Sunday, June 27, 2010
Happy Bubble
Pakcik MOOD silalah kembali!!!
Thursday, June 24, 2010
Aku Dan Wayang
Latest cerita yang rasa nak tengok Lagenda Budak Setan. Tapi aku cakap ngan Kila...dah ler xyah g tengok. Busu takut busu bako panggung je nanti. Hehehehe....aku ni peminat tegar novelist Ahadiat Akasyah, so sume novel dia aku dah baca. LBS is one of my favourite. Siyes....bagi aku tak ada cite yang lagi best dari Ahadiat selepas tu. Tapi bila baca sinopsis dan tengok review kat TV, rasa cam kureng je. Aku nak tengok betapa setannya Kasyah dalam filem tu tapi rasa cam banyak part jiwang je. Sorry la ek. Aku ni boleh emo je kalau jalan cite aku dah tau pastu tak tepati imaginasi aku. Lagipun, ahkak ni kureng masuk sikit ngan Farid Kamil *sorry Shee, citarasa tak sama part yang ni*.
Macam Harry Potter...sume novel Harry Potter aku dah khatam. Tapi bila kuar movie, aku rasa cam kureng je. Aku rasa banyak part yang best dalam novel tak ditonjolkan dalam filem. SATU KERUGIAN!!!Nasib tak tengok wayang...Aku skodeng Ijat nye VCD je.Kekekeke....Sampai sudah, satu pun filem Harry Potter aku tak layan kat wayang. Aku tengok yang no 1 sampai 3 je kot.
Pengalaman paling klako dalam wayang...masa tengok Wolfman ngan Radziah n Adul. Sebab si Adul ni tinggi bebeno, dia request nak duduk tengah-tengah antara aku ngan Radziah. Kitorang dah hangin je sebab kata dia gatai. Hahahaha...padahal dia nak selesa je. Ye la kalu dia senget or kangkang kaki dia n orang lain yang kat sebelah dia tentu orang tu rasa tak selesa. Kot ngan kitorang ni dia slumber je kangkang kaki dia lebar. Padan muka sape suh tinggi sangat. Hahaha...So, aku ngan Radziah dok seperate la sebab Adul dah dok tengah. Dah ler cite tu asik men'terkejut'kan aku je. Nyampah...Aku benci tengok cite yang memaksa aku menjerit.Kekeke...Tetiba aku dengar orang dok bercakap-cakap. Aku pandang Adul...Adul sengih je. Dia bisik kat aku...akak aku tengah tension tu. Couple sebelah dia dok berborak je tak sudah-sudah. Memang bising yang amat la. Aku tengok Radziah kejap ke depan kejap sandar balik badan dia kat kerusi. Muka jangan cakap la...hangin semacam je.
Kuar je dari panggung, aku bole tengok betapa berasapnya Radziah masa tu. Then dia bukak cite. Couple tu..yang pompuan tu, setiap patah yang actor dalam Wolfman tu cakap, dia pegi tanya balak dia. Eh, bang dia buat apa tu bang? Oh...dia baca Quran ek? What the....aku rasa cam nak sekeh je pale minah tu. Orang tu bukak Bible le bengap. Nak kata bengap pun memang patut pun. Radziah kata, ada chinese depan dia tu dah tegur supaya senyap tapi dia tak layan. Yang balak plak boleh layan je minah tu membebel. Hahaha...ayat paling lawak, "orang rasa malam ni orang nak tarik tilam tido kat luar la, panas". Hamikk ko...nak tido pun satu panggung bole tau. Aku dah kejang-kejang perut gelakkan Radziah sebab dia kata dia memang takleh konsentret tengok cite tu.
Tu la kan. Aku kureng faham la niat orang masuk panggung ni. Aku punya jenis...dah kuar duit biarlah berbaloi dengan cite yang kita tengok. Aku target, couple tu main redah je tengok ntahapapantah punya cerita, janji diorang dapat buat wayang. Masalahnya, ko sedar tak yang ko dah ganggu ketenteraman kazen aku yang memang excited tengok wayang? Aku? Aku rasa aku lagi banyak tutup mata n membebel sorang-sorang sebab cite tu asik wat aku rasa nak jerit je. Bukan seram, tapi ada part-part yang aku tau aku akan jerit tak agak-agak. kekeke...dari memalukan diri sendiri, baik aku tutup mata siap-siap.
Nape buat entri pasal ni? Sebab pagi tadi baru terfikir, dah lama yang amat aku tak tengok wayang. Kalu dulu masa belaja, kalu cite yang kitorang nak tengok tu full house, sanggup je tengok cite cine atau kartun. Ahahaha....zaman kaya ngan duit pitipitipu....Skang dah de duit sendiri, rasa kudukut la plak. Baik aku habiskan beli DVD cite Korea.
Wednesday, June 23, 2010
Terima Kasih YOBO untuk kemenangan itu
Yes!!Korea layak kepusingan seterusnya. Seri 2 sama ngan Nigeria tapi kelebihan pada pungutan mata melayakkan diorang ke pusingan seterusnya. Tak jadik la aku gantung jersi fesbuk aku. Ingat nak tuko profile pic tapi tak jadik....
Dah kata dah Yobo mesti bagi Korea menang punya la....hahahaha...siapakah YOBO? Biarlah rahsia....kekeke...ok off dulu..keje melambak sampai rasa nak pitam je ni...*tapi sempat pulak ko update blog ye*
Tuesday, June 22, 2010
Angan Berangan
Yong Hwa ah....Bila CN Blue nak datang Malaysia? Nanti bole le ngedet ngan noona ye.....ahaks..
Monday, June 21, 2010
뜨거운 감자 (Hot Potato) - 고백 (Confession)
Korean Lyrics
달이 차고 내 마음도 차고
이대로 담아 두기엔 너무 안타까워 너를 향해 가는데
달은 내게 오라 손짓하고
귓속에 얘길 하네 지금 이 순간이 바로 그 순간이야
제일 마음에 드는 옷을 입고 노란 꽃 한 송이를 손에 들고
널 바라 보다 그만 나도 모르게 웃어버렸네
이게 아닌데 내 마음은 이게 아닌데
널 위해 준비한 오백가지 멋진 말이 남았는데
사랑 한다는 그 흔한 말이 아니야
그 보단 더욱더 로맨틱하고 달콤한 말을 준비했단 말이야
숨이 차고 밤 공기도 차고
두 눈을 감아야만 네 모습이 보여 걸을 수가 없는데
구름 위를 걷는다는 말이 과장이 아니란 걸 알게 됐어
널 알게 된 후부터 나의 모든 건 다 달라졌어
이게 아닌데 내 마음은 이게 아닌데
널 위해 준비한 오백가지 멋진 말이 남았는데
사랑한다는 그 흔한 말이 아니야
그 보단 더욱더 로맨틱하고 달콤한 말을 준비했단 말이야
나를 봐줘요 내 말을 들어봐 줘요
아무리 생각을 하고 또 해도 믿어지지 않을 만큼 사랑해
Romaji
dari chago nae maeumdo chago
idaero dama dugien neomu antakkawo neoreul hyanghae ganeunde
dareun naege ora sonjitago
gwissoge yaegil hane jigeum i sungani baro geu sunganiya
jeil maeume deuneun oseul ipgo noran kkot han songireul sone deulgo
neol bara boda geuman nado moreuge useobeoryeonne
ige aninde nae maeumeun ige aninde
neol wihae junbihan obaekgaji meotjin mari namanneunde
sarang handaneun geu heunhan mari aniya
geu bodan deoukdeo romaentikhago dalkomhan mareul junbihaetdan mariya
sumi chago bam gonggido chago
du nuneul gamayaman ne moseubi boyeo georeul suga eomneunde
gureum wireul geotneundaneun mari gwajangi aniran geol alge dwaesseo
neol alge doen hubuteo naui modeun geon da dallajyeosseo
ige aninde nae maeumeun ige aninde
neol wihae junbihan obaekgaji meotjin mari namanneunde
saranghandaneun geu heunhan mari aniya
geu bodan deoukdeo romaentikhago dalkomhan mareul junbihaetdan mariya
nareul bwajwoyo nae mareul deureobwa jwoyo
amuri saenggageul hago tto haedo mideojiji anheul mankeum saranghae
English Version.
God know answers for a love you questions
The only thing that I know is that I do not know
I don’t know me anymore.
No solutions for a love your problems
the only thing I can’t be something I don’t wanna be
I’m not what I used to be
why I get mad, I don’t know anymore
I cross my cell phone and I’m sharing the door.
I’m not the nice guy you fell hell of here’s in love be fool
something’s wrong with me and you don’t seem to disagree
when I say “go away” it’s not really what I want it, want it to say
Everything I said it’s descant lost things in my head
I love you but it’s true
I don’t know but thing that I do
Maybe I’m crazy in love
God know problems, there are your solutions
the only thing I can be what you don’t want me to be
I’m not what I used to be
Why you get mad I know baby I see
you cross cell phone and the problem is me
I’m not the nice guy you fell hell of here’s in love and sorry
Something’s wrong with me and you don’t seem to disagree
when I say, go away it’s not really what I want it, want it to say
Everything I said it’s descant lost things in my head
I love you, but it’s true
I don’t know but thing that I do
maybe I’m crazy in love
Something’s wrong with me,
but don’t you know I’m tried to be beautiful, wonderful
though I maybe crazy baby know that I’m crazy for you.
p/s: masa mula-mula dengar lagu ni, memang best je rasa...tapi bila dah tengok MV, rasa cam.....oh my!!!very the cute!!!!ahahahaha.....so chingu-chingu sume...layannnn...
Happy Birthday dongsaeng....
Friday, June 18, 2010
My Dad, My Hero
Bila Rasa Itu Bukan Rasa Kita
Ntah la. Bangun je pagi tadi tiba-tiba ingat cinta yang tak kesampaian. Orang kata tak baik ungkit, benda dah lepas. Bukan aku yang ungkit. Salahkan mereka dan keluarga mereka.
Penah rasa tak, bila kita nak something then kita usaha gile-gile nak dapatkan benda tu. At the end, kita tak dapat, tapi kita tak frust? Aku? Aku pernah rasa. At the end, aku rasa macam...."oh, ok. Maybe bukan rezeki aku. Janji aku dah usaha".
Aku tak suka orang ungkit kisah tak kesampaian tu. Bole buat aku rasa nak hempuk meja, hempas pinggan mangkuk je. Silap besar kalau ada yang kata, status single aku ni ada kaitan dengan 'si dia' tu. Nehi hey nehi......Chongmal shiro....Nyampah giles kalu orang kata macam tu. Dan....jangan cuba buat aku berbaik dengan 'si dia' atau isterinya, sebab itu takkan pernah terjadi. I'm happy when I see him happy, but no, thanks. I don't think aku akan jadi kawan mereka-mereka itu. Biarlah aku doakan mereka bahagia. Aku tengok mereka bahagia. Tapi untuk jadi teman akrab mereka, itu akan jadi perkara terakhir yang aku fikir aku akan buat.
My BFF, Amy penah tanya. Macam mana rasanya jatuh cinta? Takut nanti hati akan terluka. Aku kata pada Amy...Go for it. Learn from that experience. Kalau tak jatuh, kita tak tau sakit ke tidak bila kita jatuh. Aku? Aku dah rasa macam mana tunggu someone selama 6 tahun (read: 6 TAHUN), then bila kami couple, aku rasa.....enough is enough...Ko takkan berjaya buat aku menangis lagi. Cukup! Tapi aku takkan pernah menyesal tunggu ko 6 tahun untuk ko luahkan perasaan ko pada aku + bercinta bagai nak rak selama 3 tahun = tak sampai setahun putus, ko dah bertunang ngan pompuan lain.
Aku akui, aku yang mintak putus. Bila aku mula rasa, rasa itu bukan lagi rasa kita. Bila hati mula tawar dan aku tak nampak future kami bersama. Ikhlas...tiada dendam. Dan bukan nak mendabik dada kata aku yang tinggalkan dia. Aku ngaku...aku tak cukup kuat tuk terus bersama dia. Aku tak pernah menyesal mencintai dia....Thanks a lot untuk semua rasa itu.
