Monday, May 3, 2010

Kini Kembali

Aku kini kembali...hei hei...dah macam lagu la plak...Hmmm...setelah mencutikan diri dari memblog selama 3 hari atas masalah-masalah teknikal yang langsung tidak dikesali, kini aku kembali....sah, memang tertekan. Ni dah hampir pukul 1.30 am dan aku still tak boleh tido. Ni la penyakit aku yang agak kronik semenjak dua menjak ni....What to do????

Nantikan pelbagai perkara yang bakal berlaku dalam idup aku ni...cessss...cam best je. Takde la, cuma aku ternanti-nanti kain felt yang aku order last week bakal tiba this week...

Dan hidungku yang sudah menunjukkan tanda-tanda awal selsema...harap-harap la tak berlanjutan sebab aku ni kalau dah selsema, payah sikit nak baik... Doakan aku sembuh ek kawan-kawan.... :((

Ok...tadi baru beli cite baru cikebum bum bum...not from Super Junior, tapi Kim Bum cinta hati from Boys Over Flower... Cite baru ni "The Woman Who Still Wants To Marry". Belum tengok lagi...but looking forward untuk tengok cite ni. Tapi masalahnya banyak cite dalam list yang nak ditengok ni. Yang cadang nak tengok online lagi...

Eqa pesan suruh cari "Master of Study" tapi tadi tengok belum ada lagi.Sowi, laling...Lain kali busu cari lagi ok. Niat dihati nak beli sekali cerita "Pasta" sebab OST cite tu Kyuhyun yang nyanyi... snaggup tu just because of Super Junior...ahaks...cayalah, aku memang ELF yang best...hahahaha sila la muntah darah sebab aku puji diri sendiri...

List wajib tengok for this month...

1. Personal Taste - kena tengok online sebab cite ni kuar kat MBC. Lakonan Lee Min Ho..Senarai wajib tengok sebab aku n Kila dah tengok LMH secara LIVE lagik...huahuahua sejak tu jatuh tangga sebab dia...so the handsome....

2. Oh My Lady - jugak kena tengok online sebab citer ni terbitan SBS. Buah hati aku yang berlakon. SiWon SuJu...aduhai sayang...aku still kena tetapkan hati nak tengok "chocolate abs" SiWon yang sengaja dishow-offkan dalam ini cerita...

3. Cinderella Stepsister - citer ni kat KBS 303, so boleh la tengok. Tapi dah miss 2 episode daaa. Cam best je sebab cam ala-ala psiko je citer ni. OST oleh Yesung SuJu...nak gak masukkan SuJu tu..tapi siyes nak tengok cite bukan sebab nak sore Yesung ye...hehehehe

4. Capital Scandal - cite ni dah lama dan memang plot pun pasal dulu kala. Tapi cite ni buat aku in love ngan Kang Ji Hwan la plak. So the cute je lakonan dia. Memang slumber je. Ulangan lagi dan lagi kat KBS 303. Tapi honestly, banyak episod dah terrrrrskip akibat asik terlupa je. Akan disurvey, patutkah dibeli sahaja DVD nya?

5. Pasta - cite makan-makan. Nyum nyum...tapi siyes tengok pelakon cam tak terkenal je. Ke aku yang tak kenal diorang? Ahaks....adakah aku akan tengok semata-mata nk dengar sore Kyuhyun? Melampau la tu..Baik aku dengar sore dia kat youtube je kan. Nak tengok la. Maklumlah aku suke makan pasta...hehehehe

Ok....enuff mengarut. Memang rasa badan x sihat ni...Huaaaa mata still tak rasa mengantuk. Besok dah keje...ke aku still nak dengar Faizal Tahir nyanyi lagu "Selamat Malam" tuk aku lagi macam tadi masa kat AIM17? Ahaks...sah memang sengal... :P

Thursday, April 29, 2010

Lawak Hari Ini....Aku Mat Rempit

Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kisah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua:
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan…meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light…siol…aje…Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga:
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu.Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu le hawek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada haritu kejadian yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau ngurat lagi.


----> Aduyai...Aku cilok ni dr page cik adek manes Rena...Rena, akak kopipes ek...memang cite lawak yang buat senak perut aku gelak.

p/s : cite ni takde kaitan ngan aku sebab aku bukan mat rempet ye...

p/s lagi : thanks Rena for making my day.. ditengah hati yang agak panas ni, adik jadik penyejuk hati akak...Thanks a lot, dear.. :))

Haven't Met You Yet

Hehehehe...khas tuk kengkawan yang senasib denganku... Nana, aku benci lagu Wali - Cari Jodoh tu..Siyes...cam hampeh pny lagu. Memerli je...hahahahaha...so aku mendecidekan diri nak cari lagu ni.. Sebenarnya, Haven't met you yet...Someday, somehow...we'll meet and live happily ever after...ahaks..

So ...mari kite layan....

Wednesday, April 28, 2010

Saya mau berhijrah...

Ces..tajuk tak bole blah punya.. Eh, ni dah tahun baru Hijrah ke? Tak la...aku akan dan mungkin akan berhijrah...

Enuff is enuff bak kata omputeh. Penat dowh keje macam nak mati... tapi tak mati-mati. Ya Allah, aku hambaMu ini amatlah lemah. Maafkan aku Ya Allah. Adakala aku mengeluh dan jadi manusia yang tak tau bersyukur.

Aku dah tekad. Insya Allah..doakan aku ye kawan-kawan yang baca entri ni. Nape? Aku mencari perubahan dalam hidup. Andai takdir Allah dah tentukan aku tak punya jodoh, aku harap aku bertemu kerjaya yang akan aku cintai. Aku nak berhijrah. Harap dapat bertukar bidang. Agak bosan dengan dunia kerja yang begini. Bukan lagi jiwa aku.

Aku tekad. Andai Kila taknak join pun, aku akan pergi sendiri. Cuma aku masih takut apak tak setuju. Pandangan dia harus diambil kira. Ya Allah, KAU permudahkanlah urusanku. Apak, mengertilah hati anakmu ini. Kalau berhasil, aku akan lebih dekat dengan keluarga.

p/s : dah gatal tangan order kain felt secara online. takde kesempatan nak ke SS2. ntah bila nak dibuat, aku pun tak tau. semua gara-gara cemburu tengok AJ...hihihi
p/s lagi : kain felt tu takde kena mengena ngan n3 aku...saje je acara selingan.
p/s lagi dan lagi : sejak bila plak aku terer tulis p/s je ni?

Tak bersopan sungguh awek tu..

Semalam masa nak balik rumah, hujan turun la plak. Tak la lebat tapi dari tempat turun bas nak sampai ke rumah boleh tahan kuyup gak la.

Aku nampak ada 1 awek ni. Pakai baju kurung Pahang dan bertudung. Handbag kat belah kanan, tangan kiri pegang paper bag "EBENE" plak tu. Ada sekaki payung (payung ada kaki ke?) kat tangan kiri tu. Tapi dia tak bukak pun payung dia tu padahal tengah hujan kan?

Tetiba aku nampak dia kuarkan something dari paper bag dia dan dia NGAP masuk mulut. Teliti punya teliti baru perasan, tu apam balik yang kecik tu. Ala yang jual kat pasar malam SS3 setiap hari Selasa tu. Rilek je aku tengok dia makan. Sambil berjalan plak tu.

Dalam hati terdetik, awek ni tak takut ke kot possible bf ke mak mertua tengok perangai dia yang makan sambil berjalan tu? Kot nanti melepas peluang untuk dipinang. Pastu aku baru perasan satu benda lagi. Telinga dia rupanya bersumbat dengan MP3. Lagu "Mirotic" plak tu. Aik, sama plak minat kite ye..

Nape la awek zaman sekarang buat perangai camtu? Kalau nampak dek akak aku ni, konfem kena reject punya la. Siap la akak aku membebel.... Ucapan tuk awek tu, aku tau ko lapar tapi wat2 ler bersabar. Rumah bukan jauh mana pun..

p/s : awek tu aku la sebenarnya. dah tak boleh tahan sedap beno bau apam balik tu. bukan salah aku, salahkan pakcik apam balik tu, sape suruh dia buat apam balik yang memang cantik, tertarik kau memang tembam!!
p/s lagi : aku tak kisah orang nak kata aku tak sopan ke ape....tuntutan nafsu (makan) harus disettlekan.
p/s lagi dan lagi : nape aku wat n3 ni? ntahla. otak tak berapa nak centre hari ni..layannnnn

Tuesday, April 27, 2010

Ayah dulu belajar apa kat U Petronas

Sekali-sekala berkumpul memang banyak cerita yang akan keluar. Lepas majlis Adul hari tu, Alang dan Ateh sefamily terus balik SK. Malam tu sambil lepak tengok AF (aku dah tak berapa nak layan dah..cam hampeh je AF tahun ni), sambil on and off tengok MU vs Totenham (betul ke eja cmtu,lantak la)... Alang bukak 1 cerita.

Alang aku ada 5 anak dan 2 daripadanya sedang meningkat naik. Yang sulung baru je sudah SPM dan yang 2nd Tingkatan 4. Alif namanya... Alang aku kerja as a Senior Tech kat Celcom wilayah Timur. Pastu biasa la kawan-kawan rajin bagi baju yang macam-macam (aku gelar baju subsidi). Ala, baju yang ada tulis Celcom la, Maxis la, kalu baju U pun camtu gak. UKM la, UM la...sume ada. So, satu hari Alang aku pakai baju Universiti Teknologi Petronas. Dia kata, Alif asik pandang je dia. Muka penuh persoalan. Agaknya dah tak tahan sangat, so dia tanya kat Alang aku.

Alif : Ayah dulu belaja kat unibesiti petronas tu, belaja apa?
Alang : Ayah belaja cara-cara pam minyak (dengan penuh slamber)

Alang aku kata muka Alif masa tu memang terkulat-kulat. Ye la, dia tau ayah dia keje kat Celcom, so dia wonder camne plak belajar kat UTP tapi keje Celcom? Alif...Alif... Kesian pun ada. Tak memasal je dipedajal oleh ayah sendiri.

Aku dulu pun macam tu gak. Asal tengok orang pakai baju ada logo U mula la kata, "Wah, bestnya dia budak U". Padahal mungkin dia pakai baju kakak dia ke, abang dia ke...So, the main point is...Jangan la terpedaya kalau orang pakai baju ada logo U ke apa ke...

p/s : Aku bawak bekal letak dalam paper bag "EBENE". Ala yang koyok tampal sakit sendi tu. Mesti orang kata, "Sian budak ni, muda-muda dah sakit sendi". Padahal aku dapat paper bag tu dari Kak Lyana. Kila pun penah tanya, "Busu beli EBENE untuk apak ke?" Aduyai.... :P

Monday, April 26, 2010

Karipap-Karipap Cinta


Karipap-karipap Cinta? Tajuk novel humor terbaru terbitan PTS Fortuna Sdn. Bhd. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya adakah ini novel paling laris masa kini. Ya, novel karya Tuan Nazri M. Annuar ini bakal diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan.


Kisah cinta Ali kepada Sarah. Bukan cinta luar biasa tetapi kisah hidup mencari cinta yang membawa peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali menawan hati Sarah.
"Ia tentang kehidupan dan cinta yang sederhana tetapi memerlukan semangat yang besar. Ia tentang kita. Tentang manusia yang mencari cinta dan mendapatkan cinta dengan apa cara sekalipun." Zalila Isa, wartawan
http://psittacula.wordpress.com/


Pada pukul 4:30 petang, 22 April 2010. Pengarah tersohor Tuan Othman Hafsham berkunjung ke ibu pejabat PTS. Perbincangan kali pertama antara Tuan Fauzul Na'im Ishak, Pengurus Besar Editorial PTS, Tuan Faizal Mukhtar, Pengurus PTS Fortuna Sdn. Bhd dan Tuan Nazri M. Annuar, penulis novel Karipap-karipap Cinta berdiskusi rancak bersama Tuan Othman Hafsham. Diskusi berkisar merangka kerja memindahkan hasil karya novel ini ke layar perak.
Tuan Othman Hafsham, pengarah yang dikenali ramai ini pernah mencapai anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987. Selain itu, beliau juga pernah mencapai anugerah penulis Skrip Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama, 1980.


Antara filem arahan beliau ialah Adik Manja (1979), Mekanik (1983), Rahsia (1987), Ujang (1989), Driving School (1990), Soal Hati (2000) dan Soalnya Siapa? (2002)


------>


Aku dah baca dah novel ni. Dan dah selamat tiba kepada acik pun novel ni. Mesti Kila marah sebab dia yang heboh nak baca dulu. Really-really (ada ke 2 kali really dalam bahasa ompoteh?) tengkiu pada Waiem yang buat ribiu pasal novel ni. Ni la satu-satu novel yang buat aku rasa langsung tak malu gelak ada bunyik masa dalam bas (sebelum ni senyum sengih cam orang sewel je tapi kali ni aku dengan penuh slamber gelak besar)


Still terasa senak perut tahan gelak. Ingat nak ulang sekali lagi tapi bila tunjuk kat acik, dengan slumber dia amik dan masukkan dalam beg dia. Melopeh den.. Takpe minggu ni aku akan rembat kembali novel tersebut.


Memang novel dengan ayat yang sempoi habis. On the way nak ke Melaka, sepanjang jalan aku dok baca novel ni. Memang sempoi dan puas hati. Tanpa kita sedar, bila kita suka dengan seseorang, kita sanggup menipu sebab kita nakkan yang terbaik. Kisah dalam novel ni sebenarnya banyak terjadi dalam kehidupan seharian. Sindiran secara lawak.. Mungkin kita akan sedar dan mungkin jugak takkan sedar sampai bila-bila. Kerana Sarah, Ali sanggup menipu kata dia lulusan Al-Azhar. Kerana Sarah, Ali redah kepekatan malam pergi belajar buat karipap. Orang akan tertanya kenapa tajuk "Karipap-Karipap Cinta"? Sebab kerana karipap, cinta mereka bersatu. Aku bagi 5 bintang tuk citer yang memang sempoi...

Kalau betul la diorang nak wat filem, aku memang setuju yang amat sangat. Aku dah dapat imejin camner citer ni akan jadik nanti... Aku akan menungguuuu.... :))