Wednesday, September 29, 2010

Idol Group Dimata Seorang Aku ep 1

Kegilaan aku pada idol group from Korea ni mula last year. Banyak la group yang aku minat. Sampai Kila kata aku tak setia..ahahahaha banyak sangat yang aku minat. Tapi hanya ada beberapa group yang aku memang layan gile-gile. Trust me when I say, aku bole cam suara diorang satu-satu walaupun dalam group tu ada 13 orang (Super Junior). Heh!! Kalu dah namanya hadap dengo tiap-tiap hari x ke jadi camtu?


Ok...so aku nak perkenalkan beberapa group yang aku fancy sangat-sangat. Dan apa ertinya mereka dimata aku.

1. Dong Bang Shin Ki (DBSK)

Beberapa hari lepas, aku dengar 1 lagu (Balloon) yang sebenarnya telah membuatkan aku mula-mula in love ngan group ni. Boleh dikatakan, group ni la penyebab utama ketagihan dan kegilaan aku dengan Kpop..ngeh...wish I could turn back time masa mula-mula gilakan group ni. Reason? Group ni officially dah berpecah...uwaaa....so sad!!! :(

So...perkenalkan..my first fruit liver..DONG BANG SHIN KI (DBSK)

dari kiri : Xiah Junsu,Micky Yoochun, Hero Jaejoong, Max Changmin and leader U-Know Yunho

Dem!!! Bila aku mula suka, mesti group ni berpecah and currently most of them buat aktiviti solo. Puncanya bila Junsu, Yoochun n Jaejoong failkan penceraian diorang kat SM Entertainment (co yang uruskan diorang). Sume pasal kontrak la. Yang buat aku n Eqa bengang....kalu Changmin n Yunho turut kuar sekali, dah tentu diorang still boleh bawak nama DBSK tu sekali macam grup Shinhwa dulu. Hangin je. Sekarang ni, trio JYJ (Junsu, Yoochun n Jaejoong) ni dah kuar album n tak tau la samada Eqa tau ke x.....JYJ IS COMING TO MALAYSIA NEXT MONTH!!!! Honestly, aku nak sangat jumpa ngan my cute dolphin, Junsu tu...ahaks....Tapi berangan je la. Lain la kalu ada sapa-sapa nak sponsor tiket tuk jumpa diorang ni.

trio JYJ : Yoochun, Jaejoong n Junsu


Ironinya (betul ke penggunaan perkataan ni?), group ni la pencetus rasa minat aku pada Kpop. Kalu setakat drama Korea tu, dari zaman belajar aku dah biasa tengok. Tapi muzik diorang ni baru mesra ngan halwa telinga aku tahun lepas la. Terus mencetuskan minat tanpa henti dan semakin menular membahayakan kesihatan mental dan fizikal diri. Mana taknya, ko dah la xpaham bahasa diorang ni. Pastu bila dah dengar lagu tu cam best mula la jadi pirate, download video yang siap sekali translation from youtube which mean makes you a pirate!!! Then, bila diorang kuar album baru, nak tengok promotion album diorang yang biasa dilakukan ketika diorang hadir variety show..again and again korang jadi pirate lagi. Download video variety show diorang lagi dan lapan lagi...Heh!! Tak ke memang baeekkkk punya jadi lanun tu...

Anyway...anyhow...somewhere over the rainbow...apa yang boleh aku katakan...Kpop ni dah jadi semacam satu keperluan dalam hidup. Siyes, gua dah tak layan lagu melayu dah beb...ngeh!! Dengar lagu Nobody n Sorry Sorry kuar kat Era, rasa nak gelak guling-guling je. Mana taknya, diorang ni dah siap kuar new album n dah habis promotion kat tv sana dah oiii....Kat Malaysia still kuar lagu lama??Wadehel!!!

Ok...ni baru satu grup je yang aku nak kenalkan..Nantikan entry seterusnya sebab aku nak bagitau (suka ati aku la kalu korang rasa xnak baca ke apa ke...ko rasa aku syok sendiri macam ramai yang nak baca blog aku ni) group mana yang mencetuskan minat aku towards Kpop...Tungguuuuuu........!!!


Sunday, September 26, 2010

Kembali Ke Alam Nyata

Ok aku dah kembali mengaktifkan diri dalam lapangan blog setelah berjaya mengatasi kemalasan tahap asbestos yang melanda diri....Dan dalam misi mengurat sidia yang dulu ngurat aku..Skang aku plak nak test market, ngorat dia plak...hehehehehe..ye ye je la ni...

Hmmm..aktiviti semasa musim mengawan aku? Melayan Strong Heart (x ingat episod berapa) masa Siwon, Kyuhyun n Donghae datang n masa Heechul buat teukie nangis...Ces..ntah berapa kali ulang pun still angguk-angguk pale setuju ngan kata teukie "PERKATAAN SUPER JUNIOR TU YANG SAYA NAK PERTAHANKAN SELAMA-LAMANYA". Tanpa sedar, aku pun angguk-angguk pale sekali..Betul..betul...aku pun akan protect nama Super Junior tu (macam la aku ada share dalam SME). Jangan risau teukie..noona pun akan protect nama Super Junior tu..yang penting next year jangan x jadi datang Malaysia dah ler. Opss...info terkini Redstar tak jadi jual pre-sales ticket for SuShow3 yang sepatutnya akan dijual this month. Bagus gak...especially bila tahap kewangan agak genting ni..heh!!

Ok nantikan entry akan datang ( tak tau la bilanya). Ni nak layan khuntoria couple..Dem...gua sudah in love ngan 2pm la pulok....Ni sume salah Khun n Taekyon la ni buat gua layan diorang...

K..daaaa.....zasss... :D

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan, Kenangan, Birthday & Reunion

Huh!! 1 entry dengan tajuk yg menimbun. Menunjukkan betapa malasnya aku nak update blog. Bukak blog tuk tgk kalu ada yg update blog pastu gelak guling-guling baca entry Kamalia yg sebenarnya diupdate oleh en asbennye...ahahaha siyes, aku gelak guling2. Patut la kawan aku ni senyap je dr fesbuk n blog, rupanya dh terjangkit drama Korea. Kamil (en asben dia) tukang bocorkan rahsia.

Ok... Dah lambat nak ucap Salam Ramadhan. Hari ni dh masuk hari ke8. Betul ke dah 8 hari? Nampak benar aku x kira berapa hari aku puasa..LOL :P

Ramadhan sebenarnya mendatangkan banyak kenangan bagi aku dan mungkin juga anda sume diluar sana. Ramadhan mengingatkan aku pada arwah mak....


1. SAHUR

Dulu - mak akan pastikan aku amik sahur sebab dia takut aku penat. Ye la sekolah sume. Balik mesti penat. Mak akan buat air susu (sebab aku x minum susu tepung, so mak akan buat air susu lemak manis, ala susu tin tu) dan dia akan belikan macam2 jenis roti manis whatsoever sebab anak dia ni liat nak makan nasi pagi2. Aku ingat lagi mak kata " Makan, nanti takde tenaga". Padahal mak tau, aku lebih pentingkan tido aku dari makan sahur. Dan Alhamdulillah, aku boleh bertahan walaupun x bersahur.

Sekarang - suka ati kalu rasa nak bangun, aku bangun. Kalu x aku lelap sampai subuh. Huhuhu....kalu balik kampung pun acik akan tanya, besok nak sahur x? Sebab dia tau aku lebih pentingkan tido. Kalau ada adik beradik lain yang balik, baru aku bangun sahur. Segan la ngan abang ipar sebab mesti diorang ingat aku takleh pose. Masa dok umah ateh pun, aku bangun gak sahur walaupun xleh pose.

2. BUKA PUASA

Dulu - walaupun mak dah masak nasik, mesti ada 1 menu spesial yg siyesly acik aku pun xdapat masak sesedap arwah mak. Mee banjir...mee goreng yang berkuah. Ala2 mee hailam tp style mee goreng. Hmmm...aku pun xtau apa yg aku tulis ni tp mmg tu la menu arwah mak yang aku rasa acik buat pun x sesedap yang mak pernah masak.

Sekarang - suka ati aku nak buka pose camne. Kalu rajin, masak. Kalu malas, beli je kat bazar ramadhan yang panjang amat depan umah ni (nampak nau tipu) bukan la depan rumah...dekat area rumah sewa aku ni.

3. PAKAIAN RAYA

Dulu - Sebelum pose, baju raya dah siap. Bila bulan pose tinggal nak cari tudung & kasut je. Siyes, masa mak ada, siap yang dalam2 pun ada untuk raya. ahahaha ala2 "adik2" raya. Bulan pose bukan masa untuk bersoping. Means, sebelum pose sume pakaian tuk raya dah siap.

Sekarang - malam raya pun aku boleh soping (nampak nau nipu lagi, amar...xbaik tipu ni bulan pose :P). Bukan...silap. Malam2 bole kuar g Bazar Ramadhan kat Jalan TAR tuk soping baju dah siap. ngeh ngeh ngeh...rilek je balik opis g rayau ngan Kila kat Jln TAR. Memang happening kuar jln2 cuci mata dimalam hari. Nana, aku tau ko xpernah buat. Jom kita jalan2 waktu malam kat bazar Jalan TAR. Baju raya pun xbape nak heran. Tudung? Kadang2 recycle tudung yg memang dah pakai. Bak kata acik aku, x lengkap pun jadik je raya..

4. TARAWIKH

Dulu - wajib pergi. Sebab mak ngan apak takkan tinggalkan aku sorang2 kat umah. So, walau ko rasa ko tak nak g tarawikh pun, ko kena g gak. Pegi pun dok belakang, sementara nak tunggu Isyak, borak2 ngan Kamalia n Ijah. Kamalia, aku tau ko tengah senyum :P memang best je masa tu. Bila takleh pose, baru apak ngan mak tinggalkan aku sensorang kat umah. Siap pesan kunci pintu bagai..hehehehe...

Sekarang - bila nak pergi? Tak pergi2 lagi pun. Bila Kila ajak, aku uzur. Bila aku dah ok, dia plak uzur. Balik kampung pun xdapat pergi..apak dah tak berapa sihat. Solat pun dok atas kerusi je. So memang dia tak larat nak pergi masjid. *Amar, masjid sekangkang kera, boleh je kalu ko nak g jalan kaki tapi ko malas sebenarnya kan? ahahaha...kantoi lagi :P

5. KUIH RAYA

Dulu - bila balik sekolah (masa tu mak sihat lagi) mesti mak tengah dok depan dapur buat kuih raya. Mak tak buat biskut2 moden ni. Biskut moden biasanya kakak2 aku yang tukang beli. Mak akan buat tempeyek, maruku, buah rotan, siput, goyang gerudi inul (ok itu tipu, kuih goyang la) n macam2 lagi. Kalau takpun, pagi lepas sahur sementara nak tunggu Subuh, mak akan mula buat kuih. Aku? Aku tukang rasa je.hehehehe

Sekarang - acik aku teruskan tradisi kuih raya. Cuma tambahan akan ada biskut raya macam tart nenas , semperit (ok itu 1 lagi penipuan, sebab acik aku dah berangan nak buat biskut semperit ni bertahun2 sudah tp tak buat2). Aku? Aku selalu tolong kalau aku balik awal la. Masa belajar selalu dapat balik awal so aku akan amik tender buat tart gulung. Tapi tahun ni x sure lagi. Mungkin cuti Nuzul Quran nanti nak ajak acik buat kuih raya la.


Ok..rasanya cukup la kenangan2 tu. Banyak lagi sebenarnya tapi biarlah ia jadi kenangan dalam minda aku je.

Opss...hari ni Aizan berusia 12 tahun. Yeay!!!Adik dah boleh buat IC...ahahaha....siyes, dari kecik, dia membesar depan mata aku. Tak sangka dia dah 12 tahun. Abang dia plak menyambut ulangtahun ke 17 Ahad lepas.Harap abang & adik akan jadi anak yang soleh yang sentiasa menggembirakan dan menenangkan hati mak. Semoga both of u berjaya dalam SPM & UPSR tahun ni. Amin.....

Nak update pasal reunion tapi nanti la dulu...Kamalia, banyak nak cite ngan ko. Aku percaya ko akan terkejut dengan beberapa cerita yang aku dapat masa reunion dulu. Nanti la...aku cerita kemudian ye.

Daaa untuk sekarang!! Tengah fikir2 nak beli apa kat bazar ramadhan petang ni LOL...

Thursday, August 5, 2010

Love Is In The Air

Love is in the air!!! Hahaha....entry gedik terlampau... Nah, Nana...Ni tuk mu...ngeeee...silap sikit je.Dah siap jahit baru perasan lebah tu cacat...Takde mata.....sorry...sorry bee...Takde niat nak cacatkan dirimu...

TADA!!!!


Pebenda menatang ni? Ok...Nana request nak bookmark tuk buku Twilight dia. Dia kata dia print dari 4shared. So, aku assume yang size buku tu size A4 la, so sebab tu riben tu panjang sikit...Ni rupa kalu dah letak dalam buku... Saja nak buat kelainan...Ngee......rasa cam tak sanggup je nak bagi kat Nana...hehehehe....Nana, upahnya tak mahal... Ko kena bawak aku g Linggi nanti ye...Ni ala-ala advance birthday present,boleh x?

Ok...tambahan gedik. Buat ni tuk diri sendiri sambil tengok Star Golden Bell. Bole plak mata tahan sampai kul 1 pagi pun tak tido. Kalu tak tu, semedang je nak lelap awal.

Apa ni? Tempat letak handphone ke? Tak la....

Tempat letak pass Tounh n Go aku....ngeeee...sah gedik!!

note: baru balik dari amik baju tuk reunion. Thanks to Nasyran from Tee's Studio. Saya amat puas hati.... :)

Takleh tunjuk gambar penuh...ni ala-ala teaser la ni...huhuhuhu...

Thursday, July 22, 2010

Busy ke idak?

Ehem...ehem...semenjak dua menjak ni tekak dok gatal je. Yang paling mengharukan, asik tgigit lidah je hari ni. What the???? Sapa ngumpat aku, baik cakap!!!! Tengah marah ni.. Ahahaha....mana x tergigit lidah, makan macam x cukup mulut. Nasib x berdarah.

Ok...mianhe. Aku tak tau nak kategorikan diri aku ni busy ke idak. Sebab kalu busy, tentu aku xde masa nak bukak fesbuk. Ni hari-hari dok layan fesbuk je. Sempat plak order t-shirt tuk reunion nanti. Banyak entri terperap dalam draft dan bila taip sikit je...delete....x pun aku perap buat jadi pekasam.. Aigooo.....

Mood sekarang ni nak balik kampung je ni. Sabar la sayang. Jumaat akan menjelma esok. Ikut ati nak mintak half day je dari bos aku. Huwaaa......benci la camni. Ngengada je aku rasa.

Tak tau nak cerita apa. Cuma yang aku rasa, banyak benda bermain dalam fikiran aku ni. Pening....Rasa nak lari....*Kamalia, aku g datang kat ko la...Apa? Ko ingat Jopun tu macam selipar jopun ko?Huhuhu...ok nak out.Mengarok jap. Opsss.....skang ni dah addicted berkaraoke la plak. Kila, I blame you for this. Dah la dua2 nyanyi out of tune tahap ke Laut China Selatan....Nyanyi ngan penuh perasaan plak tu... Aduii.....silalah ubah tabiat ini ye cik adik sayang... :)

Tuesday, July 13, 2010

It's Really Hard To Say... I'm Sorry

Dia : "Ko skang ni dah ada pakwe ye. Ko dah tak layan aku lagi."

Aku : *gelak je. Dalam hati tanya, ye ke? Bukan aku akan update dia ke means she's the first who know aku dah ada boifren ke idak?

Mood aku sekarang ni.....Aku rasa keriuhan tu tapi aku rasa terasing sangat-sangat. Dan aku memang tengah mengasingkan diri dari semua keriuhan tu. Aku rasa benci dengan keriuhan tu. Keriuhan tu buat aku rasa nak lari jauh-jauh.

Aku ketepikan insan yang sentiasa ada disisi aku saat aku sedih sebab aku rasa (read: terasa), yang dia dah tak perlukan aku. Sebab dia ada ramai orang lain disekeliling dia dan dia x perlukan aku lagi. Aku akui aku cemburu sebab aku rasa (read: terasa) yang ada orang lain yang dah gantikan tempat aku disisi dia.