Nape nak ungkit kisah silam? Sedangkan dia sedang berbahagia. Berbahagia ke? Ntah, aku nampak macam ye je. Please la... Kata-kata anda sudah mengguris hati saya yang masih punya parut yang 'si dia' tinggalkan. Aku rasa aku dah ok, boleh borak n gelak-gelak dengan 'si dia' dan isterinya, tiba-tiba ada mulut yang berkata, "ko masih ada hati dengan dia". Oh, my....Nasib baik itu majlis orang, kalau tidak...mungkin meja dan periuk belanga bakal terbang dan aku bertukar menjadi menatang ijo Incredible Hulk.
Hari ni, aku macam nak tempik pada dunia. AKU MANUSIA BIASA...Aku tak rasa aku punya rasa "it's ok, aku ok". Please..no. Itu bukan aku. Ada masa aku bole berpura-pura yang aku ok, aku tak kisah tapi ada banyak masa aku rasa dan aku kata "cukup-cukup la lukakan hati sendiri. Ko pun ada hak untuk bahagia". Bila aku dah mula rasa macam tu, aku harap mereka-mereka itu akan memahami.
Bot, please la. Aku rasa aku tau niat ko suruh aku datang umah ko minggu ni. Nak jalan-jalan dengan 'si dia' dan isterinya sekali, kan? Maaf la. Patut pun rasa cam berat hati je. Sorry, Bot. There's a time bila aku betul-betul rasa aku tak ok. Dan aku tak rasa aku akan happy. Sebab.....'si dia' tu aku pernah cintakan separuh mati....
p/s : aku dah get over him...dia hanya tinggal dalam lipatan memory yang adakala buat aku terfikir, bestnye kalau Veldomort (Harry Potter) tu bole kuarkan memory tak best tu. Sayang seribu kali sayang, walau dah putus, aku still kena hadap muka dia bila ada majlis keluarga. *tu la padan muka, sape suh bercinta ngan kazen sndiri*...opsss...pecah suda rahsia aku....
p/s : korang tak tau betapa terernye aku. Wed 'si dia' aku redah dengan penuh slumber. Dah tak rasa apa-apa. Semoga ko bahagia. And I really hate lagu Pelamin Anganku Musnah....kekeke...bole emo dengar lagu tu.
p/s : note to my niece. Kalau rasa berbaloi untuk luahkan cinta pada someone, go for it. Grab sume opportunity tu. Sebab at the end of the day, buat penat je kalu nak tunggu jantan-jantan itu luahkan isi hati. Macam aku...menunggu sampai 6 tahun just because aku takmo digelar perigi cari timba.
p/s : he's not the reason aku masih solo sampai sekarang. In fact, lepas clash ngan dia, aku ada couple diam-diam....kekekekeke....player sungguh.
p/s : 'si dia' kata dia perlukan wanita yang bole mendampingi dia bukan menyaingi dia. Upppsss....aku bersaing dengan dia? Kekeke....aku lagi suka konsep "win-win". Mungkin sebab walaupun aku anak bapak, tapi bila ada peluang untuk berdikari...I'll go for it. So, lelaki diluar sana....sudi bersaing dengan saya?? *gelak sambil tutup mulut*
Mood Saya : Sedeyyyyy
South Korea ku sayang. Tapi kenang-kenang, ada gak 1 gol. Nasib bukan telo ayam. Tapi ye la, lawan Argentina tu. Nasib la kena dok 1 grup. Aku? Tak tengok pun. Terus tekan butang R tengok result. Hahahaha.....ok, sedeyyy dowh. Tapi I'm cool. Adat la bola (ayat pujuk ati).
Sebagai peminat Korea tegar, aku still setia ngan Korea. Padahal, terus terang kata tak tengok pun game diorang. Umah kami ada estero tapi tak subscribe sport channel *sedeyyy lagi*. Ye la, sape la yang nak nengok. Kitorang ni asal bukak je tv, tekan 303. Hampeh je. Tapi rasanya Arena akan buat siaran ulangan kan? Hmmm...layan je la nanti kalu ada masa.
Ok, takmo sedey-sedey. Aja aja hwaiting South Korea!!
p/s : Abon terkejut, aku bole cakap anneyoung (hai). Bila aku kata saranghae (i luv u), dia kata dah bunyi jawa je dengarnya.Ahahaha.....ada aku kesah?
Thursday, June 17, 2010
Info GO : 7 Perkara Patut Dielakkan Selepas Makan
7 Perkara Kita Tak Patut Buat Lepas Makan
1. Hisap rokok : Kajian mendapati menghisap rokok selepas makan = menghisap 10 batang rokok yang mana akan meningkatkan risiko kanser. So, kalau ada family member ke, asben ke, bapak ke, sape -sape la yang merokok, nasihatkan la. Tak yah merokok de. Duit beli rokok tu, meh sini kita wat beli henbeg baru ke kasut baru ke. Baru best..
2. Makan buah serta-merta : Makan buah selepas makan hanya akan menyebabkan perut kita kembung. Sebaik-baiknya makan selepas 1-2 jam selepas makan atau makan buah dulu baru makan nasi macam entri sebelum ni pasal makan buah.
3. Minum teh : Sebab teh mengandungi kandungan asid yang kuat yang akan membuatkan kita susah nak digest.
4. Longgarkan tali pinggang : Ye la, lepas makan mesti kenyang kan? Tapi please jangan longgarkan tali pinggang anda sebab ia hanya akan menyebabkan usus berbelit dan tersekat. (Nota tuan tanah: first time dengar. Biasa kalau dah kenyang makan, memang akan loose kan belt.)
5. Mandi : Mandi selepas makan hanya akan menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan badan naik dan menurunkan jumlah darah dalam perut. Ini boleh menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.
6. Jalan : Orang kata berjalan selepas makan akan memanjangkan usia kita sehingga 99 tahun. Sebenarnya tak betul tu. Berjalan selepas makan hanya akan menyebabkan sistem penghadaman kita tak dapat menyerap nutrition yang diperlukan.
7. Tido...zzzz : Tido selepas makan akan menyebabkan makanan kita tak dapat dihadam dan boleh menyebabkan gastrik dan infection pada usus. (Nota tuan tanah: Ha, jangan buat lagi ek. Ni la tabiat tuan tanah bila dah kenyang,huhuhu....)
Lesen oh Lesen
Tu la. Sebab kat sini tak men'drive'kan diri. Kalau tak, memang gembira la JPJ dapat duit nanti. Ni kalau cakap ngan apak, mau kena jelingan maut je nanti. Apak tu, bukan nak marah aku. Tapi dia pandang semacam je kalau tak suka apa yang aku buat.
Nasi baik bos ilek hari ni. Dia g cari nasik goreng Pattaya...kekeke...ape la bos ni. Kat Kelana Jaya ada je nasik goreng Pattaya tu. Kat Kafe Jemari. Cheh!! Mentang-mentang la sekarang rajin lepak kat kafe tu.
Yang penting, projek felt dah jalan. Yezzzaaaaa....nantikan kemunculan gambar-gambar hasil kerastanganku. Sanggup malam tadi tido lambat sebab nak menjahit. Sambil ditemani cerita Cinderella Stepsister dan Star Golden Bell di 303.
Wednesday, June 16, 2010
Info GO : Makan Buah - Bagaimana Ia Boleh Mencegah Kanser
1. Buah harus dimakan sebelum amik apa-apa meals. Means, makan dalam keadaan perut kosong. Apabila anda makan buah sebelum meals, ia akan memainkan peranan penting untuk detoxify atau dalam erti kata lain, menyahkan toksid dalam system anda, memberikan tenaga untuk mengurangkan berat badan...Ya ampun...patut la aku tak kurus-kurus.Salah amik makanan rupanya. huhuhu....: P
2. Amik meals before fruit juga bole menyebabkan bloating atau dalam erti kata lain kembung perut pastu asik nak melepas n sendawa je. Sebab buah-buahan yang kita makan tu dah bercampur dengan makanan yang ada dalam perut dan menyebabkan gas beracun berlaku. (nota tuan tanah: kalu bom beracun boleh buat kasi bom itu Israel, best gak. Ni asik buat orang pitam je, buat apa)
3. Nak kurangkan rambut beruban dan gugur sebelum waktunya, nervous tak tentu pasal dan jugak ilangkan dark circle bawah mata, baik la makan buah sebelum amik meals.
