171010 - A Date with JYJ
Honestly, aku takkan pernah lupa yang the next day 181010 adalah hari yang paling mendukacitakan aku 11 tahun dulu 181099. Orang yang paling aku sayang dan orang yang aku tau selalu percaya pada keupayaan aku pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Andai tak punya kekuatan, aku rasa aku memang dah terjun sama dalam liang lahad masa tu. Aku hanya sedar yang andai aku rasa kesedihan tu, ada insan lain yang rasa lebih sedih daripada aku. Yup...apak aku. Dia hidup dari susah...dengan 5 orang anak bagai susun paku...masa tu felda bagi gaji bulanan RM64 (kalu tak silap) nak sara dan suap 7 mulut (mak, apak ngan 5 org abang n kakak aku), macam-macam kerja yang mak ngan apak buat. Kakak dan abang aku dah biasa idup berdikari dari kecil.Dari susah ke agak hidup yang agak selesa...beri makan, pendidikan pada kami adik beradik. Apak pernah kata yang dia hidup dengan arwah mak lagi lama berbanding hidup dengan arwah makwe (mak dia).
Aku rasa dunia kejam. Hanya beri aku peluang 18 tahun tuk hidup bersama mak. Aku jadi insan yang membenci takdir. Aku selalu rasa kenapa aku tak punyai kekuatan tuk terjun masuk dalam liang lahad masa tu? Pity me....suntuk betul pemikiran masa tu. Aku hanya sedar yang aku patut pandang kehadapan hanya 2 bulan selepas pemergian mak. Dalam masa 2 bulan tu, aku rasa aku masih bernyawa tapi aku dah mati masa tu. Aku mula sedar aku buat ramai insan disekeliling aku risau. Dapat result poli (masa tu sem 1, should be aku bole dpt result yg ok), aku kantoi 1 paper. Dan masa aku tunjuk result kat apak, apak kata "takpe la, boleh ulang balik, kan?" Ya Allah....baru aku sedar masa tu. Aku hanya tunjuk kesedihan aku tanpa endahkan kesedihan apak dan kerisauan dia terhadap sikap aku. Apak aku selalu kata yang akulah kekuatan dia. Ya Allah..selfish betul aku rasa masa tu.Aku hanya fikir yang aku nak ikut mak sama tanpa aku fikirkan apa kesannya pada apak.
Date with JYJ. Kesannya pada mental aku. They make me think. Always keep the faith. Arwah mak dan jugak apak, selalu percaya pada kemampuan aku. 1 kata-kata mak yang aku masih pegang "buktikan pada semua orang yang anak mak pun boleh berjaya". Aku belum berjaya lagi. Tapi InsyaAllah berkat doa mak dan apak...1 hari nanti aku akan menggapai bintang.
JYJ....Halangan tak menjadikan mereka insan yang lemah. Mereka bangkit mengharungi segala dugaan yang melanda dengan kepercayaan yang fans diorang bagi. Membaca dan mengikuti kisah mereka (selepas keluar dari DBSK) buat aku sedar, semakin banyak halangan yang kita alami, sebenarnya membuatkan kita jadi lebih kuat, lebih matang, lebih berkeyakinan.
JYJ....Thanks a lot. Sebab buat aku fikir.....Kalau JYJ kuat sebab Cassie and Big East sentiasa sokong dan percaya pada mereka....Aku....Aku akan kuat sebab aku masih punya apak, kakak-kakak, abang-abang, anak-anak sedara, sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang masih mempercayai aku.
Chongmal kamsahamnida JYJ.... You guys make me smile that day. Aku lupa sebentar kesedihan dan kesakitan yang aku alami. Dan korang ajar aku satu perkara....It's never to late for a new beginning....
181010....after 11 years
Masih ada tangisan. Tapi aku percaya hidup harus diteruskan...sebab aku masih punya ramai insan yang aku percaya (dan aku harap) akan merindui kehilangan aku. Dunia ini hanya pinjaman dan aku selalu doa harap dipertemukan dengan mak. Tapi aku harus teruskan hidup ini dengan kepercayaan yang mereka beri pada aku. 11 tahun....siapa sangka aku mampu harungi 11 tahun tu? Rintangan masa belajar, bercinta dan putus, masuk alam pekerjaan. Adakala buat aku tertanya...mak, kenapa tinggalkan adik tuk harung sume ni sendirian? Adakala rasa betul-betul putus asa.....but life goes on. Allah sayangkan arwah mak....dan aku patut dan harus sentiasa doakan mak bahagia disana...
Kalau 11 tahun dulu...aku menangis dan meratapi nasib diri...aku rasa aku nak sama mati...aku rasa kejamnya dunia ni..aku benci diri aku yang lemah menangis tak henti-henti...aku rasa aku nak terjun sama dok dalam liang lahad...aku benci bila orang kata "kesian dia, kecik-kecik dah takde mak"....aku benci bila aku terpaksa ucapkan selamat tinggal pada mak sedangkan aku belum ada peluang nak cakap betapa aku sayang dan berterima kasih kerana maklah insan yang paling hebat dan terbaik bagi aku...aku tak ada peluang nak tunjuk dekat mak, anak mak ni dapat sambung belajar kat U...aku tak dapat kongsi gembiranya aku dah ada degree....aku tak dapat tunjuk baju raya baru tiap kali raya dekat mak....kongsi segala cerita kisah suka dan duka aku...
11 tahun tu...aku hanya mampu menangis sendirian....gelak ketawa depan family & kawan-kawan bagai tiada duka....aku seret diri aku tuk habiskan degree sedangkan aku dah rasa x larat....aku telan semua pahit sendirian sedangkan adakala aku rasa aku penat...aku letih...Aku perlukan seseorang yang boleh berkongsi kepedihan hati aku ni.....
11 tahun tu....cukup mendewasakan aku. Dan menyedarkan aku...I'm blessed sebab aku masih ada family dan kawan-kawan. Aku bukan sendirian....Thanks a lot, semua. Dan mengenali this trio guys....menghirup udara yang sama....mendengar suara yang aku anggap sangatlah heaven...menyaksikan betapa mereka masih kuat merentasi semua halangan....buat aku percaya....This is only "THE BEGINNING"..... Thanks JYJ....sebab buat aku sedar...umpama tersentak dari mimpi...Wake UP!!! Kata JYJ...Ini hanya permulaan....permulaan pada sebuah kejayaan.....Hwaiting!!!
:)
No comments:
Post a Comment