Aku pernah berharap yang apak akan kata, "Pergilah sejauh mana yang adik nak pergi, sebab apak tau satu masa nanti adik akan balik."

Honestly, yang mengikat kaki aku hanyalah kerana apak. Kalau tak, aku dah pergi sejauh yang boleh. Mungkin aku dah terlalu spoil, terlalu dimanjakan buatkan aku rasa mengada-ngada. Nak ikut kepala aku je. Oh my....how I wish aku boleh pergi jauh. Biar padan dengan muka aku ni. Tau la nasib ko bila dok jauh dari family.

Siyesly, it's really hard to say sorry. Lidah rasa kelu je nak kata, sorry...aku tak sedar aku dah sakitkan hati ko. Aku tau dia perlukan aku, tapi aku tak tau kenapa lidah ni kelu semacam nak tanya dia. Mianhe, bot. Aku tau ko terasa hati.... Aku pun tak tau apa yang dah jadi ngan aku ni. Perubahan hormon agaknya...Aku benci rasa ni. Sebab aku rasa aku kejam....

Wednesday, July 7, 2010

Reunion & Family Gathering

Letih nak layan notifications yang melambak kat fesbuk hari ni...huhuhu...Ni sume pasal reunion ngan kawan-kawan yang dicadang oleh Janu. Mang aih...dia yang cadang, aku yang penat. Ahahaha....ni la. Bila jumpa balik kawan-kawan, ada yang excited nak jumpa balik. Apa orang kata? Down memory lane.... Ada gak yang buat tak kisah je. Hmmm...aku? Aku tak kisah. Nak kata aku rajin cari kawan tak gak. Tapi bila dah jumpa, takkan nak buat sombong, kan? Lagipun banyak kenangan dengan diorang semua.

Bila dah sibuk dengan reunion sekolah, tetibe abon aku tanya bila nak wat gathering ngan sepupu-sepupu. Lepak makan ikan bakar ke. Ye la, bukan tak jumpa diorang ni, tapi jumpa time kenduri je. Masa kenduri dah tentu sibuk. Bila dah borak-borak pasal gath, terbukak lak cite lama. Kenangan silam masa kami tengah nakal gile-gile. Nak gelak je bila ingat balik. Masa tu... aku, Radziah (kita dua orang je pompuan yang sengal), Adul, Faizal, Along n Juli (aku tak ingat Seli ada ke tak masa tu). Masa tu kenduri arwah nenek. Masa orang lain dok sibuk masak-masak, kitorang redah paya belakang rumah. Rumah arwah nenek tepi sawah so pempaham la...banyak pokok keladi. Rasanya, Faizal kot yang mulakan dulu. "Keladi ni bole makan la. Kita bakar nak?". Pe lagi excited ni. Bakar la keladi tu. Yang makan beria-ia, Along ngan Juli. Aku nga n Radziah, makan sikit je. Yang tak makan si setan gondol dua orang tu. Faizal ngan Adul.

Muka rilek je. Balik umah, aku bukak mulut kat apak "Pak, tadi kitorang makan keladi, sedappp". Aku ingat lagi, apak jerit "Hei, bebudak ni makan keladi gatal!!!!" Ahahahaha....nasib kami sume baik sangat-sangat. Takde efek yang bukan-bukan cuma Adul ngan Radziah je kena sengat dek mak dia. Nasib aku tak kena balun ngan arwah mak...

Siyes....ingat-ingat balik banyak kenangan silam. Habis terbukak balik kisah nakal masa kecik-kecik. Penyangak nye kami jangan cakap la. Tu yang buat aku still rapat dengan sepupu-sepupu walaupun dah beso panjang. Mak busu paham sangat perangai kitorang kalau berkumpul. Aku ngan Radziah selalu kena marah ngan mak kitorang masa kecik dulu sebab nakal macam lelaki. Mana tak nye dok ikut mamat-mamat penyangak tu redah paya terutama masa mak kitorang tengah tido...kekekeke....How I wish I could turn back that time....:)