Tuesday, February 8, 2011

Perginya Cinta Pertama

Aku tertanya-tanya...patutkah aku menulis dalam blog ni. Mencari secebis kekuatan untuk menulis setelah hati aku dirobek sehancur-hancurnya.

Dia dah pergi tinggalkan aku. Insan yang paling aku sayang, telah kembali kepada Pencipta-Nya. Sukar dan pahitnya kenyataan untuk ditelan hanya aku yang tahu. Pergi sudah cinta hatiku..Pergi sudah lelaki yang paling aku admire seumur hidup ni. Datanglah sepuluh Kim Junsu, ianya tidak akan sama dengan seorang Hj Samat. Cinta pertamaku...

Aku akan rindukan senyuman dan gurauan serta kata-katanya yang hari ini akan dikenang sebagai pesanan oleh anak-anaknya. Apak, lelaki terhebat dalam hidup aku... Aku takkan dapat dengar suara itu lagi. Aku umpama tiada alasan untuk pulang ke kampung setiap 2 minggu sekali. Sebab dia dah tiada lagi.

Meneruskan kehidupan setelah perginya dia, aku tak sedar sudah 3 minggu berlalu. Bagi kawan-kawan yang tau betapa akrabnya aku dan apak...aku percaya mereka risau..bolehkah aku teruskan hidup ini? Jawapannya cukup mudah...aku akan teruskan hidup ini, tapi jangan tanya aku bagaimana sebab aku tak punya jawapan untuk persoalan itu.

My Dad My Hero...aku selalu anggap apak hero terhebat dalam hidup sebab saat semua berpaling dari sisi aku, aku tau yang aku masih punya dia untuk aku gantungkan seluruh harapan dan impian aku. Mungkin kesan luka ini akan mengambil masa yang lama untuk sembuh atau sebenarnya tak sembuh sampai bila-bila.

Tiada ucapan selamat tinggal, hanya renungan mata yang penuh kesayuan sepertimana yang aku rasa masa mak pergi tinggalkan aku. Sampai hati, apak... Sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal pada aku. Sukarnya kenyataan. Baru beberapa jam, berbual sambil makan tengahari, tiba-tiba doktor sahkan yang apak dah takde lagi. Pahitnya kehidupan...aku umpama berjalan dalam mimpi. Jangan tanya bagaimana aku harung 3 minggu ini sebab aku tak punya jawapan untuk persoalan itu.

Aku redha....begitu mudah apak pergi sepertimana yang sering dia mintak. Apak selalu mintak tak mau sakit lama sebab dia tak nak susahkan anak-anak. Hanya sebab demam panas... Besar sungguh kuasa-Mu YA ALLAH. Aku yang sebenarnya hampir saja tak pulang ke kampung sebelum itu, menjadi anak yang dapat menghadap saat-saat terakhir pemergian apak. Luka dalam hati ini aku rasa akan kekal sampai bila-bila sebab sampai saat ini aku masih terbayang renungan terakhir itu.

Mak...Apak...damailah di sana. Adik berdoa satu masa nanti kita akan dipertemukan. Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang untuk aku menghadap apak saat-saat terakhirnya. Aku sedar aku kini sendiri, tapi hidup ini terlalu indah untuk ditangisi. Seperti nama yang mak dan apak beri pada aku yang bermaksud cahaya bulan...selagi ada sinar bulan...Insya Allah, aku akan teruskan hidup ini dengan penuh kekuatan dan azam supaya aku dapat jumpa mak dan apak di sana nanti.

Tuesday, January 4, 2011

At Last...Chajatta

Heh, dah 4 January 2011 rupanya. Mianhe...ambe kemalasan nak update blog n bukak fb. Camne New Year celebration korang sume ek?

Ambe celebrate dengan penuh senyuman and not to mention..."ovary exploded" yang terlampau. Kekekeke....ye la dapat celebrate dengan insan-insan tersayang.

Bila dengar je MC tu sebut JYJ....hati aku terdetik...At last...ni la masa yang aku nanti-nantikan. Tak keterlaluan kalu aku kata, aku memang rasa nak nangis. First time sejak aku minat DBSK, aku dapat tengok diorang nyanyi live kat tv. Not to mention, sejak diorang dah berpecah ni lagi la...

Thanks a lot JYJ...Betul-betul buat aku rasa nak senyum sampai ke telinga. Bukan tak pernah tengok diorang nyanyi live lagu ni (masa showcase dulu) tapi aku memang tunggu kemunculan diorang kat TV Korea. Puas ati sungguh teman rasa...Ahahaha tengok muka Junsu yang happy...senyum je. Yoochun yang aku rasa sejak dia berlakon ni makin kuat senyum dan nampak mood dia sentiasa baik je. Jaejoong yang nampak macam sedih. Thanks KBS sebab berani amik JYJ nyanyi...Yezzaaaa.....Memang rasa nak jerit "banzai" je masa ni...

Harap-harap 2011 ni akan jadi lucky year tuk diorang dan untuk aku jugak sebenarnya....Yup...Aku sentiasa berdoa permulaan tahun ni akan jadi tahun yang terbaik untuk aku dan untuk semua jugak...amin...ok la aku tinggalkan korang ngan lagu yang aku rasa 8 juta kali dengar pun aku tak muak nak dengar....pelik kenapa orang nak kutuk diorang ni sebab aku selalu terpesona dengan bakat yang diorang ada......ok...terimalah lagu yang aku percaya buat ramai orang diluar sana tersenyum tiap kali dengar lagu ni sebab dalam hidup ni pasti kita akan jumpa insan yang kita cari selama ni.... :)

Friday, November 12, 2010

Entri Khas Buat Nana...direction balik kampung

Khas buat kawan aku yang tengah susah hati pikir camne cara nak balik kampung menggunakan public transport.Kekekeke..konfem aku kena sumpahan beracun oleh Nana kalu dia baca... Na, aku bagi direction kat sini la ek..Kurang ada mood nak bukak fb (alasan je sebenarnya).

Direction untuk balik ke Gemas sempena Aidiladha (dengan niat nak buat orang kat Jepun tu hati terbakar sebab tak dapat balik raya) tanpa perlu memandu cuma perlu keluarkan duit untuk bayar tiket sahaja.

Cara 1.

Oleh sebab ko dok area Batu 3 kan (suka ati aku je padahal aku dah lupa ko dok area mana LOL), aku suggestkan ko naik komuter sampai Seremban pastu naik bas lompat si katak lompat sampai Tampin pastu lompat lagi sampai Gomeh. Tapi dari stesyen komuter Seremban, ko kena jalan kaki (ada lorong ko folo je) sampai Terminal One.


Keburukan : pempaham je la komuter. Risiko untuk ko berdiri dari Shah Alam ke Seremban amatlah cerah sekali. Jadi kalu bercadang nak naik komuter, make sure kasik praktis urat-urat keting ko dulu supaya tak cramp nanti. Dan pastikan ko praktis cara-cara berebut nak masuk train dan merebut tempat duduk. Lagi satu, komuter amatlah terkenal dengan kelembapan tahap siput sedutnya itew...Jadi sediakanlah bahan bacaan atau mp3 lagu-lagu Korea (macam aku) supaya ko tak dilanda kebosanan tahap petala ke lapan.. Itupun andai ditakdirkan ko dapat duduk la. Kalu berdiri + bersesak dengan mat Indon + mat bangla, kem salam je la. Risiko untuk ko sesak nafas sebab sedut udara HARUM SEMERBAK amatlah tinggi.


Kebaikan : Aku tak nampak kebaikan naik komuter tuk balik kampung ni. Tapi untuk ko yang paling senang nak akses naik komuter (apa punya ayat daaa) bolehlah cuba naik komuter. Aku dah tobat taknak naik komuter lagi dah. It'll be my last choice.


Cara 2.

Naik bas SKS atau Suasana Edaran dari Jalan Hang Tuah. Yang ni agak mencabar ala-ala backpack pegi Korea la sebab ko kena folo aku punya map sebaik mungkin LOL. Ko kena naik Putra LRT sampai stesyen Pasar Seni atau dalam bahasa omputihnya Central Market. Kalu ko nak naik komuter dari Shah Alam, ko turun kat KL Sentral pastu naik Putra LRT sampai Pasar Seni. Sampai Pasar seni, ko turun ke arah kanan (banyak bas RapidKL kat situ). Turun guna eskelator yang ada kat belakang kedai MyNews @ kedai roti. Bus Rapid E22 ke Jalan Hang Tuah. Bas tu memang kat depan sekali. Kalau tak tau kasik tanya sape2 sebab malu bertanya sesat jalan..Nanti tak merasa makan rendang di hari raya korban... Ko naik n bayar RM1. Bas tu akan pegi terminal bas Hang Tuah dan risiko untuk jumpa Nira kat situ amatlah cerah sebab last week aku baru jumpa dia kat sana..Nanti boleh mintak tiket free kat dia LOL...:P

Dari KL dah senang dah nak sampai Seremban pastu cam cara yang first tadi la naik bas lompat si katak lompat sampai Gomeh.

Keburukan : Bagi first timer...aku percaya ko akan kelam kabut sangat-sangat. Sebab ko kena turun naik train n bas.

Kebaikan : Lagi cepat dari naik komuter dan tak ada risiko untuk ko berdiri. Dalam 45 minit dah sampai Seremban.

*** Dari Seremban, kalu ko nak naik Transnasional memang boleh tapi bas tak banyak dan ko kena naik dari Terminal Two. Dah la xde interchange bus g sana. Tiket memang boleh beli kat Terminal One tapi bas kat Terminal Two. Dan bas punya timing pun x banyak macam bas pegi Melaka yang ada sejam sekali. Kalu tak silap sehari hanya ada 6 kali bas je kot so aku memang jarang pilih tuk naik Transnasional.

*** Kalau ko nak naik keretapi pun ok gak tapi musim perayaan ni takut tiket habis tapi takleh nak kata gak sebab cuti tengah minggu mungkin ramai yang tak balik. Yang tu ko kena check dengan website ktmb la, beb. Kalu tak silap, banyak train ke Gemas belah pagi dalam kul 8 cmtu.

*** Stesyen bas Pudu belum berfungsi lagi. Tak silap next year bulan 3 baru mula operasi balik. Kalu ko nak naik bas dari Bukit Jalil, ko kena naik Star LRT ke Bukit Jalil atau ko kena naik Star LRT ke stesyen Pudu (kalu x silap nama stesyen tu lain, aku dah lupa) pastu amik interchange bus ke Bukit Jalil. Itupun ko kena make sure ko dah beli tiket dulu, kalu tak sia-sia je ko g sampai sana tapi takde tiket.

*** Kalu nak lagi senang, dulu aku pernah beli tiket dari Seremban ke Shah Alam/Klang sebab nak g umah akak aku kat Klang. Ko beli je tiket Transanasional kat terminal bas Batu 3 kot. Dah lupa sebab dah lama sangat.

Tapi memang susah sikit la bila Pudu tutup ni. Nak naik bas straight balik kampung jadik leceh sikit. Tapi setelah ditambah, tolak, darab, bahagi....aku rasa lebih kurang sama je ngan naik bas lompat sebab Transnasional tak banyak g Gemas. Anyway...the choice is yours...Ko nak balik ari pe? Aku nak balik sok...kekeke gile kentang balik awal. Sebab weekend ni acik aku g Penang rombongan sekolah, so apak aku tinggal sorang. Sebagai anak yang dedikasi, aku kena la balik temankan apak aku...huhuhu...baru cadang nak raya diperantauan sambil nyanyi "Siapakah yang sudi menghulurkan simpati kepada nasibku ini?" Awal-awal lagi apak aku dah tanya raya balik tak? Kena la aku balik (mode terpaksa balik kampung :P)

Aku suggestkan ko naik train je tapi ko kena pastikan ko sampai awal kat KL Sentral la sebab macam aku cakap train awal pagi. Beli tiket awal-awal (kalu xsilap boleh beli online) kot tak nanti putih mata u, ai tak tau.