4. Buah Kiwi : kecik -kecik cili api. Besar khasiatnya. Penuh dengan potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Vitamin C 2 kali ganda dari oren.
5. Apple : Memang kurang Vitamin C tapi ada anti-oksida dan flavonoids yang bole mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung dan stroke.
6. Stoberi : Buah yang protektif (translate secara langsung ni). Mempunyai ketinggian anti-oksida berbanding buah yang lain dan bole protect tubuh dari penyebab kanser juga kesumbatan saluran darah.
7. Oren : Ubat yang manis (ramai orang diabetes takut nak makan oren, nape ek?). Amik oren 2-4 biji sehari boleh menjauhkan flu, menurunkan kadar kolestrol, mencegah dan menghapuskan kidney stones serta mengurangkan risiko kanser kolon.
8. Tembikai : Banyak kandung air. Banyak glutathione yang mana bole menaikkan immune system. Juga kedapatan Vitamin C dan Potassium.
List oh List!!!
Ok...pokes pokes...Ceh,kalu keje x lak ko pokes camni sekali. Hmmm, list nak buat sampai end of this year. Ala-ala impian gak la.
1. Paling penting ni. Kumpul duit tuk Super Junior Super Show 3. Kalau diorang tak datang, duit tersebut bakal di keri-powed untuk ke Korea membuat lambaian terakhir tuk teukie masa dia nak ke plkn. Macam ye ye je aku nak g sampai Korea. Simpan duit tu wat g umrah la Amar oi...oooo...ok, insap jap. :P
2. Projek felt aku yang asik tergantung setengah jalan je. Tu la sape suruh penyakit M tu datang serang aku? Aja aja hwaiting, Amar!! Dah lama janji nak buatkan keychain or sarung fon tuk Aizan, tapi kesudah tak buat-buat. Mana taknye, balik je lepas makan terus mata kuyu. Adoyaiii...kritikal betul penyakit ni. Rasa macam nak bagi present je kain felt tu pada acik. Biar dia settlekan. Ahahaha.....oiii cik kak. Kritikal dah penyakit malas n hangat hangat taik unta ko ni. P berubat cepat!!
3. Kena beli external hard disk. Sebab aku bakal mencuci lappy aku. Sebelum kena cuci, kena la savekan sume story mory the morning glory yang ada dalam lappy tu. Sayang wooo...Super Junior punya file je dah makan berapa gb. Ingat nak sambar Corby, tapi takpe la. Super Junior lagi penting. So, pakai je la henset cap ayam tu dulu.Huhuhu....
4.Tahun ni nak belikan apak baju melayu sepasang. Yang dah siap la. Biasa la apak aku. Dia bukan heran sangat baju baru ni. Tiap tahun dia pakai baju melayu yang sama je. Pas semayang raya, dia dok umah pakai singlet ngan pelekat je. Tahun ni cadang nak sedondon ngan apak la. Ada suggestion warna apa yang sesuai? Ingat nak pakai itam, tapi apak aku memang dah itam, sian plak kat dia. Biasa tiap tahun aku belikan dia t-shirt, tapi tahun ni nak ubah la plak. Bagi baju melayu sepasang.hehehehe...:)
5. Nak donlod Personal Taste dan lain-lain story. Tapi alahai, malas yang amat. Apa nak jadi ni? Aigooo...Dah jauh ketinggalan ni. Oh My Lady pun aku lum abis nengok. Dah donlod tp xtengok lagi.
6. End of year aku memang takleh cuti. Time orang lain sibuk abiskan cuti tahunan, opis kitorang plak cuti akan dibekukan. Uwaaaa.....ingat nak g cuti-cuti Malaysia. Nak g Sabah jumpa Amy. Takpe la awal tahun, aku nak apply cuti lama-lama. Nak g Sabah ngedet ngan Amy. Tak pun ke Langkawi nak guling-guling atas cokelat...ahahaha...sungguh tidak bole blah. Erm, Tioman pun ok gak kan? Kila, mau folo?
