduri kawin orang, nanti ko kawin takde sape nak datang". Aku jawab " elok gak...takyah buat kenduri besar-besar...LOL". Aku memang suka ngelat kalau masuk bab kenduri kawin ni. Sebab telinga dah rasa menanah je bila orang tanya "yang ni bila lagi?" Sebab mulut gatal nak jawab "aku tunggu putera raja, takpun tunggu pakwe Korea aku masuk jawi". Ahahaha jahat, kan jawapan aku?

Tapi bila tengok kawan-kawan punya status kat fb..buat aku sedar sesuatu. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang belum kawin macam aku ni dok mengeluh, bila la nak kawin. Yang dah kawin plak dok mengeluh, bila la aku nak preknen...kawin dah bertahun-tahun. Yang dah ada anak plak mengeluh...tiba-tiba laki buat perangai... Aigooo...life is not easy, kan?

Kalau dulu, bila orang tanya bila nak kawin, kenapa tak kawin lagi, kenapa ko ni memilih sangat...aku akan rasa panas telinga, mulut gatal nak menjawab je. Sebab aku rasa..."Hey, please mind your own business la, gua tak kacau lu okeh!!" Tapi sekarang aku lagi suka senyap and menyengih je. Takde maknanya.....Ingat senang ke nak kawin? Nak kena pikir duit hantaran lagi..Nak pinang anak bujang orang bukannya senang apatahlagi kalau dia tu artis popular Asia...kekekeke....Honestly, aku dah malas bila orang bukak topik kawin ni. Dah jodoh den blum sampai, aku nak wat camne? Kadangkala hangin semacam je terutama bila ada kawan-kawan yang kata " ko ni bila lagi...aku ni ha anak dah masuk 2 dah". "Jangan dok asik enjoy ngan anak buah je..ko kena la cari boifren". Alamak hai....korang tak tau betapa anak-anak buah aku la sumber kekuatan aku selama ni. Sebab bila aku sedih dan tengok wajah-wajah innocent tu, aku akan kata pada diri sendiri..."aku bersyukur sebab aku ada diorang semua".

Kahwin ke tidak...aku percaya pada ketentuan Ilahi. Ada jodoh tak ke mana.. Aku lebih rela hidup sendiri dari bersama dengan insan yang aku tau akan melukakan hati aku berkali-kali. Aku lebih rela hidup sendiri dari dikatakan desperate nak berlaki sebab main rembat je mana-mana lelaki yang ada...

Dan aku gembira melayan minat yang super duper best tapi belum la tahap melekakan sampai tak buat benda lain. Ahahaha...melayan variety show, konsert, talk show dan drama yang akan buat aku tersenyum + gelak macam orang sewel ni dah cukup membahagiakan. Plus, masa bujang ni la boleh plan nak pergi tengok konsert bagai, kan? Looking back...aku rasa aku nak enjoy puas-puas dulu sebab being me...aku tak suka buat banyak keja dalan 1 masa... Dah kawin nanti..mungkin boleh g tengok konsert Maher Zain sambil duduk bersopan bukannya terkinja-kinja macam ko tengok showcase JYJ...ahaha :P