Wednesday, April 21, 2010

Aku tau dia berdebar...Tapi saje dia nak tunjuk macho..

Sebelum tu..mari layan dulu gambar dari jurukamera tak profesional. Jurukamera ni gelabah macam dia plak yang nak jabat tangan tok Kadi tu...Hahaha wat malu je. Adul yang nak nikah, aku plak yang berdebar-debar.. Sampai goyang gambar yang aku amik...Ampun dong...ni first time saya tengok sepupu saya ni berdebar-debar... Sampai saya pun join sekali.

pokes..pokes....seb bek tok kadi ni tak saiko sepupu aku..kalu tak memang nahas la idup dia...huhuhu..jahat dowh aku ni..
muka mamat yang amat berdebar...dia xnak ngaku yang dia gagap masa baca taklik tapi dia tak tau yang aku ada video masa tu..hahaha akan aku gunakan untuk mengugut dia nanti...





muka tak bole bla...hahaha happy dah jadi laki orang. Dia tak tau bape ramai yang bengkak mata kat belakang menangis bila dia dah jadi laki orang...huhuhu termasuk la den... :(



Batal air sembahyang.. Dan gelang idaman Intan yang akhirnya jadi milik dia...

Sebenarnya banyak lagi gambar nikah dan sanding diaorang ni. Tapi macam yang aku tulis tadi, most of it GOYANG!!! Sebab aku memang not in a good emosi masa ni. Adul, dia sama cam aku. Both of us dah takde mak. Sebab tu mak sedara dan pak sedara sanggup drive dari Melaka ke Rawang just nak tengok dia nikah. Dah settle je, mak busu, pok de ngan Radziah dah nangis. Radziah lagi la, masuk je kat masjid, jap tu dia dah banjir dulu...Ambe? Aku tumpang berkaki-kaki la...

Adul, dia teman rapat aku. Sejak dari dalam perut. Betul...masa mak bersalinkan aku, arwah acik (tengah pregnant Adul) datang temankan kakak-kakak aku. Sebab tu, aku memang rapat gile babeng ngan dia. Aku happy sangat tengok dia dah kahwin. Dan aku harap Intan akan bahagiakan dia sampai bila-bila... Adul, aku sayang ko...huhuhu..my Adul dah jadi hubby orang.... tapi aku suka... To Intan, welcome to our family yang memang bising ni. Harap Intan dapat biasakan diri ngan family kami... :))

Baju Kontroversi

Sebelum apa-apa....mari gelak jahat dulu....hahahahaha


Baju tuk dipakai ketika wed Adul nanti dah siap..Hanya tinggal untuk disarung saja.
TADA!!!!!

sebok betul belt tu nak enterprem gak...babab kang...

Nape baju ni jadi baju kontroversi? Hmmmm...panjang jalan ceritanya..hehehe saje je nak wat orang sakit ati. Bak kat Dato' Siti ~ Biarlah Rahsia....huahuahua..

Ok..aku tau mesti ada yang tanya, nape warna ni? Sebab ni tema belah kitorang nanti. Belah Intan temanya hijau..Oleh kerana warna baju ni agak suram (sebab tu baju ni jadi kontroversi, sebab warna suram n tak berbunga), jadi aku dengan rajin dan penuh usaha....cewah!! Ok...sambung balik. Aku dengan penuh kerajinan pun pergi menampal manik di lengan baju tersebut. Saja nak wat kelainan. Sebab dengar cite yang lain dok sebok jahit manik..so I tak main la manik yang jahit-jahit ni. Xde class...Hahaha mati aku kalau mak busu dengar. Padahal niat aku pada asalnya, nak biarkan baju tu kosong je tanpa apa-apa. Aku tak rajin nak jahit manik (padahal skill tak berapa nak bagus)

Jadi...dipendekkan cerita...Dari asal nak wat kat lengan je, aku beli n DIY kat umah kat badan baju sekali. Nasib baik tanya dulu kakak kedai tu, manik warna ape yang sesuai. So, akak tu kata, manik warna pelangi yang sesuai. Kat lengan, kakak tu yang buatkan (sebab ni la first time aku g wat manik tampal) Dan yang kat badan baju, hasil usaha aku sampai berhasil.



Yang bunga tu hasil usaha aku tu...:P

Aku tengah fikir camne la nak elak dari kena marah ngan acik. Sebab mesti dia hangin tengok baju aku ni. Sebab janji nak wat kan baju dia sekali. Tapi aku takde masa nak g Jalan TAR. Lagi sorang yang bakal hangin adalah Eqa..hehehe sowi laling, busu dah buat dulu. Mung lambat sangat so I go alone...