7. Kecemburuan pada teman opis yang hujung minggunya dihabiskan ke kelas kek dan roti. Sedangkan aku? Kalau tak pulang ke kampung, aku akan habiskan masa menambah koleksi lemak dibadan saja. Bak kata acik, 'terharu dengar ko nak pegi kelas kek'. Hahahaha....kuang asam boi punya kakak. Bukan nak menggalakkan aku, dia gelakkan aku plak. Tapi dia memang kenal adik dia yang hangat-hangat taik unta ni. Juga cemburu pada Kamalia yang dok asik buat kek n roti macam-macam. Ko jangan ngada-ngada nak show-off ko pandai masak, Kamalia. Aku jeles ni. Hahahaha....sampai ati ko. Camne ko bole pandai masak bagai-bagai ni?Jeles aku,tau...
Rasa macam banyak je yang nak dilistingkan, tapi nape sikit je? Takpe la...ni sume tokoh-tokoh dah ilang ingatan la ni. Short term memory lost.Erk....betul ke ayat tu? Lantak la... :P
Ok la....demam bola belum menyerang. Tapi demam pada Ahn Jung Hwan oppa dah mula ketara ni. Aigooo......
Monday, June 14, 2010
Bila Demam Bola Menyerang
Yang penting nak bagi tau, Korea menang!!! Yippeee.....2-0 lawan Greece.Aja aja Hwaiting, Korea!!! Yezzzaaa....hmm, baru tau de sorang player Korea yang kendo lagi bergaya - Ahn Jung Hwan jersi no 9.Hahahaha...aigoo...rasa cam dia lagi layak jadi model je. Tapi tinggi 177cm je? Aigooo oppa, nape pendek sangat? Bukan biasa lelaki Korea ni tinggi-tinggi ke? Ehem...ehem...oppa, dah kawin lum? Kalau lum, nanti I kumpul duit gi Korea pinang U ek...ahahaha....
Siyes, maleh betul nak layan world cup kali ni. Cheh, macam la selalu layan. Tapi tetiba semangat nak layan sebab nak tengok oppa Jung Hwan (at last boleh gak panggil someone oppa, kot tak asik dongsaeng je la). Memang la orang pompuan ni, nengok bola sebab ada pakwe ensem je. Kalu tak tu, harap je la.
Yang paling kelako, England seri 1 sama ngan US. Apekejadahnya??? Dah ilang sengat ke England oiii... Bukan korang ramai player handalan ke? Mana pegi diorang sume? 1 sama ngan US???Aigoooo...ini sudah tahap bikin malu ni. Sume tau US memang bukanlah pasukan yang terer bila sebut pasal soccer. Kalu football tu memang ye la jugak. Aiyokkkk....apa suda jadi?
Ok, enuff la ek. Nanti kang ada yang hangin telinga panas plak kang aku kutuk-kutuk bola. Erm...nak belek sokabar jap la. Korea ada lawan ke hari ni? Ahahaha....nak tengok Jung Hwan oppa yang hot...Ahaks... Aja aja hwaiting Korea , hwaiting Jung Hwan oppa!!!!Teruskan perjuangan....hmmm..nak tanya. Kat mana leh dapat jersi no 9 Korea ek? Ahahahahaha.... :P
p/s : Kila lagi dasat. Tak tau World Cup tahun ni kat mana. Aigooo....dia memang sah idup dalam dunia dia sendiri. Kalau event tentang Shahir AF tu dia tau la. Ape nak jadik la anak buah aku sorang ni? Tapi aku pun sama gak, gile Korea terlampau. Balik dari karaoke, terus bukak lagu Korea. Ye la, kat Karok mane de lagu Korea, so nak polish balik otak yang dah termasuk lagu jiwang-jiwang karat je.
It Has To Be You - Cinderella Stepsister OST
Silalah dengar betapa merdunya suara Yesung dalam OST ni. Yang paling membanggakan lagu ni pernah menang Music Bank n kalahkan Rain..hahahaha happy giles aku. Sorry ek, kureng minat ngan Rain.
Salah satu cerita yang MUST watch punya. Sebab cite ni bakal membuat ramai orang menangis tersedu-sedu (macam aku n Kila). Memang best sangat. Heroin ni (Moon Geun Young) pernah berlakon Autumn In My Heart dulu masa dia kecik-kecik. Sekarang dah beso dah minah ni. Memang seronok je tengok ekperesen dia. Very gedebas....
So, kalau berminat bole la donlod or streaming je.mysoju n drama crazy ada cite ni. Aku? Aku layan kat KBS World je. Dah nak habis dah pun...
Oh! My Lady
Synopsis
A spunky 35-year-old housewife, Yoon Gae Hwa, takes on the job of manager to prickly top star Sung Min Woo in order to earn enough money to regain custody of her child from her ex-husband. Romantic hijinks and hilarity ensues when they find themselves in an awkward living situation as Min Woo pays Gae Hwa to take care of his daughter, Ye Eun.
Info GO : Kelebihan Bulan Rejab ep 1
- Malam awal Rejab - mustajab doanya
- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus)
- Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya
- Puasa tiga hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang, yang menghalang dia ke neraka yang mana panjangnya setahun perjalanan
- Puasa empat hari akan diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari Kiamat
- Puasa lima hari , akan aman daripada azab kubur
- Puasa enam hari , keluar kubur dalam keadaan bercahaya muka
- Puasa tujuh hari, ditutup daripada tujuh pintu neraka
- Puasa lapan hari, dibuka baginya lapan pintu syurga
- Puasa sembilan hari, pabila keluar dari kuburnya lalu mengucap dua kalimah syahadah, ditolak dia masuk ke syurga
- Puasa sepuluh hari, dijadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
- Puasa enam belas hari, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
- Puasa sembilan belas hari, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s
- Puasa dua puluh hari, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur)
Ambillah peluang yang ada sementara kita masih sihat dan berkemampuan untuk berpuasa :)
sumber : pakcik google
Friday, June 11, 2010
Kita Patut Bersyukur Kita Masih Disayangi
Tapi bila ada sesuatu terjadi dalam hidup kita, barulah kita tau dan sedar, ramai sebenarnya yang sayangkan kita. Aku rapat ngan arwah mak masa dia dah mula sakit. Aku yang jaga dia kat hospital. Ikhlas....aku bersyukur diberi kesempatan jaga arwah masa hayatnya masih ada. Dan aku akui, aku tau mak sayangkan aku sangat-sangat cuma dia bukan jenis pandai luahkan sayang. Dari cara dia, aku tau sebenarnya dia sayang semua anak-anak dia.
I'm bless. Itu aku selalu kata pada diri aku. Walau mak dah takde, tapi aku tak pernah rasa kurang kasih sayang. Cuma masa 1st raya tanpa mak, aku nangis masa nak beli kasut raya. Walaupun masa tu dah umo 19 tahun, tapi mak belum pernah gagal lengkapkan pakaian aku untuk hari raya. Walau masa dia tengah sakit. Dia akan hulur duit pada acik, "Beli baju raya adik kau. Mak tak nak dia tak lengkap baju raya dia nanti". Tu la mak aku. Aku hilang sebelah anting-anting, petang tu gak aku dah dapat anting-anting baru. Dia akan cuba lengkapkan semua dari atas ke bawah. Bila mula-mula soping raya, aku nangis kat kedai kasut. Aku tak biasa apak yang uruskan. Biasa mak yang bising, apa yang tak cukup lagi. Masa tu memang rindu sangat dengan mak.
Tapi hari ni....aku selalu pandang sekeliling. Tanpa mak, aku masih ada insan lain yang ambil berat tentang aku. Apak, acik, Aizan, Ijat, Kila, Eqa....adik beradik aku n anak-anak sedara yang lain jadi kekuatan aku. Aku ingat lagi tiap kali aku rasa sedih, aku akan peluk Aizan kuat-kuat. Aku mintak dia janji ngan aku, sampai dia dah besar n dah kawin pun dia kena bagi aku cium dia. hehehehehe....buah hati kesayangan aku tu. Aku tau aku bless sangat-sangat sebab diorang sume.
Jangan sesekali kata kita malang. Aku tak mau kata aku malang. Sebab aku tau mak dan apak lahirkan aku bukan untuk jadi anak yang malang. Bila aku rasa Allah turunkan ujian untuk aku, aku selalu kata cuba lihat dari sudut positif. Kita akan nampak semua kelebihan-kelebihan tu.
Jangan sesekali rasa kita sendiri. Sebab kita masih ada Allah bersama kita. :)