Kot de ape-ape kasik roger aku k sebab aku tak online la tuk beberapa hari ni. Selamat berjuang tuk sampai ke kampung. Kalu ko nak balik esok, jom aje kite tugede-gede balik, tapi aku balik petang sebab pagi sok ada ngedet la pulok..kekekeke :P

p/s : harap direction ni akan berguna tuk Nana sebab ini saja yang mampu aku berikan padamu wahai sahabat..ahaks

Thursday, November 11, 2010

Kisah Tipah Tertipu....Kahwin????

Tipah oh Tipah....kenapa boleh kena tipu lagi ni? Kita memang tak pernah belajar dari kesilapan masa lalu,kan? Dulu, zaman sekolah ingat tak kita selalu kena tipu? Dengan kawan baik pun pernah kena kelentong...Aku fikirkan bila menginjak dewasa, kita akan lebih matang membuat perbandingan antara betul atau tidak. Tapi...kita tetap kita kan? Kita yang tak pandai nak pertikaikan samada itu adalah fakta atau auta semata-mata.

Membaca kisah Kamalia yang dikelentong sesedap rasa oleh seseorang yang aku kenal plak tu!! Oh my...what a small world. Itu semua buat aku terfikir, kecik betul dunia ni. Dan....kenapa kami selalu jadi mangsa penipuan saja???? Seronok ke dapat kelepet orang ni ye? Bercerita sambil menambah perisa yang bukan sikit-sikit. Yang paling menariknya, lepas tau yang aku sebenarnya dah kena kelepet, aku still buat slumber. Takde la nak counter attack sambil cakap...eh, hari tu ko cakap lain, ni cakap lain plak. Sebab tu kot, aku senang kena kelentong.

Nak gak tanya, apa yang korang dapat dengan menambah perisa macam tu. Seronok ye? Bak kata sorang kawan aku yang dia sendiri akui memang kuat menipu....kalau dah biasa menipu, mulut tu akan sentiasa nak menipu je... Ayat kuar macam air lalu je....Pastu diorang akan lupa apa yang diorang tipu. Aku tau dia memang kuat menipu sebab dah banyak yang dia tipu aku tapi lepas tu dia lupa...dulu dia cakap lain, pastu dia cakap lain...Hmmm...hebatkan orang yang suka menipu ni?

Bagi aku...kalau takde buat cara takde. Sebab aku selalu rasa, aku memang insan tak berharta..so aku memang cakap takde. Tapi ramai yang tak percaya. Hampeh betul! Contoh bila aku kata aku takde kereta...sume tak percaya. Sume kata aku tipu...Hampagas sungguh. Kang aku cakap aku ada BMW kang kot lain lak korang kata... Ahahahaha... Tapi tu la life, kan? Tapi siyes, memang rasa nak tanya je pada semua orang yang pernah kelepet aku dulu (ni la muka selalu kena kelepet, muka baik ke aku ni? tak pun kat dahi aku ada tulis 'budak ni senang dikelepet..sila la kelepet dia dengan sesedap rasa')..."SERONOK EK DAPAT KELEPET AKU?" Masalahnya, aku memang akan tau yang ko kelepet aku, tapi aku takde rasa nak balas balik sebab aku rasa lantak ko la labu....dosa lu sendiri tanggung...:P

Ujung tahun dah nak cuti sekolah ni memang banyak la kenduri kawin...aigooo...super duper malas nak pergi la. Setakat ni ada 2, 3 orang kawan aku yang akan kawin ujung tahun ni. Dulu acik aku selalu cakap "ko malas nak g kenduri kawin orang, nanti ko kawin takde sape nak datang". Aku jawab " elok gak...takyah buat kenduri besar-besar...LOL". Aku memang suka ngelat kalau masuk bab kenduri kawin ni. Sebab telinga dah rasa menanah je bila orang tanya "yang ni bila lagi?" Sebab mulut gatal nak jawab "aku tunggu putera raja, takpun tunggu pakwe Korea aku masuk jawi". Ahahaha jahat, kan jawapan aku?

Tapi bila tengok kawan-kawan punya status kat fb..buat aku sedar sesuatu. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang belum kawin macam aku ni dok mengeluh, bila la nak kawin. Yang dah kawin plak dok mengeluh, bila la aku nak preknen...kawin dah bertahun-tahun. Yang dah ada anak plak mengeluh...tiba-tiba laki buat perangai... Aigooo...life is not easy, kan?

Kalau dulu, bila orang tanya bila nak kawin, kenapa tak kawin lagi, kenapa ko ni memilih sangat...aku akan rasa panas telinga, mulut gatal nak menjawab je. Sebab aku rasa..."Hey, please mind your own business la, gua tak kacau lu okeh!!" Tapi sekarang aku lagi suka senyap and menyengih je. Takde maknanya.....Ingat senang ke nak kawin? Nak kena pikir duit hantaran lagi..Nak pinang anak bujang orang bukannya senang apatahlagi kalau dia tu artis popular Asia...kekekeke....Honestly, aku dah malas bila orang bukak topik kawin ni. Dah jodoh den blum sampai, aku nak wat camne? Kadangkala hangin semacam je terutama bila ada kawan-kawan yang kata " ko ni bila lagi...aku ni ha anak dah masuk 2 dah". "Jangan dok asik enjoy ngan anak buah je..ko kena la cari boifren". Alamak hai....korang tak tau betapa anak-anak buah aku la sumber kekuatan aku selama ni. Sebab bila aku sedih dan tengok wajah-wajah innocent tu, aku akan kata pada diri sendiri..."aku bersyukur sebab aku ada diorang semua".

Kahwin ke tidak...aku percaya pada ketentuan Ilahi. Ada jodoh tak ke mana.. Aku lebih rela hidup sendiri dari bersama dengan insan yang aku tau akan melukakan hati aku berkali-kali. Aku lebih rela hidup sendiri dari dikatakan desperate nak berlaki sebab main rembat je mana-mana lelaki yang ada...

Dan aku gembira melayan minat yang super duper best tapi belum la tahap melekakan sampai tak buat benda lain. Ahahaha...melayan variety show, konsert, talk show dan drama yang akan buat aku tersenyum + gelak macam orang sewel ni dah cukup membahagiakan. Plus, masa bujang ni la boleh plan nak pergi tengok konsert bagai, kan? Looking back...aku rasa aku nak enjoy puas-puas dulu sebab being me...aku tak suka buat banyak keja dalan 1 masa... Dah kawin nanti..mungkin boleh g tengok konsert Maher Zain sambil duduk bersopan bukannya terkinja-kinja macam ko tengok showcase JYJ...ahaha :P

Tuesday, November 9, 2010

Bila dia dah suka...

Ahahaha...nak kasik gelak besar jap. Tak sangka, aku berjaya mempengaruhi orang yang selama ni dok kutuk kata "apa la yang ada pada mamat Korea mata sepet tu sampai ko suka gile-gile".

Kalau sape perasan, ada 1 minah ni suka tag aku ngan video DBSK kat fb. Ahahaha...tu la sepupu aku merangkap insan yang selama ni dok kutuk minat aku. Skang ni dia dah terkena virus lagu Korea.

Honestly, kalu anda start dengar lagu dari DBSK, aku yakin peratusan tahap kemerengan anda akan tinggi secara mendadak. Contoh, macam aku sendiri. Selama hari ni memang suka je tengok drama Korea tapi takde la sampai tahap gile-gile minat. Minat biasa-biasa je. Tapi sejak diperkenalkan dengan DBSK, there's no turning back. Aku memang dah terjebak jauh dah. Tapi aku taknak jebakkan diri aku terlalu jauh dengan menambah minat pada grup yang baru-baru ni. Cukuplah DBSK + JYJ, Super Junior...sikit-sikit 2pm...sikit CNBlue..sikit-sikit SS501. Tapi 2 main grup yang aku folo dan currently gile-gile folo + jadi stalker nak tau twitter update diorang adalah DBSK + JYJ n Super Junior. ahahahaha..penangan Stadium Negera namanya ni.

Dan kebarangkalian...sepupu aku ni akan join konsert JYJ next year amatlah cerah sebab dia dah syok tangkap cintan ngan Yoochun n Jaejoong...Nasib tak minat Junsu sebab awal-awal lagi aku dah warning.."mamat montot seksi tu aku yang punya..LOL"

Aigooo....rasa nak gelak je. Dah la sepupu aku ni dok kutuk kata lagu Bonamana - Super Junior tu lagu mak pong..Sebab dia dengar macam diaorang dok sebut 'makpong..makpong' je dalam lagu tu. Ahahahaha.....aku tak marah..Sebab aku pun agak hangin je ngan lagu tu masa mula-mula dengar :P

Monday, November 8, 2010

Already 5 years!!!

Sudah 5 tahun? Demmm...baru kenal mereka setahun yang lalu..Sungguh ketinggalan saya ini...Anyway..sorry Super Junior for the late ucapan tahniah untuk 5 tahun yang berharga itu.. Noona sibuk sambut Deepavali..LOL :P

Knowing them...for only 1 year ++...Hurmmm....thanks a lot for making me smiles. Really looking forward next year for Super Show 3.

Walau apa pun krisis yang melanda...hope all of you will stick together. Benci SME dengan apa yang terjadi pada DBSK tapi sayang SME sebab Super Junior...Ahahaha bole x camtu? Tapi rasa nak benci SME sebenci-bencinya kalau next year takde Super Show 3 kat Malaysia....Huhh...harap-harap la ada *tadah tangan doa..:)

Anyway....5 years in industry. Masih kekal dan masih kukuh...Pertahankan nama Super Junior tu walaupun korang bukan lagi "junior". Should be tukar pada Super Senior...LOL...Jangan la terkena badi perpisahan selepas 5 tahun yang banyak melanda idol grup yang lain....

Demm...ni sume yang buat rasa taknak membesar ni.. Cemburu tengok budak-budak or should I call remaja yang boleh folo Super Junior dari awal pembabitan diorang sedangkan aku rasa aku dah terlalu tua untuk folo dan dah terlalu lambat tuk kenal diorang sume.....

p/s : all this fangirls thingy hanya layak dibuat masa korang bujang je sebab kalu dah kawin, tak ke nampak cam buang tebiat terkinja-kinja tengok konsert..kekekekeke....

Tuesday, November 2, 2010

DBSK...Tohoshinki...TVXQ...

Sorry...still in the mood of JYJ + DBSK or TVXQ or Tohoshinki (whatever pun yang orang panggil diorang ni)... Tapi grup ni aku kenali dengan nama DBSK which is singkatan bagi Dong Bang Shin Ki.

Opsss...video Ayy Girl dah kuar. Honestly, aku hangin tengok video tu. Macam....erghhh....nak mencarut. Untuk nama besar dan gah macam tu, kenapa la video macam mereka yang baru je nak bina nama. Hello...diorang tu bukan setakat popular kat Korea and Jepun je ye. Satu dunia dah tau kehebatan diorang. Hangin....Junsu nampak buruk dengan baju yang ntahapaapantah tu. Belum masuk Jaejoong yang dah dimekap macam gay!! Argh...ada xde penyelamat sikit, Yoochun je la. Tu pun mekap siap ngan smokey eyes lagi. Aiyarkkkk....Banyak sakit ati wooo... :(

Tak mo publish video tu dalam ni. Sakit ati den. Buat la video lain!!!!Benci...benci...benci....!!! *mode meroyan dah datang.


Hmmm..nak perkenalkan lagu yang mula-mula buat aku tertarik dengan grup ni. Grup yang berulang dari Korea ke Jepun. Jap balik Korea buat album, pusing balik Jepun buat single..Dulu, aku agak tak berapa nak suka lagu Jepun diorang, tapi la ni dok layan gak la. Lambat a.k.a slow sikit la.

Lagu Purple Line ni kalu tak silap dinyanyikan dalam versi Jepun dulu dan dapat #1 dalam Oricon Chart. Pastu diorang buat dalam versi Korea la pulok. Love at first sight tengok dancing diorang dalam lagu ni.




Baru-baru ni dok gile layan lagu ni sambil nyanyi "You got the wrong number, you got the wrong number, I'm sorry you got the wrong number, So don't call me no more". Ahahahaha....dengan niat nak nyanyi tu pada sape yang call aku and aku rasa malas nak bercakap ngan dia...LOL
Dancing diorang super duper sexy dalam video ni dan lagi best kalu tengok live performance diorang :)




Sebab video ni, cinta aku beralih dan terus teguh pada Junsu. Dem...sorry yang lain ye. Siyes, kalu bukan Junsu yang antara yang termasuk dalam grup JYJ, aku tak heran kot nak pergi showcase diorang ari tu. Ahahahaha..... Dan lagu "Spell" ni dah pun menusuk dan menyihir sepupu aku sedangkan sebelum ni dia memang hangin je bila aku minat Korea. Bila dia dengar lagu ni, terus dia kata best la, aku nak download lagu ni. Aahaha welkam to our klab..Klab berangan...ngeh ngeh ngeh...Dalam album ni la diorang buang imej cute separa matang diorang..bina muscle, sexy dance...errr....errr......*pervert mode dalam pale otak ni....hehehe :P





Love at first sight? Mungkin...sebab cute and innocent look diorang dalam video ni buat aku rasa nak peluk dan cium diorang macam aku cium anak buah aku *again pervert mode datang menyerang....Mana boleh ko nak cium lelaki yang beza bape tahun je ngan ko macam ko cium anak buah ko yang baby tu? Heh...berangan je...Bila tengok video ni rasa nak kata...alolololo...pesal cute sangat ni? ahahahaha...Antara lagu kegemaran aku :D





Bila dah jadi Junsu biased....apa saja yang berkaitan ngan Junsu mesti nak tau. Teruja bila dapat tau yang dia buat lirik tuk lagu ni plus lagu ni kena ngan selera aku *mode berangan dia tujukan lagu ni tuk aku...kekekekeke :P





Satu lagi lagu yang asalnya dalam bahasa Jepun dan kemudian dialihbahasa ke bahasa Korea and the lyrics by Changmin the maknae. Memang in love ngan melodi lagu ni. Feeling je...huhuhuhu...



Knowing them...baru sahaja setahun lebih. Sian kan? Sebab ada terlalu banyak yang aku harap aku akan lebih tahu tentang mereka...contohnya lagu-lagu diorang. Honestly, aku tak tau semua lagu diorang. Belum masuk yang versi Jepun lagi....*sigh.... sebab perangai aku bila dah start dengar 1 lagu, aku tak layan lagu lain dah. Sekarang ni tengah mood Mirotic+Wrong Number+Picture of You...

Still praying hard yang diorang akan kembali bersatu...Ntah kenapa kuat hati mengatakan perkara itu tidak mustahil.

p/s : kenapa nak praying hard for them? Sebab mereka la pencetus minat aku pada dunia fandom, fangirls....dunia yang aku rasa membuatkan aku taknak membesar lagi...Aku mau statik disini...Dunia yang boleh buat aku tersenyum saat hati mau menangis....Mereka tak kenal aku, tapi mereka dekat dihati ini. Sebagai penyebab senyuman dan tawa aku...Mungkin tak semua orang akan faham....hanya mereka yang sependapat saja akan mengerti.. :)