Hehehe...lantak la nak marah den ko apo ko. Janji baju den dah siap...weeeee.....besok dah start cuti...!!!

Monday, April 19, 2010

Penat Dowh...!!

Aku rasa hari ni...aku mengheret diri aku bangun dari tidur. Penat dan x cukup tido...Huaaa...wish I had my own business dan aku boleh suka-suka hati je nak bangun bila-bila.

Tapi sayang..aku makan gaji. :(

Semalam, settle dah majlis persandingan Adul and Intan kat Rawang. Sebenarnya, belah kami x la penat pe pun cuma x cukup tido je la. I really need my coffee right now.

Mana tak nye. Malam after nikah, kami bukan straight away tido.. Boleh borak dalam gelap plak tu. Mak Busu tukang melayan kitorang yang bising ni. Dapat lelap kejap je, pagi Pokde dah nak balik Melaka so takkan nak tido lagi, kan? Dah tu, baru layan tido balik sampai la Angah tepon tanya kitorang stay kat mana.

Pergi belah pompuan pun, bukan wat ape. Dok makan and amik gambar. Pastu folo Ateh balik. Tak salin baju, terus knock down!! Mengantuk sangat-sangat. Kesan still ada sampai la ni.

So sorry, tak sempat nak upload gambar kawin Adul. Tengok la kalau rajin. Next week belah kami, aku tak rasa aku akan amik gambar. Sebab aku dah dapat bayangkan betapa sibuknya kami semua nanti. Semua bapak sedara dah pesan, masa ni jangan ada sapa-sapa ngelat x mo balik. Ada family matters yang harus diselesaikan sekali..

Huaaa...Adul, ko jangan la bercadang nak kawin banyak kali. Penat dowh....Wat nahas je dia nak kawin banyak kali. Bukan Intan yang smack down dia, aku yang smack down dia nanti...Penat...Next month Seli pulak nak kawin. Alahai...kalau la de alasan untuk menguzurkan diri.. Sebab at the end of the day, aku gak yang kena tembak dek mak sedara...Padahal de lagi kakak sepupu yang tak kawin..Aku gak yang diorang tanya, "yang ni bila lagi ni?"...Mak Busu plak, "ko pegang mas kawin ni, Mar. Amik berkat. Biar lepas ni ko plak kawin"...Aduyaiii....apak, ape la nasib anakmu ini...hahahaha :P

Friday, April 16, 2010

Saya Single, Anda Single... Dia pun Single

Inilah kuasa fb. Kawan yang zaman sekolah dulu pun kite dapat cari..

Zairin...dia BFF aku masa Form 2. Pastu kena pindah sekolah lain dan terus kitorang lost kontek. Macam x logik je sebab family kami still duduk Gemas tapi kitorang x penah jumpa lepas tu. Last semalam dia add aku kat fb.

Soalan cepumas yang biasa akan keluar bila jumpa balik kawan lama... "Ko dah kawin?"....Agaknye sebab umur dh tahap memang kena kawin, so x akan ada soalan lain yang akan dikeluarkan... Kadang-kadang nak je jawab, "Takkan sebab ko dah kawin, aku pun kena kawin gak?" Tapi nampak macam melampau dan penuh beremosi la plak nanti.

Yang penting, rupa-rupanya aku bukan sendirian. I'm not alone la bak kata omputeh nye. Sebab Zairin still single dan aku ada beberapa orang kawan lagi yang masih single...

Sebab tu aku tak pressure sangat kalau balik kampung especially belah mak la. Sebab aku ada 3 orang kakak sepupu termasuk Radziah yang still solo lagi. Siap Mak Anjang cakap lagi hari tu. "Takpe la, boleh temankan kak Mary"....hehehe sebab anak dia pun tak kawin lagi.

Topik kawin ni agak rancak diborakkan semenjak dua menjak ni. Dan aku jump to one conclusion. Sebenarnya amat sukar untuk kita puaskan hati semua orang. Aku takkan berkahwin hanya kerana orang nak aku kahwin tapi aku akan kahwin setelah aku benar-benar pasti yang aku dah cukup bersedia nak mengharungi apa jua rintangan. Dan setelah aku pastikan lelaki itu bukanlah lelaki yang akan memisahkan aku daripada apak dan keluarga aku.

So, for this time being....aku cuma mahu enjoy my single life!!!

:))

Wednesday, April 14, 2010

Aku Sayang... Aku Rindu....

Hari ni rasa mata macam tak boleh nak bukak je... Malam tadi banyak nangis...Huaaaaa...:(

Ni sume gara-gara Entertainment Weekly kat KBS. Diorang buat topik, kenapa artis menangis. Tunjuk plak Rain, DongHae SuJu...and beberapa artis lain menangis. Yang buat aku nangis, bukan sebab diorang menangis tapi sedih woooo dengar cite diorang. Macam Rain. Dia cite camne mak dia masa sakit, taknak gunakan duit simpanan beli ubat tapi simpan duit untuk kegunaan Rain ngan adik dia. Dia dapat tau lepas mak dia meninggal. Bila dia baca nota yang mak dia tinggalkan.

Camtu gak ngan DongHae. Dia nangis sebab dia kata masa Super Junior dapat No 1 dalam carta, members lain call ayah masing-masing, bagitau yang diorang dapat No 1. Tapi dia rasa cemburu sebab dia tak boleh nak call ayah dia, ayah dia dah takde.

Sebenarnya, aku pernah rasa macam tu dulu. Terutama masa belajar. Kawan-kawan aku selalu...sikit-sikit "nak call mak la..Rindu la ngan mak..Mak aku pandai buat kuih ni. Kalau mak aku masak lagi sedap dari ni..." huhuhuhu...aku yang xde mak ni? Dok la tumpang kasih kakak...Nasib baik kakak sudi bagi kasih sayang dia kat aku ni..

Aku rindukan mak. Rindu sangat. Ingat bila Zila tanya aku semalam, "mak ko tak bising plak, ko tak kawin lagi?" Aku jawab "kalau dia ada, memang dia akan bising". So dari situ baru dia tau yang aku dah xde mak. Aku tau kalau mak masih ada, mesti dia bising dan risau anak dia masih tak kawin-kawin lagi. Apak plak, aku tau dia taknak bising kat aku je. Tapi sebenarnya dia risaukan aku. Itu la salah satu benda yang paling aku benci nak buat. Buat apak risaukan aku.

Aku betul-betul rindukan mak. Walau aku tau Allah lebih sayangkan dia. Aku rindukan apak aku. Walau minggu lepas aku baru saja tatap wajah dia. Nape la aku ni belum ada rezeki nak keje dekat-dekat ngan kampung. Kalau tak, mesti senang je aku nak balik kampung tiap-tiap minggu...Hmmmm... :((

Monday, April 12, 2010

Hari Yang Penat

Cuti sehari je minggu lepas, tapi balik ni melambak keje...Huaaaa......

Nape la takde sape yang single mingle merangkap kaya tahap cipan nak pinang aku?

Hahaha....aduyai...memang tertekan yang teramat la sangat. Boss aku tu plak bukan kira timing kalu nak call. Agak-agak datang bengong dia, kul 12 tengah malam pun dia boleh sms bagitau suruh check ni la, tu la. Pe ingat aku ni tak tido langsung ke? Aku rasa nak cadangkan kat boss aku, aku nak stay kat opis je sambil jadik jaga. Nanti senang la dia nak call aku tengah malam nak suruh check something, on the spot aku boleh bagi jawapan...huhuhu :P

Penat betul...Dah tahap rasa nak muntah je ni. Jangan muntah darah dah le...Tak mustahil gak aku akan muntah darah nanti...


Aduuuuu....jejaka idamanku yang kaya tahap cipan... Dimanakah dikau? Adakah dikau sengaja menyorokkan diri? Ko tak tau ke dah bertahun aku cari ko tak jumpa-jumpa. Jangan sampai aku give up nanti....Wuwuwuwuwu.....

p/s : Nape nak laki kaya tahap cipan? Dengan niat xpayah la aku nak keje. Dok goyang kaki je. Bosan dah jadi kuli orang...

Tu sume kata-kata aku yang memang tengah poning + mengarut...

Wednesday, April 7, 2010

Get Well Soon my teukie..!!

Currently, my teukie meng'injured'kan dirinya semasa sessi latihan menari....Cess...kuang asam punya lantai. Ko buat my teukie jatuh ye...Hehehehe....sengal!!

Nak tau lebih lanjut, baca sini

So, seminggu ni tak dapat la dengar sore dia dalam Sukira...ces, macam la aku penah dengar Sukira selama hari ni...

Bila teukie tak sihat, tetiba rasa macam berjangkit pulak sakit tu kat aku.Patut la rasa tak berapa nak sihat sehari dua ni....hahaha sah memang sengal.

Sudah mula memikirkan patutkah aku rembat anak kucing mak busu dan dengan bangga hati akan aku namakan teukieteukie...hahaha lum ada pets dah pikir nak letak nama apa...aku akan berusaha meng'usha' kucing mak busu 2 minggu lagi...hahahaha matilah aku kalau dia tau aku ada niat nak rembat kucing dia...

Siyes!! Rasa nak demam...get well soon my teukieteukie...life seems so empty without you...:((

Off....pokes pokes keje...jangan dok ngelat je...huaaaaaaaaa.. :P