Thursday, June 17, 2010

Info GO : 7 Perkara Patut Dielakkan Selepas Makan

Hehehehe...rajin plak wat info kesihatan. Ye la semenjak diri diserang penyakit ni, aku jadi agak alert pasal kesihatan. So, nak kongsi sedikit info yang diperolehi dari email.

7 Perkara Kita Tak Patut Buat Lepas Makan

1. Hisap rokok : Kajian mendapati menghisap rokok selepas makan = menghisap 10 batang rokok yang mana akan meningkatkan risiko kanser. So, kalau ada family member ke, asben ke, bapak ke, sape -sape la yang merokok, nasihatkan la. Tak yah merokok de. Duit beli rokok tu, meh sini kita wat beli henbeg baru ke kasut baru ke. Baru best..

2. Makan buah serta-merta : Makan buah selepas makan hanya akan menyebabkan perut kita kembung. Sebaik-baiknya makan selepas 1-2 jam selepas makan atau makan buah dulu baru makan nasi macam entri sebelum ni pasal makan buah.

3. Minum teh : Sebab teh mengandungi kandungan asid yang kuat yang akan membuatkan kita susah nak digest.

4. Longgarkan tali pinggang : Ye la, lepas makan mesti kenyang kan? Tapi please jangan longgarkan tali pinggang anda sebab ia hanya akan menyebabkan usus berbelit dan tersekat. (Nota tuan tanah: first time dengar. Biasa kalau dah kenyang makan, memang akan loose kan belt.)

5. Mandi : Mandi selepas makan hanya akan menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan badan naik dan menurunkan jumlah darah dalam perut. Ini boleh menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.

6. Jalan : Orang kata berjalan selepas makan akan memanjangkan usia kita sehingga 99 tahun. Sebenarnya tak betul tu. Berjalan selepas makan hanya akan menyebabkan sistem penghadaman kita tak dapat menyerap nutrition yang diperlukan.

7. Tido...zzzz : Tido selepas makan akan menyebabkan makanan kita tak dapat dihadam dan boleh menyebabkan gastrik dan infection pada usus. (Nota tuan tanah: Ha, jangan buat lagi ek. Ni la tabiat tuan tanah bila dah kenyang,huhuhu....)

No comments: