Wednesday, April 7, 2010

Kesesakan NafasKu

Aduh sesak nafas den... Sampai tersalah taip kat google... hahaha ada ke patut aku boleh taip "SESAK NAFAS" kat google search...Mengong beno...hahahahaha aduyai....


Ni sume gara-gara skodeng blog waiem la ni. Dia dah start buat rebiu untuk cite Oh My Lady lakonan En. Hensem Choi Si Won...My Siwonie from SuJu..Huaaaa....*nose bleeding* bila tengok gambar 6 pax dia...nape Siwon? Nape U tayang body U yang sepatutnya khas untuk I? Hahahaha...speechless betul rasanya. Ni belum tengok sendiri drama tu. Tengok gambar je dah buat aku sesak nafas.


Adudududu......Siwon ah...hati aku rasa tak cukup kuat nak tengok drama ko ni. Aku takut aku pengsan banyak kali nanti. Tetiba kena sawan plak nanti...Hahahaha..Tak boleh jadik ni. Aku kena kuatkan semangat dan menyokong drama En. Hensem ni...Nasib baik teukie tak berlakon drama. Kot tak mau aku pengsan tak sudah-sudah ni...Huahuahua


Ops...kot sape bercadang nak skodeng cite ni..My Soju dah ada sampai episode 4. Aku? Aku nak tunggu sampai habis baru sekali tengok.. Sebenarnya, nak tetapkan hati je ni. Janganlah aku asyik sesak nafas je nanti. Dan jangan tetiba aku buat anti-fans plak untuk si unnie Chae Rim tu...hahahaha...melampau..


Pe2 pun layan dulu poster cite ni...WEEEEEEEE.......

SiWon ah..ko siku je minah gedik sebelah ko tu...noona jeles ni..huhuhu

Tuesday, April 6, 2010

Countdown Untuk Cuti!!!Yippieee!!!

Akhirnya, dengan penuh jayanya...aku berjaya mintak cuti. Bukan setakat masa Adul nak kawin nanti, siap ujung minggu ni pun aku mintak sekali...hahahahaha...happy macam dapat emas sekepuk..

Jadi, dengan ini saya mengisytiharkan tuan tanah akan stop membelog dan memfesbukkan diri start dari Jumaat sampai Ahad... ye aku tau tak lama aku cuti tapi rasa happy sangat.. Dapat balik jumpa wajah kesayangan hamba yang tercinta..

Nak balik buat Puding Coklat...eh, tu kena buat besok. Tuk "Potluck" Khamis nanti. Vicky last day ari Jumaat but I'm not around so kitorang decide nak wat "Potluck" Khamis nanti.

Aku perlu rehatkan minda yang dah letih ni. Semalam dah talk heart-to-heart dengan boss. Banyak yang dah aku luahkan dan aku decide aku nak bertahan sampai En. K memberikan keputusannya selewat-lewatnya bulan 6 nanti. Dan boss memang tak tau aku ada janji ngan En. K... Oh, En. K , aku harap kita ada jodoh bersama.. :))

Currently, tengah sakit perut gelak tengok my teukie dalam Star King... aduyai..bak kata teukie, sapa perempuan yang bersama dia kena pakai krim mata yang banyak sebab akan selalu tergelak je.. Dan, ye. Aku perlukan krim mata kerana tiap kali bersama dia, aku rasa kedutan kat mata makin banyak...dan aku suka semua kedutan tu.. :))

Monday, April 5, 2010

Korea vs Malaysia

Dahsyat betul aku ni. Tanpa disedari.... Malam tadi baru nak sedar...

Aku dah lama tak dengar lagu-lagu dari Malaysia. Cerita kat TV pun boleh bilang mana yang aku follow since last year. Ni sume gara-gara Korea!!!

Sebab Anugerah Bintang Popular malam tadi baru aku sedar. Mang aih, dahsyat betul aku ni. Masa kazen aku kata aku ni dah terlalu addict ngan Korea, aku gelak je. Sebab aku rasa, mana de. Aku cam biasa je. Tapi bila dia tanya, "Eh, ni lagu baru Akim, kan?" Aku nganga je dan penuh slamber jawab, "Aku dah lama x dengar radio". Dengan alasan kat umah takde radio.

Sebab ABP malam tadi buat aku tertanya. Sapa artis Malaysia yang paling menyerlah last year?? Kalau tahun sebelum ni, aku tau la nama Nabil Raja Lawak tu memang tengah naik. Tapi serious punya tak sedar, aku jarang ikuti perkembangan industri hiburan tanahair sejak aku gila Korea ni.

Mana tak nye. Kalau buka TV je mesti siaran 303. KBSWorld. Sampai tahap kalau boleh nak tengok sekali berita KBS tu..Hahaha...Sebab kat ofis dah baca paper. Kalau tak tengok TV, mesti layan variety show kat my lappy. Ulang balik mana part yang kelakar, gelak sampai perut senak. Adul penah tanya, "Ko tak boring ke ulang tengok benda yang sama banyak kali?". Jawapannya, tidak...Sebab tiap kali tengok, aku mesti nak gelak je..

Dahsyat ek...Ni namanya dah kena buatan orang ni. Buatan orang Korea.. ahaks...pandai je aku nak salahkan orang Korea padahal aku yang sendiri gatal tangan dan mata nak tengok rancangan diorang. Entahla...Aku still sayangkan Malaysia cuma rasa hati dan perasaan tak mampu menipu..Cintaku memang tertinggal di Korea. Ada dalam dorm SuJu..kat tingkat 12. Bilik tu warna putih je..hahahaha :P

Saturday, April 3, 2010

Misi Mencari Cinta

Cian pada cik adek Rena...currently dia agak berduka cita sebab cik abang sayang buat hal.. Aku tak mau komplen panjang sebab dia yang rasa perit dan hati terluka. Aku ni hanya mampu dengar dan tolong nasihat je. Sambil-sambil tu jadi la badut nak happykan dia.

Putus cinta? Hmmm...aku dah rasa banyak kali dah. Menangis sampai bengkak-bengkak mata pastu sendiri kata "bodoh betul ko ni, Amar. Buat apa nak nangis sebab jantan tak guna tu?"...hahaha tu la perangai aku. Sendiri buat sendiri komen.

Aku tau ramai yang ingat aku still frust. Dengan ex aku yang dah selamat pun jadi husband orang lain. Tapi jujur aku katakan, TIDAK!!! Aku dah lama lupakan dia. Masuk tahun ni je kalau tak silap dah hampir 4 @ 5 tahun aku clash ngan dia. Cuma nasib menentukan dia kawin dulu daripada aku. Dan nasib menentukan yang sampai sekarang aku still single and sad to be said, available.... :((

Aku percaya pada ketentuan Ilahi. Andai ditakdirkan jodoh aku bukan bersatu di dunia, aku selalu doa yang biarlah aku redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk aku.

Bak kata Rena, nasib si gadis Taurus...hahaha..sebab birthday kitorang selang sehari je. Jadi kami berkongsi zodiak yang sama. Aku percaya pada kuasa Ilahi. Biarlah lambat walau sebenarnya aku tak suka buat apak aku risau. Tapi ingat satu quote tentang "Wanita Ibarat Sebiji Epal"...Aku pegang kata-kata itu...

Ok...no more sedih-sedih...Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih. Aku tak rasa impian mak dan apak aku nak tengok anak dia bersedih...so aku cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hati aku ni. And am trying really hard to make my family happy...:))

Segmen Mari Membaca

Entah apa angin aku, last Wed pergi Mid dengan niat nak temankan Kila cari buku untuk exam, last-last aku yang memborong buku. Memborong la konon. 3 buah buku je beli.


1 buku untuk apak...aku dah x ingat apa tajuk buku tu. 1 buku komik bola untuk Aizan. And for me, kali ni x beli novel baik Malay or English tapi aku beli buku ni...Siri Wanita Kharisma - Rabiatul Adawiyah, Pencinta Agung Mencari Cinta Ilahi.

Sebenarnya belum abis baca. Separuh pun belum lagi. Bila ada masa, macam dalam bas ke baru aku dapat baca. Apa yang boleh aku katakan, buku ni buat air mata aku hampir-hampir menitis...banyak kali... :((

Cinta yang betul-betul agung. Cinta Rabiatul Adawiyah pada Ilahi...

Aku x dapat nak review keseluruhan buku ni sebab baru baca sikit je. Kenapa aku beli buku ni? Sebab aku pernah dengar 1 grup nasyid (x ingat grup apa) ada nyanyi lagu tentang Rabiatul Adawiyah... Tapi seriously, aku memang x tau siapa Rabiatul Adawiyah ni. Daif sungguh rasanya..Sebab tu bila jumpa buku ni, aku dah tak fikir banyak terus beli.

Mungkin akan gunakan masa hujung minggu ni untuk habiskan buku ni... :))

Will look forward to it..

Friday, April 2, 2010

Jiwa Kacau

Sehari dua ni aku tak nafikan jiwa aku agak kacau dan agak sedih. Mungkin tu salah satu sebab aku layan fesbuk je. Kacau kawan-kawan...bagi komen ngarut, publish ayat pelik-pelik...

Kenapa? Sebab ada orang berjanji ngan aku dan dia tak tunaikan janji tu. Kila pun sama. Ada orang lain janji benda yang sama macam ngan aku dan orang tu pun tak tepati janji tu. Dan dia memang berharap sangat-sangat. Nampak la dia frust and feel down. Aku? Aku dah mentally prepared yang sesuatu macam ni akan berlaku, jadi kurang sikit la rasa down. But, still. Aku rasa sedih sangat.

Takpe...pujuk hati sendiri. Aku yakin rezeki aku akan ada nanti. Balik ni nak baca balik buku "Who Moves My Cheese". Buku yang patut aku baca tiap kali rasa down.

:)

Thursday, April 1, 2010

CANTIK

"tu la kau, cantik sangat. Sampai orang takut nak meminang".

Ha? Cantik ke? Itu soalan yang keluar dari mulut aku. Tu sume sebab aku dok chat ngan ex-schoolmate dalam fesbuk. Dia tanya aku dah kawin lum so aku kata la blum and xde jodoh lagi..Dia pun jawab la cam kat atas tu. Hurmmm... mungkin niat dia bergurau je kot. Aku fikir camtu.

Kata-kata dia buat aku terfikir. Rasanya sejak aku tau erti hidup dan aku tau apa erti cantik dan hodoh tu, belum pernah sekali aku rasa aku cantik. Aku rasa aku ni muka sombong ada la. Muka memang x reti nak senyum. Apa orang kata ek...muka ketat je...hahaha... ayat Adul tu. Muka ketat.

Bagi aku orang yang cantik ni kena cantik luar dan dalam. Kalau harap muka je lawa, tapi perangai Nauzubillah...huh, harap dilupakan sahaja la.

Nape aku wat entri ni? Nak show off sebab ada orang puji aku cantik ke? Tak...aku cuma nak kata dengan seikhlas hati, aku tak pernah rasa aku cantik. Dulu, ex aku selalu gak kata. Dia malu nak jalan ngan aku sebab mesti orang kata Beauty jalan dengan the Beast. Masa tu aku fikir, oh, dia nak jaga ati aku, so dia kena puji aku cantik. Dan aku tak pernah tanya dia betul ke dia rasa aku cantik....

So, the point is...Aku rasa nak gelak guling-guling kalu ada orang kata aku cantik.. Cantik ke? Manis pun tak berapa nak ada... Aku ni sweet sour ada la.. Kepala hangin, mulut takde insurans...hehehe...yeah, that's me dan aku tak kisah pe orang lain nak kata..Janji aku gembira..
:)