Monday, October 18, 2010

The Beginning...My Journey with JYJ

JYJ...indah sungguh momen itu. Tak sangka akhirnya kita berada ditempat yang sama, menghirup udara yang sama dan juga mungkin berkongsi rasa yang sama.. :)

Siapa JYJ ni ? Refer Idol Group Dimata Seorang Aku ep 1 . Thanks a lot Junsu, Yoochun, Jaejoong. U make me smile. Aku tak percaya setelah 29 tahun hidup dimuka bumi Allah ni, aku tiba-tiba rasa "I refuse to grown up". Aku hanya mau momen itu statik atau lebih baik terhenti disitu sahaja.

On the way ke Stadium Negara with my 2 nieces (Kila n Eqa), aku tanya diri sendiri. Betul ke decision yang aku buat ni? Ada nampak macam buang tebiat ke? The 3 of us masa tu senyap je dalam train. Aku percaya dalam fikiran nieces aku tu, diorang pun tak percaya momen macam ni hadir dalam hidup kami. Berbanding 2 gadis yang sama beli tiket LRT yang turn out to be duduk depan kami je dalam train yang aku tengok rancak berbual. Dengar la diorang cite pasal Kevin (maybe Kevin U-Kiss kot)

Menghampiri Stadium Negara, aku kata pada diri... yup...this it is!!Masanya sudah tiba. Merayau tengok apa goodies yang boleh dibeli. Cemburu dengan mereka yang berjaya membeli kipas yang ada gambar Junsu. Demm...kami sampai agak lambat dan masa tu most of them dah beratur nak masuk dan of cos la goodies banyak yang dah sold out. Amik goodies pack yang aku order online (dalam tu ada chant stick, belon, lyrics Chajatta + instructions) yang Saranghae projects buat. Berpeluh beratur hampir 2 jam. Sempat berbual dengan adik2 yang depan kami (siap janji nak jumpa next year JYJ consert lagi). Buat aku terfikir, minat yang sama boleh membuat anda tidak kaku untuk berbual dengan orang yang first time anda jumpa.

Masa menunggu yang agak lama sebenarnya amat berharga bagi aku. Bayangkan, suara yang selama ini anda dengar hanya di lappy, kini anda dengar secara live!! Yup..masa tu JYJ tengah praktis kat dalam stadium Oh My....Suara Junsu....really really voice from heaven bagi aku. Merdu sangat-sangat. Keunikan suara dia buat aku senang nak cam dia yang mana satu. Masa tu je boleh dengar mereka yang dok beratur dekat luar ni dok jerit-jerit. Siyes, memang happening.

Dapat masuk dalam stadium (honestly masa nk masuk stadium, aku dah rasa nak muntah), kami pilih spot yang sebelah kiri pentas. Dah adat beli tiket paling murah, dapat tempat duduk yang agak kebelakang. Bila semua dah masuk, stadium dah penuh tiba-tiba nampak mereka yang beli tiket rock corner (means diorang akan berdiri sepanjang show tapi dekat dengan pentas) dok kumpul kat tepi belah kiri sambil jerit-jerit. Ahahahaha..masa ni rasa bertuah gile pilih lane R2. You know what? JYJ turun dari belah kiri tu tuk naik ke pentas dan kami amatlah bertuah sebab boleh tengok diorang warm up sebelum naik pentas. Korang yang beli tiket lagi mahal dapat tengok? *ayat riak sambil gelak jahat...muahahahahahaha....Nampak la JYJ ni dok buat streched-up..Man..masa ni dah rasa heaven dah. Sebab aku dah nampak my cute dolphin, Junsu!!!

3 lagu awal yang diorang nyanyi tu adalah lagu dari album The Beginning sebelum diorang tukar baju dan ditemuramah oleh Serena C. Sayang seribu kali sayang, Junsu ngan Jaejoong ada communication problem so Yoochun je la yang banyak cakap tapi Yoochun punya English pun agak hancur. Mana taknye, dah berapa tahun plak dia dok Korea and Japan. Harap sangat diorang boleh cakap banyak. Diorang nampak letih tapi still energetic. Lompat sana...lompat sini...Kitorang? Histeria tak sudah-sudah...ahahhahaha...Aku? Sawan tiap kali dengar suara Junsu...

Antara soalan yang ditanya oleh emcee..

1. Do you think Malaysian girls beautiful?
Junsu : Yes (it's a fan service la, of cos dia akan kata yes..cube dia kata no, aku baling dia ngan kasut aku *erk,sanggup ke? x sanggup dowh....:P)

2. emcee ada tanya something kat Jaejoong tapi dah lupa soklan tu camne tapi dia ada jawab
Jaejoong : this country is hot (ye la Jaejoong, ko belum tengok kitorang yang berjemur kat luar semalam, baru kau tau lagi panas oi)
Then emcee tu balas..of cos la hot, because Malaysian girls is hot...ahahahah luv ya Serena C. Ayat sempoi je kuar.

Then diorang janji nak datang lagi summer tuk buat konsert. Lagi sekali terkena ngan Serena C bila amoi ni kata "We in Malaysia, always summer, so....." yang buatkan cassie sume dok menjerit!!! Ahahaha kantoi. Malaysia mana de 4 musim laling...Diorang janji konsert maybe June or july next year.. Yipppeeeee!!!!

Lagu paling best of cos Chajatta. Dah la aku memang dok layan lagu tu pastu dengar diorang nyanyi live...pergh...heaven. Last song "Empty" memang best gile. Siap jump jump lagi. JYJ la jump...aku takleh jump, kang orang kat belakang aku baling kasut lak kat aku..kekekeke memang ada niat nak jump sebenarnya sebab lagu tu and their dance..perghh...superb giles...Sambil menulis entry ni, aku dok dengar lagu Empty ni dan masih basah ingatan aku pada tarian diorang.

Mahu bercerita lagi dan lagi tentang JYJ ni...Entry ini hanya The Beginning pada apa yang kami lalui semalam. Sepertimana mereka memulakan langkah yang baru setelah dihalang, aku percaya banyak orang diluar sana termasuk aku akan berfikir.....terlalu banyak halangan yang JYJ alami tapi they AKTF (Always Keep The Faith). Itu la kata-kata Yoochun...Thanks cos AKTF...Already miss them..tapi aku ada The Beginning sebagai peneman.... :)

Aku nak share this video dedicated khas from JYJ tuk sume fans diorang...Video ni pun ada masa showcase semalam. Sila fokus sayang aku yang buat "LOVE" masa last sekali. *melted again and again...pengsannn....

TO YOU FORM JYJ.... :)



p/s : sorry gambar dalam stadium xde sebab aku dok amik video je. kekeke rugi kalu x simpan momen indah ni dalam bentuk video. Dah la dok jauh, gambar kurang jelas so better amik video. Publishkan? Takmo la den..Malu dowh..ada kuar sore aku.."oh my...sore dia", "JUNSU!!!Marry me please, nawa kioronejulle" (ok , itu tipu...lupa nak jerit tu kat dia....)

p/s lagi : gambar kami, JYJ versi pompuan akan diupload kemudian...ngeh ngeh ngeh..dah lengkap trio JYJ girl's version. Aku=Junsu, Kila=Jaejoong, Eqa=Yoochun :P

No comments: