Monday, May 17, 2010

It's My Birthday!!!!

HAPPY BIRTHDAY TO ME...HAPPY BIRTHDAY TO ME....Huhuhu...akhirnya, aku suda berusia 2.....tetttt...hahahaha...erm *sambil kira dah umo bape*. Thanks tu sume yang wish besday aku. Ada gak yang tanya, camane celebration birthday? Honestly, aku bukan jenis orang yang celebrate birthday. aku ingat arwah mak pesan, bersyukur la sebab kita diberikan kesempatan untuk hidup setahun lagi. Jadi, aku cuma mampu bersyukur yang aku masih mampu menghirup udara setahun lagi.


Hari Sabtu, aku balik kampung dengan Kila. Bukanlah niat nak celebrate kat kampung pun cuma aku dah terbiasa waktu birthday aku, aku lagi suka tengok wajah insan2 kesayangan. Malam Sabtu, Acik belanja KFC. hahaha...padahal aku yang dok sebut nak makan KFC. Saje je paw dia.. Ahad, on d way balik singgah Mid n Kila belanja makan. Then decide nak beli kek sebab Eqa nak datang rumah. Dok pilih2...beli la kek blueberry. Sebab konon dah muak makan kek cekelat.




Rupa kek sebelum dingap oleh adek2 manes... Kenapa taknak beli Secret Recipe? Hmmm...yang nak makannye 3 orang je. Aku bukan la suka sangat makan kek dan seingat aku, dah 2* aku hidup dalam dunia ni, ada sekali je aku makan kek masa birthday. Masa tu dok umah Angah tengah dok cari keje n masa birthday aku, Angah beli kek. Yang excited makan, anak2 buah aku je la. Nak beli yang slice rasa cam x best je. Request dari Kila nak tengok kek tu siap berlilin. Siap gaduh depan kedai kek sebab aku xmo pasang lilin...Akhirnya, cik adek manes tu yang menang.. :)
Sila abaikan tangan2 mereka yang mengada2 nak show off cincin bagai...Siap nyanyikan lagu Happy Birthday...honestly, rasa cam nak nangis je. Aku dah tua...Tapi aku tak rasa sunyi sebab aku ada buah2 hati aku yang seronok nak celebrate birthday aku. Tapi yang buat jadi x best, kek ni rasa antibiotik. Hahaha...so, sampai hari ni kek tu selamat berada dalam peti sejuk je.

Dah 2* tahun hidup kat muka bumi Allah ni, aku tau banyak kekurangan yang aku ada. Sebenarnya, agak sedih bila tengok wajah apak. Tapi, aku cuba untuk look at the bright side. Tiap yang terjadi ada hikmahnya...:)

Ape-ape pun....aku dah tua. Huhuhu...Apa yang aku harap untuk setahun yang mendatang ni?

1. Harap punyai kesihatan yang lebih baik. Mungkin patut mulakan program diet. Badan makin mengembang je ni.

2. Harap dapat jadi anak yang tak menyusahkan apak. Dapat jadi anak yang menggumbirakan hati apak....dan dapat jadi anak yang terbaeeeekkk untuk apak aku.

3. Nak jadik adik yang makin memahami dan busu yang penyayang n sporting pada sume anak-anak buah aku.

4. Andai ditakdir aku belum ketemu jodoh, aku harap n berdoa to find a better job. Kerja or business yang aku inginkan dan tau yang aku akan bangun tiap pagi dengan perasaan gembira bila mengenangkan akhirnya, aku buat sesuatu yang aku suka.

5. Mahu jadi insan yang lebih baik dan lebih bagus dari dulu2. Buang semua tabiat yang buruk.

Tuesday, May 11, 2010

So....Sweet Potatoes Couple

wetoriya....wetoriya.....oh, Yong Hwa....aku terluka. Sampai hati ko, Yong Hwa....huahuahua...Aku tengah syok layan this Sweet potatoes couple dalam We Got Married latest season. Currently, kat youtube baru sampai ep 5 tapi tak tau la kalau aku tak nampak ep seterusnya ke....huhuhu....this couple ni...buat I jeles tau.


Mula-mula rasa cam ada sikit menyampah ngan Seo Hyun ni tapi bila dah tengok dalam series ni baru perasan something....Dia ni so damn naive.........Macam tak sesuai je jadi penyanyi. Life dia selalu dilindungi oleh unnie2 dia from SNSD so dia memang tak pandai bercinta whatsoever... Lagi satu yang suka tengok couple ni sebab ada someone yang memang jeles amat dengan Yong Hwa....Sebab Yong Hwa dapat "kawin palsu" ngan Seo Hyun...si Jin Woon from 2AM. Mamat ni memang gilakan Seo Hyun tapi nasib dia hanya dapat jadi MC WGM je. So dia memang nampak cemburu sangat bila tengok Yong Hwa layan Seo Hyun...*sama la kita, Jin Woon.....kita serupa....kita serupa....


Ok...looking forward nak folo couple ni. Sebab currently ep 5, diorang tengah survey rumah nak duduk lepas kawin.....oh...oh...oh.....aku plak yang berdebar....kekekeke...wokehh....akan di update status ini couple...skali update MC rancangan ni skali...hahahaha Jin Woon ah, jangan risau. Noona ada. Seo Hyun takmo ngan ko, noona ada je ni ha....


jin woon :peace...peace...tapi dalam hati luka berdarah ni....huhuhu :P

Monday, May 10, 2010

Meng"UDON"kan Diri...

Marilah mari...makanlah udon...jangan lupakan cintamu pada Korea....ahaks....ok ye pompuan...kite bertemu lagi dalam rancangan Dapur Bujang....(cakap ala-ala Cep Wan)


Ha, ni la aktiviti orang malas dihujung minggu...Masak and makan...makan dan makan lagi.. Last Saturday g beli barang dapur setelah hampir berapa abad entah x masuk dapur... Eh, masuk la. Tapi tuk masak megi je...huhuhu...malas, kan kitorang ni? Sampai tahap skill masak aku hancur berkecai. Ade ke, wat puding terlalu cair...Huaaaaa rasa cam nak nangis je masa tu...


Ok, sambung balik. Dalam perut lapar (ye la soping ditengahari), lum makan lagi. Nampak la satu pek ni. Dulu penah gak tengok. Dok la kata ngan Kila, jom kite cuba. Tapi sampai sudah tak cuba pun. Dah pegang, letak balik... Persoalan dalam hati, HALAL ke? Risau gak. Ye la makanan dari luar ni. Kena gak jaga-jaga. Dah letak balik, tapi still nak gak tengok lagi. Tetap tak puas hati. Then, so sudden nampak ada note kat tepi rak. Makanan ni disahkan HALAL oleh JAKIM. So, ape lagi....Mari kita beli!!!! Tapi dalam hati berdebar semacam gak. Sedap ke? Aku ni nama je gile Korea and Jepun, tapi makan sushi pun tak suka. Hari tu Kila makan bibimbap, aku plak yang rasa loya bila bau. Hahahaha.... nampak sangat tekak melayu...

TADA!!!!

Udon...oh udon....Sedap ke rasamu nih? Hmmmm....oleh kerana tekak melayu aku agak kental, dengan sesuka hati je aku tambah cili api dalam tu. Hahahaha....rasa? Ok la....untuk 1st timer macam aku ni.


Yang ni versi sebelum kena ngap! Lapar yang amat masa ni. Dah pukul 4 baru nak lunch. Balik soping, wat taik mata dulu la katakan. Sebab kat paket tu tulis, boleh letak sayur ke apa yang kita suka, so aku suka-suki je letak sosej (padahal dah tak tau nak letak apa) sekali ngan cendawan.... Hmmmm.....terus-terang, bukan la makanan aku. Agaknya, kalau pergi bercuti ke Korea or Japan, harus gak aku bawak stok megi n sardin banyak-banyak. Tak leh nak terima la. Huhuhu...

Saturday, May 8, 2010

Aktiviti Hujung Minggu ni.....

Mula-mula ingat nak g skate kat Sunway Piramid weekend ni, tapi kensel la. Dengan tidak sengaja (ye ye la tu), aku n Kila dah soping masa hari J Card kat Mid Rabu ari tu. So, aktiviti ujung minggu ni akan dibatalkan atas masalah teknikal (kewangan) yang tidak dan memang tak boleh nak elak....hahahahaha....


Aku still happy sebab aku dah dapat idea apa nak buat ujung minggu ni. Masak and layan DVD Still, Marry Me a.k.a The Women Who Still Want To Marry sampai lebam....Malam tadi nyaris xmo tido sebab excited tengok cite tu. Dah la cite anak kesayangan aku yang berlakon, so kena la pokes lebih. Anak? Kim Bum la sape lagi. Masa tengok Boys Over Flower dulu, aku dah in love ngan dia. Tapi selalu je imejin dapat anak cam dia. Ahaks.... semat semacam je dia ni. Dalam cite yang baru ni, memang x pakai kot sangat tapi still.....dia tetap anak idaman aku. *tengah bercadang nak tengok gambar dia je kalau ngandung...hahahaha berangan je la ko, Amar. Kawin pun idak lagi....huhuhu....:P


Akan diupdate status cite ni sebab skang ni baru sampai ep 6. Tapi cite ni dah buat aku ngan Kila histeria-gelak-tak-ingat-dunia....Akan diterangkan kenapa perkara ini terjadi pada kami....Hahahaha still rasa nak gelak je bila ingat....


K layan dulu gambar poster cite yang comel ni...weeeeeee......haengbok je rasa... New single from Suju bakal keluar Isnin ni.....akan diskkodeng tanpa rasa was-was.....Beautiful Woman by Super Junior. Adakah ditujukan khas tuk aku?? Ahaks....sila la muntah darah ye....hahahaha... :P


Friday, May 7, 2010

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Petikan dari Jabatan Agama Islam Perak

Thursday, May 6, 2010

God... Give Me More Time

Ya Allah, Ya Tuhanku... Berikanlah masa untuk aku terus berbakti kepadanya....

Itu yang aku selalu doa tiap kali apak tak sihat. Setakat hari ni, Alhamdulillah, kesihatan apak masih dalam kawalan. Ye la normal la apabila dah berumur 70+, macam-macam penyakit yang datang menyerang. Last Tuesday, apak pegi check-up kat Hospital Kuala Pilah and acik kata doc bagitau yang buah pinggang apak dah ada tanda-tanda infection. Bergenang airmata aku masa baca sms acik. Ya Allah, Kau berikanlah peluang untuk aku terus berbakti padanya.... :(

Nape sikit-sikit nak sedih? Sebab kita, manusia ni selalu leka dengan apa yang Allah anugerahkan pada kita. Sampai masa Allah tarik balik, baru nak sedar. Aku dah takde mak, so aku tau macam mana rasanya kehilangan insan yang kita sayang. Antara mak ngan apak, semua tahu yang aku rapat dan manja dengan apak. Sedangkan pemergian mak dulu buat aku rasa separuh nafas aku dah pergi, inikan pulak apak. Aku tak dapat bayangkan dan aku tak mau bayangkan.

Ingat dulu masa arwah mak still ada n aku kat poli. Aku biasa call pagi-pagi lepas Subuh. Masa tu guna public phone je. So, time tu takde sape nak pakai. Tak la berebut-rebut. Aku call rumah dan mak yang angkat. Mak cakap apak demam. Suara mak masa tu memang agak sayu. Ye la, mak memang dah tak sihat (dah duduk atas kerusi roda), so bila apak sakit, dia jadi agak sensitif. Lagi-lagi bila dengar suara aku. Lepas letak phone, masuk bilik, tarik selimut tutup muka.....nangis. Tu lagi satu perangai aku. Aku takkan nangis depan kawan-kawan. Petang Abon jemput balik kampung. Memang masa tu apak demam sebab gusi bengkak, tapi aku memang susah nak wat muka slumber kalau dengar apak tak sihat.

The point is, kalau kita still ada mak ayah...hargailah. Jangan sesekali berbangga kononnya "mak ayah aku muda lagi, lambat mati". Jangan....kita dah ada perjanjian dengan Yang Esa. Bila-bila Dia boleh ambil kita kembali pada Dia. Macam arwah mak aku. Dia meninggal waktu kami semua sangka yang dia dah bertambah pulih. Takde sapa duga yang dia akan pergi. Aku? Sampai hari ni aku takkan lupa hari bersejarah tu.

Aku ada kenalan yang rimas bila dengar ayah dia membebel. So, dia akan balas. Dah puas aku tegur tapi dia kata yang dia memang tak tahan dengar ayah dia bercakap. Aku cuma nak cakap, selagi ayah dia boleh bercakap, biarlah dia bercakap. Nanti bila dia dah tak boleh bercakap or da takde, ko nangis kuar airmata darah pun dah takde erti. Aku? Aku suka dengar apak aku cakap. Sebab aku tau bila dia membebel hal orang lain or masalah negara yang langsung takde kaitan dengan dia, itu bererti yang dia memang tengah sihat. Aku sanggup bawak pisau ngan bawang dok dengar dia cakap kat meja makan (walaupun masa tu aku tengah nak masak). Aku rindu nak dengar mak membebel. Itu yang aku takkan dapat dengar sampai bila-bila.

Hargai apa yang kita ada. Sebab kita tak tau, sapa yang akan dijemput dulu oleh-Nya. Mungkin jugak kita yang dulu?? Siapa tahu, kan...??

Wednesday, May 5, 2010

Pray Harder....

STILL PRAY AND PRAY HARDER.....

YA ALLAH...AKU MEMOHON BERKAT HIDAYAH-MU.....HARAP PELUANG ITU MILIKKU...AMIN...