Monday, October 11, 2010

When Little Things He Do, Means a Lot To Me

Situasi 1 :

Pernah rasa x bila ko tengah leka borak ngan si dia kat Old Town White Coffee Sungai Petani, tiba-tiba Pak Busu ko datang menjengah and ko tengok Pak Busu ko sambil buat tanda peace sambil tu menyumpah kantoi sebab dah pukul 12 malam tapi ko still lepak kat kedai kopi sambil berdeting sedangkan Pak Busu ko ingat ko dah tido kat bilik hotel ngan sepupu-sepupu ko?Pastu ngan gaya machonya si dia tu kata, sapa tu? Dan bila ko kata "tu la pakcik ai" dan dia terus kata "la, nape x bagitau, boleh bangun salam pakcik u" sedangkan si dia sebenarnya dah malu sebab cara dia pandang Pak Busu ko serupa nak carik gaduh.

Ooookey..mungkin bagi korang perkara tu biasa-biasa sahaja. Tapi mengenali dia, aku tau personaliti dia yang macam tu. Sebab aku dah pernah kenal lelaki yang buat derk je bila aku kata "oh, tu pakcik ai".Siap lari-lari lagi pun ada. Trust me, bila nak cari calon teman hidup, cari la orang yang gentleman okeh!!! Gentleman ke dia? Bagi aku...yeee.....heh!

Situasi 2 :

Pernah x rasa, bila ko oder Ice Lemon Tea Old Town yang amatlah pahit dan tak sedap sedangkan ko dah penah oder dulu tapi ko lupa dan ko oder lagi dengan alasan 'balik ni aku nak tido so x mau minom kopi' dan opkos la lemon tea turn out to be pahit dan x sedap sungguh, tiba-tiba si dia panggil waiter dan oder ais kosong sambil dalam hati ko pikir 'mamat ni kejadahnya nak minum sampai dua gelas, x takut terkencing-kencing ke?' padahal ais kosong tu untuk ko sambil dia kata "oder la something yang more sweet".

Wah! Sedangkan si dia hanya cakap benda-benda yang kecil saja. Tu belum lagi dia kata nak belikan ferrari sebijik sebagai hadiah perkahwinan kami. Kami? Sejak bila aku janji nak kawin ngan dia? Cheh...berangan je la ko. Baru dia oder ais kosong ko pun dah cair ye Amar? Tak la...Apa yang aku nak sampaikan kat sini, aku bukan jenis pampered when its come about love. Dah biasa buat sume sendiri walaupun masa tu ada bf. Tapi dengan dia....dia selalu ikut kehendak aku walaupun kehendak tu berbeza dari kehendak dia. Every single little things yang dia pernah sebut sebenarnya buat aku rasa...yup...I like this kind of guy. Simple yet charming.

Tu belum masuk drama di pagi Ahad bila tiba-tiba dia sms bagitau "ai dah ada kat bawah hotel ni" sedangkan masa tu ko tengah syok berjimba dalam keta on the way nak ke Penang sambil dalam hati pikir 'aku nak pegi Chowrasta dan beli jeruk' sambil pikir nak tepon skendel kat Penang nak ajak ngedet (dasar pompuan x cukup 1) Heh!! Sempat plak membebel kata " aku tak rasa aku ada janji nak ngedet or tugede-gede ikut dia balik Penang" walaupun hakikatnya malam tu dia ada sebut pasal balik sekali ke Penang sebab dia pun nak balik Penang besok. *berapa banyak Penang daaa....aku dah rasa pening*

Apa yang ingin aku katakan...aku tak perlu dia kata 'kalu kita kawin nanti ai anta u pegi slimming centre sebab u dah tembam'. Heh...again...bila dia ajak aku kawin? *Berangan sungguh* Cukup perkara kecik yang dia lakukan malam itu setelah hampir 5 tahun kitorang tak jumpa (itu belum amik kira tambahan beberapa tahun x bertegur sapa sebab aku hangin ngan dia) tapi bila jumpa dia, hati aku kuat katakan yang dia masih dia yang dulu. Dia yang pernah buat aku rasa "itu". Dia yang masih poyo, dia yang masih gila-gila perasan diri tu macho la sangat, dia yang dulu dan juga kini buat aku tersenyum... :)

Tu belum masuk lagi cerita dia kata aku comel padahal dalam pale otak baru je plan nak kuruskan badan sebab tengok dia maintain macam dulu-dulu jugak *cemburu ni*. Tetiba musnah plan diet aku sebab dia lagi suka aku yang sekarang, yang lagi berisi berbanding dulu kurus cekeding macam dia gak. Heh!!Musnah program Biggest Loser aku kalu dia selalu puji aku comel ni. Ahahahaha *mode perasan terlampau*

Okeyyy...mungkin ada yang fikir sape la si dia yang aku ceritakan ni ek? He's a friend of mine yang satu masa dulu pernah kongsi rasa "itu". Dia yang aku terpaksa lepaskan sebab both of us tak boleh ngam dengan dunia satu sama lain.Masa rebelnya dia ni, aku tak dapat nak selam hati dia. Dia yang kawan-kawan kata "aku tak nampak future ko kalu ko bersama dia" Siyes, tengok dia hari ni, aku macam nak cakap je ngan kawan-kawan aku "ko tengok la mat rempit ni, dia jadi 'orang' gak sekarang ni, mungkin dia jauh lebih berjaya dari korang yang kutuk-kutuk dia dulu".

He's not my bf okeh...Tapi kami maintain as a good buddy. Bertemu dan bercerita tentang diri masing-masing...Aku tak mau memasang dan menganyam buih angan-angan... Tapi, andai dulu aku selalu doakan andai aku bukan yang terbaik untuk dia, pertemukan dia dengan insan lain yang mampu menyayangi dia lebih dari aku...hari ini aku nak doa...supaya aku dipertemukan jodoh kalau bukan dengan dia, tapi dengan insan yang seperti dia....because being me, aku tak pandai nak mintak ferrari sebijik cukup a little consideration, it's mean a lot to me.

Heh! On the way to Kedah and Penang, ntah berapa kali lagu ni kuar kat radio...so, sekarang ni I'm into this mood of nak kata kat 'dia' "Jahat budak jahat" :)

No comments: