Tuesday, November 9, 2010

Bila dia dah suka...

Ahahaha...nak kasik gelak besar jap. Tak sangka, aku berjaya mempengaruhi orang yang selama ni dok kutuk kata "apa la yang ada pada mamat Korea mata sepet tu sampai ko suka gile-gile".

Kalau sape perasan, ada 1 minah ni suka tag aku ngan video DBSK kat fb. Ahahaha...tu la sepupu aku merangkap insan yang selama ni dok kutuk minat aku. Skang ni dia dah terkena virus lagu Korea.

Honestly, kalu anda start dengar lagu dari DBSK, aku yakin peratusan tahap kemerengan anda akan tinggi secara mendadak. Contoh, macam aku sendiri. Selama hari ni memang suka je tengok drama Korea tapi takde la sampai tahap gile-gile minat. Minat biasa-biasa je. Tapi sejak diperkenalkan dengan DBSK, there's no turning back. Aku memang dah terjebak jauh dah. Tapi aku taknak jebakkan diri aku terlalu jauh dengan menambah minat pada grup yang baru-baru ni. Cukuplah DBSK + JYJ, Super Junior...sikit-sikit 2pm...sikit CNBlue..sikit-sikit SS501. Tapi 2 main grup yang aku folo dan currently gile-gile folo + jadi stalker nak tau twitter update diorang adalah DBSK + JYJ n Super Junior. ahahahaha..penangan Stadium Negera namanya ni.

Dan kebarangkalian...sepupu aku ni akan join konsert JYJ next year amatlah cerah sebab dia dah syok tangkap cintan ngan Yoochun n Jaejoong...Nasib tak minat Junsu sebab awal-awal lagi aku dah warning.."mamat montot seksi tu aku yang punya..LOL"

Aigooo....rasa nak gelak je. Dah la sepupu aku ni dok kutuk kata lagu Bonamana - Super Junior tu lagu mak pong..Sebab dia dengar macam diaorang dok sebut 'makpong..makpong' je dalam lagu tu. Ahahahaha.....aku tak marah..Sebab aku pun agak hangin je ngan lagu tu masa mula-mula dengar :P

Monday, November 8, 2010

Already 5 years!!!

Sudah 5 tahun? Demmm...baru kenal mereka setahun yang lalu..Sungguh ketinggalan saya ini...Anyway..sorry Super Junior for the late ucapan tahniah untuk 5 tahun yang berharga itu.. Noona sibuk sambut Deepavali..LOL :P

Knowing them...for only 1 year ++...Hurmmm....thanks a lot for making me smiles. Really looking forward next year for Super Show 3.

Walau apa pun krisis yang melanda...hope all of you will stick together. Benci SME dengan apa yang terjadi pada DBSK tapi sayang SME sebab Super Junior...Ahahaha bole x camtu? Tapi rasa nak benci SME sebenci-bencinya kalau next year takde Super Show 3 kat Malaysia....Huhh...harap-harap la ada *tadah tangan doa..:)

Anyway....5 years in industry. Masih kekal dan masih kukuh...Pertahankan nama Super Junior tu walaupun korang bukan lagi "junior". Should be tukar pada Super Senior...LOL...Jangan la terkena badi perpisahan selepas 5 tahun yang banyak melanda idol grup yang lain....

Demm...ni sume yang buat rasa taknak membesar ni.. Cemburu tengok budak-budak or should I call remaja yang boleh folo Super Junior dari awal pembabitan diorang sedangkan aku rasa aku dah terlalu tua untuk folo dan dah terlalu lambat tuk kenal diorang sume.....

p/s : all this fangirls thingy hanya layak dibuat masa korang bujang je sebab kalu dah kawin, tak ke nampak cam buang tebiat terkinja-kinja tengok konsert..kekekekeke....

Tuesday, November 2, 2010

DBSK...Tohoshinki...TVXQ...

Sorry...still in the mood of JYJ + DBSK or TVXQ or Tohoshinki (whatever pun yang orang panggil diorang ni)... Tapi grup ni aku kenali dengan nama DBSK which is singkatan bagi Dong Bang Shin Ki.

Opsss...video Ayy Girl dah kuar. Honestly, aku hangin tengok video tu. Macam....erghhh....nak mencarut. Untuk nama besar dan gah macam tu, kenapa la video macam mereka yang baru je nak bina nama. Hello...diorang tu bukan setakat popular kat Korea and Jepun je ye. Satu dunia dah tau kehebatan diorang. Hangin....Junsu nampak buruk dengan baju yang ntahapaapantah tu. Belum masuk Jaejoong yang dah dimekap macam gay!! Argh...ada xde penyelamat sikit, Yoochun je la. Tu pun mekap siap ngan smokey eyes lagi. Aiyarkkkk....Banyak sakit ati wooo... :(

Tak mo publish video tu dalam ni. Sakit ati den. Buat la video lain!!!!Benci...benci...benci....!!! *mode meroyan dah datang.


Hmmm..nak perkenalkan lagu yang mula-mula buat aku tertarik dengan grup ni. Grup yang berulang dari Korea ke Jepun. Jap balik Korea buat album, pusing balik Jepun buat single..Dulu, aku agak tak berapa nak suka lagu Jepun diorang, tapi la ni dok layan gak la. Lambat a.k.a slow sikit la.

Lagu Purple Line ni kalu tak silap dinyanyikan dalam versi Jepun dulu dan dapat #1 dalam Oricon Chart. Pastu diorang buat dalam versi Korea la pulok. Love at first sight tengok dancing diorang dalam lagu ni.




Baru-baru ni dok gile layan lagu ni sambil nyanyi "You got the wrong number, you got the wrong number, I'm sorry you got the wrong number, So don't call me no more". Ahahahaha....dengan niat nak nyanyi tu pada sape yang call aku and aku rasa malas nak bercakap ngan dia...LOL
Dancing diorang super duper sexy dalam video ni dan lagi best kalu tengok live performance diorang :)




Sebab video ni, cinta aku beralih dan terus teguh pada Junsu. Dem...sorry yang lain ye. Siyes, kalu bukan Junsu yang antara yang termasuk dalam grup JYJ, aku tak heran kot nak pergi showcase diorang ari tu. Ahahahaha..... Dan lagu "Spell" ni dah pun menusuk dan menyihir sepupu aku sedangkan sebelum ni dia memang hangin je bila aku minat Korea. Bila dia dengar lagu ni, terus dia kata best la, aku nak download lagu ni. Aahaha welkam to our klab..Klab berangan...ngeh ngeh ngeh...Dalam album ni la diorang buang imej cute separa matang diorang..bina muscle, sexy dance...errr....errr......*pervert mode dalam pale otak ni....hehehe :P





Love at first sight? Mungkin...sebab cute and innocent look diorang dalam video ni buat aku rasa nak peluk dan cium diorang macam aku cium anak buah aku *again pervert mode datang menyerang....Mana boleh ko nak cium lelaki yang beza bape tahun je ngan ko macam ko cium anak buah ko yang baby tu? Heh...berangan je...Bila tengok video ni rasa nak kata...alolololo...pesal cute sangat ni? ahahahaha...Antara lagu kegemaran aku :D





Bila dah jadi Junsu biased....apa saja yang berkaitan ngan Junsu mesti nak tau. Teruja bila dapat tau yang dia buat lirik tuk lagu ni plus lagu ni kena ngan selera aku *mode berangan dia tujukan lagu ni tuk aku...kekekekeke :P





Satu lagi lagu yang asalnya dalam bahasa Jepun dan kemudian dialihbahasa ke bahasa Korea and the lyrics by Changmin the maknae. Memang in love ngan melodi lagu ni. Feeling je...huhuhuhu...



Knowing them...baru sahaja setahun lebih. Sian kan? Sebab ada terlalu banyak yang aku harap aku akan lebih tahu tentang mereka...contohnya lagu-lagu diorang. Honestly, aku tak tau semua lagu diorang. Belum masuk yang versi Jepun lagi....*sigh.... sebab perangai aku bila dah start dengar 1 lagu, aku tak layan lagu lain dah. Sekarang ni tengah mood Mirotic+Wrong Number+Picture of You...

Still praying hard yang diorang akan kembali bersatu...Ntah kenapa kuat hati mengatakan perkara itu tidak mustahil.

p/s : kenapa nak praying hard for them? Sebab mereka la pencetus minat aku pada dunia fandom, fangirls....dunia yang aku rasa membuatkan aku taknak membesar lagi...Aku mau statik disini...Dunia yang boleh buat aku tersenyum saat hati mau menangis....Mereka tak kenal aku, tapi mereka dekat dihati ini. Sebagai penyebab senyuman dan tawa aku...Mungkin tak semua orang akan faham....hanya mereka yang sependapat saja akan mengerti.. :)

Monday, November 1, 2010

Memasak

Memula tengok video ni, kecik ati je rasa. Ye la...1st half lagu ni macam perli pompuan tak pandai masak..Pastu bila dah masuk 2nd half, rasa cam nak sekeh pale sendiri...suka sangat jump to conclusion tanpa tengok sampai abis..hehehehe :P

So, layan dulu lagu "Yoriwang" yang aku rasa cute sangat ni yerk.... :)


Memasak....memang keje orang pompuan kan? Walau ramai chef terkenal dunia adalah lelaki tapi aku percaya kat rumah mesti diorang nak wife diorang gak yang masak tuk diorang.

Dulu apak pernah kata, dia nak anak pompuan dia mesti tau masak dan pandai pakai kain batik. Tak kira la berapa hebat pun anda, dia nak anak dia tau 2 perkara ni. Mula-mula aku rasa annoying la jugak sebab aku rasa aku moden...sebab aku rasa aku nak belajar baik-baik, dapat keje bagus pastu upah je orang gaji tuk masak.. Itu sume mentaliti aku yang baru berumur 15 tahun LOL...naif gile pemikiran masa tu.

Sekarang... Alhamdulillah...aku dah boleh masak dan selesa dengan kain batik. Walaupun pernah kena gelak ngan member masa kat poli sebab diorang kata aku macam orang kampung. Seriously, I'm proud to be orang kampung la beb. Aku slumber je balas, nanti ditakdirkan ko dapat mak mertua yang cerewet, ko rasa la bila ko kena pakai kain batik. Takkan balik umah in laws nak pakai short kot..LOL :P

Aku nak cite pasal masak. Pengalaman bersama dengan ramai kawan..dari sekolah, poli, U pastu keje buat aku kenal macam-macam perangai orang. Maaf andai aku kata, aku tak boleh tahan orang yang puji diri sendiri pandai masak. Sebab selalu terjadi, bila aku makan...aku rasa cam biasa je. Ada sorang kenalan ni yang proudly bagi tau orang yang dia memang pandai masak. Berbeza bila kita kata family saya suka masakan saya...anak-anak habiskan makanan dan kata sedapnye mama masakan mama ni *ehemkamaliaehem...Huh, tu lain. Yang ni memang terang-terangan kata...SAYA AKUI YANG SAYA MEMANG PANDAI MASAK....aigooo....masuk bakul angkat sendiri sungguh ayat itu. Tak tau nape...aku ada rasa meluat sikit la.

Aku sendiri....tak boleh terima kalau orang kata aku pandai masak. Aku lebih suka kata aku tau masak. Sebab kalau pandai, mesti masakan aku sedap dan aku boleh la mohon keje jadi cep kat mana-mana 5 star hotel sebab aku dah pandai semua jenis masakan...kan? Ehehehe...ntah la. Aku lagi prefer orang kutuk masakan aku supaya aku boleh improved skill masakan aku instead of puji-puji melangit dengan niat biar aku masak lagi tuk diorang..tu sume sepupu aku punya ayat la tu nak suruh aku masak tuk diorang..ngeh :P

Harap takde yang kecik ati ngan entry ni. Sebab aku agak kampung sikit bila orang bukak bab masak-masak ni. Tak payah la kata anda pandai masak...boleh je kalu nak kata suka masak, tau masak. Kalau anda boleh masak macam cep hotel terkenal punya menu tu lain gak stori. Setakat masak lomak cili api pun nak kecoh macam masak lauk yang berbelit-belit nak sebut tu...Aduyai...sorri la ek..Ai pun tetibe rasa nak riak. Masak lomak cili api ai paling mantop sampai apak ai kata ai punya masakan lagi sodap and power dari masakan kakak-kakak ai okeh..Pakcik dan sepupu ai asik request ai masak lomak je kalau ai datang umah diorang okeh*mode ayat riak jap. Aku ingatkan dia masak apa la sampai dok puji diri sendiri, rupanya masak lomak jo...Jangan jadi anak nogori la kalu masak lomak pun tak master. Aigoooo....:P

Again...sorri. Aku sedar jahat gile ayat aku. Hehehe...bukan nak kutuk mereka yang tak pandai masak ke atau mereka yang PANDAI masak cuma bagi aku, penggunaan ayat tu kasik betul sikit. Kata belajar tinggi...heh!!

p/s : Aku tak tau nape aku emo bila bab-bab macam ni. Ke sebab aku rasa "dia" tu macam suka show-off diri dia. Macam ala-ala bagus sikit la. Again....pekejadahnya aku nak kesah ngan hal dia? Bukan kawan karib pun...walaupun dulu mungkin la....opsss....anggap je la ni entry emo nak PMS...LOL :P

Tuesday, October 26, 2010

The stalker me....nak adopt kucing,pleaseeee...

Hohoho....ambe dah join Twitter...dengan niat.....nak jadik stalker..ngeh ngeh ngeh....ohoooo....bila mamat ni dah join Twitter, baru rasa nak aktifkan acc Twitter yang dah lama creat. Red ocean yang dah mengalahkan blue sapphire ocean nampaknya. Dulu.....bile tau all SuJu member dah ada acc Twitter, aku rileks je. Daftar tapi x aktif. Tak folo sape pun. Tapiiiii....because of this guy, keterujaan-ness aku melampaui batas jadinya....Sape???



peace noona...saya dah join Twitter..meh join sama...:p

Kami ni ada connection ke? LOL....semenjak dua menjak aku agak teruja nak bela kucing. Kalu tak kenangkan dok umah sewa which means aku kena amik kira pandangan my other housemate yang aku tau memang tak suka kucing sebab bila kucing jiran datang umah, dia la yang pertama halau sedangkan aku n Kila nak kidnap kucing tu masuk bilik kitorang.....so aku kena amik kira those aspect sebab dah adat menyewa, kan? Lagipun rumah kami ni ada baby...so agak tidak sesuai, aku rasa *sigh

Aku tau kewujudan anjing Junsu yang dia namakan Shaki which means anjing yang dibela oleh Xiah Junsu. Memang dah ada niat nak letak nama kucing aku dengan nama Shaki (dulu nak letak nama teukie,LOL). Antara update from his Twitter, gambar kucing dia. Nama ape ek? Lupa la plak...LOL again..

tada....comel tak kitten ni?

Opsss...Jaejoong pun dah ada kitten gak yang aku rasa sama breed ngan Heebum (kitten Heechul SuJu)..warna pun lebih kurang sama...Uwaaaa nak gak kitten camni!!! Kila...jom ar kita adopt kitten....bole jadi peneman...Ni yang buat nak g Melaka kidnap kucing mak busu ni...;p

Perasaan dalam hati amatlah meluap-luap nak bela kitten ni....Sohih...ada gak aku g Melaka amik kucing dari Mak Busu ni kang.....arghhh....!!!!somebody please help me!!!

p/s : Family aku dah lama x bela kucing..dulu masa kecik-kecik, ada gak bela. Tapi sebab kucing yang kami asik mati je, apak aku dah taknak bela. Dan around tahun 2006, apak kena Tibi so lagi la xleh kena bulu kucing. Aku rasa minat pada kucing ni wujud sebab hubungan rapat aku ngan Radziah dan mak busu yang amatlah diketahui pencinta kucing...ohhooooo.......memang sah aku g kidnap kucing mak busu ni..kekekeke wait for me ah...pasni InsyaAllah, aku akan ada kitten macam Junsu n Jaejoong plus Heechul..kekeke

pic from Junsu twitter :)

Friday, October 22, 2010

RIP Akie

Macam Nana ada mesin pembaca fikiran je.. Na, ko ada ke? Kasik aku pinjam...hehehe...bukan apa, masa Nana call tanya kat mana kedai jual manik kat Jalan TAR, tetibe dia bukak cite pasal kain felt. Sebut plak nama kedai Daiso... Memang masa tu aku dok pikir, mana nak beli kain felt. Yang ada dalam simpanan tak banyak dan aku nak mulakan projek tuk SS3 n JYJ next year...kikiki...:P

Nana kata konpem aku meroyan masuk kedai tu. Nasib xde orang lain yang temankan aku g sana sebab aku rasa konpem diorang malu punya la dengan kelakuan tak berhemah aku...ahahaha...masuk-masuk je terus carik..."kain felt, kain felt". Mulut x henti-henti membebel. Capai warna merah n biru dulu (Eqa, anda taukah apa maksudnya?). Sempat pikir, wah...kalu ada balak tokei kedai ni kan best...ngeee sah meroyan.

Skodeng blog orang tuk dapat idea. Nak wat kucen sebagai adiah tuk sepupu aku yang tengah bersedih dengan pemergian kucen kesayangan dia. Bai bai akie...may u rest in peace....huhuhu... Sambil tu buat la pale lombu ngan pale katok tuk aku n Eqa. Sebab kila dah dapat pale lombu dulu so aku nak kasik partner tuk lombu tu...ngeh ngeh ngeh...jahitan lom kemas lagi...oleh kerana semangat aja aja hwaiting yang maha tinggi....aku akan usaha bagi lagi lawo...

3 sekawan yang cacat : inchek katok ijo xde badan, inchek lombu yg aku lupa nak jahitkan mulut dia n opkos xde badan ngan kucen akie yang xde muka..wakakakaka...kat belah belakang tu siap ada nama kitorang sekali. Untuk inchek lombu tu, mula-mula cadang nak jahit nama Junsu, tapi rasa cam melampau plak...hihihi *malu seyh....

RIP Akie...

Kucen ni peneman sepupu kesayangan aku. Boleh dikatakan pendengar yang setia. Bila Radziah ada masalah, dia boleh duduk bercerita ngan Akie n Akie bagi reaction macam dia faham. Bila aku datang sana (Melaka), aku memang rajin layan kucen ni. Mana taknya, kalu kita tido n tak tutup rapat pintu bilik, ko bangun konpem dia ada kat sebelah ko tengah tido or tengah pandang ko. So cute....kucen yang mengada-ngada...Anak manja la katakan...Dulu, Radziah ada banyak kucen dan dia tinggalkan sume kucen tu bila pindah dok umah taman. Tapi dia bawak akie sekor je sebab dia memang dah biasa bela kucen dari kecik.

Satu perangai akie yang aku memang ingat sangat, bila Radziah bagi kucen lain masuk rumah n bagi makan. Dia bukan buat bunyik menderam macam marah atau gaduh ngan kucen lain, tapi dia akan tutup muka dia dengan tangan and bunyi macam manja and nyaring sangat macam cakap "nape bawak masuk kucen lain, halau dia keluar,saya tak suka dia"..LOL...hangin je dengar bunyik dia yang nyaring tu..Sebab tu aku kata dia anak manja.

Bila Radziah bagitau akie dah mati, aku memang nangis. Kucen yang sawan tu dah takde. Mungkin kena langgar kot..Sepupu aku tu jangan cakap la...dia memang sayang sangat ngan akie..masa g Kedah ari tu, dok sebut nama akie je..aku rindu akie la...apa anak aku tengah buat? Dia memang anggap tu macam anak dia....

Akie, dah takde lagi kucen yang akan tarik kain or baju kelawar aku bila aku berjalan...LOL...tu satu tebiat dia. Pantang nampak benda bergerak, dia akan kejar, cakar n tarik. Bayangkan betapa happeningnya hidup dengan akie tu. Sedangkan aku yang sekali-sekala jumpa ni pun dah rasa rindu, inikan pulak Radziah yang dah biasa nampak dia tunggu Radziah balik keje...

Akie...bai bai sayang....We gonna miss you... :(

Wednesday, October 20, 2010

JYJ Showcase - It's A Show Time!!

Ok...sedikit gambar tempat kejadian.. As said before, there's no pic of JYJ. heh....mesti ramai yang kata...ala dia ni tipu sebenar dia tak masuk pun dalam stadium. Lantak pi hang la....janji aku enjoy!!!

Menunggu diluar dalam cuaca terik matahari...Nasib dapat port bawah pokok...Terus landing. Masa ni dah ramai yang beratur. Kedengaran suara JYJ tengah buat sound check...Bulu roma ai dah meremang-remang...ngeh ngeh ngeh :P


Sesi beratur bermula....Amaran * Jangan ikut kami yang slumber je potong barisan...Ahahaha kantoi...slumber je buat muka tak bersalah....huhuhu


In the stadium..before consert..Kat bawah tu, yang beli tiket rock corner dok penuhkan ruang kosong. Eqa with chant stick n balloon merah nye mak ngah :p


Lagi sorang yang sibuk nak bergambar sama chant stick n balloon.. Aku? Takde...masa ni tengah sibuk uruskan mekap JYJ...ahahahaha ape kes? Me is the photographer la tuk 2 orang adek manes ni...


After showcase... Taknak kuar stadium sampai la guard halau. Apek belakang kitorang tu cadang nak terjun sebab frust tak puas dengar JYJ nyanyi...ahahaha :P

Ok..it's a really sweet memories for the 3 of us. Walaupun baca kat fb Redstar banyak yang complaint terutama tiket VIP dan rock corner. Tapi kami yang beli tiket paling murah ni, no regrets at all.... Opss...nanti akan upload suasana dalam stadium before showcase and during showcase. Sekali lagi nak bagitau...takde gambar JYJ ok...kekekekeke :P

p/s : mungkin this whole week akan cite pasal JYJ je..kekeke..ko tunggu la SS3 tahun depan...mau sebulan kuar cite Super Junior je..lol
p/s lagi : kalu x suka, kasik pangkah wokeh....ambe x marah :)