Biasa tengok wayang? Hmmm....sapa la yang x penah tengok wayang, kan? Tapi sebeno nye ada gak yang tak penah tengok wayang n tak suka tengok wayang. Aku paling addicted tengok wayang masa belajar dulu la. Sebulan tu bukan kata sekali aku tengok wayang, berkali-kali. Tapi bila dah keja ni agak jarang la plak tengok wayang. Last sekali, tengok Wolfman kot. Tu pun kat Melaka ngan Radziah and Adul before wedd dia. Dah dekat nak 2 bulan rasanya..kkekekeke....
Latest cerita yang rasa nak tengok Lagenda Budak Setan. Tapi aku cakap ngan Kila...dah ler xyah g tengok. Busu takut busu bako panggung je nanti. Hehehehe....aku ni peminat tegar novelist Ahadiat Akasyah, so sume novel dia aku dah baca. LBS is one of my favourite. Siyes....bagi aku tak ada cite yang lagi best dari Ahadiat selepas tu. Tapi bila baca sinopsis dan tengok review kat TV, rasa cam kureng je. Aku nak tengok betapa setannya Kasyah dalam filem tu tapi rasa cam banyak part jiwang je. Sorry la ek. Aku ni boleh emo je kalau jalan cite aku dah tau pastu tak tepati imaginasi aku. Lagipun, ahkak ni kureng masuk sikit ngan Farid Kamil *sorry Shee, citarasa tak sama part yang ni*.
Macam Harry Potter...sume novel Harry Potter aku dah khatam. Tapi bila kuar movie, aku rasa cam kureng je. Aku rasa banyak part yang best dalam novel tak ditonjolkan dalam filem. SATU KERUGIAN!!!Nasib tak tengok wayang...Aku skodeng Ijat nye VCD je.Kekekeke....Sampai sudah, satu pun filem Harry Potter aku tak layan kat wayang. Aku tengok yang no 1 sampai 3 je kot.
Pengalaman paling klako dalam wayang...masa tengok Wolfman ngan Radziah n Adul. Sebab si Adul ni tinggi bebeno, dia request nak duduk tengah-tengah antara aku ngan Radziah. Kitorang dah hangin je sebab kata dia gatai. Hahahaha...padahal dia nak selesa je. Ye la kalu dia senget or kangkang kaki dia n orang lain yang kat sebelah dia tentu orang tu rasa tak selesa. Kot ngan kitorang ni dia slumber je kangkang kaki dia lebar. Padan muka sape suh tinggi sangat. Hahaha...So, aku ngan Radziah dok seperate la sebab Adul dah dok tengah. Dah ler cite tu asik men'terkejut'kan aku je. Nyampah...Aku benci tengok cite yang memaksa aku menjerit.Kekeke...Tetiba aku dengar orang dok bercakap-cakap. Aku pandang Adul...Adul sengih je. Dia bisik kat aku...akak aku tengah tension tu. Couple sebelah dia dok berborak je tak sudah-sudah. Memang bising yang amat la. Aku tengok Radziah kejap ke depan kejap sandar balik badan dia kat kerusi. Muka jangan cakap la...hangin semacam je.
Kuar je dari panggung, aku bole tengok betapa berasapnya Radziah masa tu. Then dia bukak cite. Couple tu..yang pompuan tu, setiap patah yang actor dalam Wolfman tu cakap, dia pegi tanya balak dia. Eh, bang dia buat apa tu bang? Oh...dia baca Quran ek? What the....aku rasa cam nak sekeh je pale minah tu. Orang tu bukak Bible le bengap. Nak kata bengap pun memang patut pun. Radziah kata, ada chinese depan dia tu dah tegur supaya senyap tapi dia tak layan. Yang balak plak boleh layan je minah tu membebel. Hahaha...ayat paling lawak, "orang rasa malam ni orang nak tarik tilam tido kat luar la, panas". Hamikk ko...nak tido pun satu panggung bole tau. Aku dah kejang-kejang perut gelakkan Radziah sebab dia kata dia memang takleh konsentret tengok cite tu.
Tu la kan. Aku kureng faham la niat orang masuk panggung ni. Aku punya jenis...dah kuar duit biarlah berbaloi dengan cite yang kita tengok. Aku target, couple tu main redah je tengok ntahapapantah punya cerita, janji diorang dapat buat wayang. Masalahnya, ko sedar tak yang ko dah ganggu ketenteraman kazen aku yang memang excited tengok wayang? Aku? Aku rasa aku lagi banyak tutup mata n membebel sorang-sorang sebab cite tu asik wat aku rasa nak jerit je. Bukan seram, tapi ada part-part yang aku tau aku akan jerit tak agak-agak. kekeke...dari memalukan diri sendiri, baik aku tutup mata siap-siap.
Nape buat entri pasal ni? Sebab pagi tadi baru terfikir, dah lama yang amat aku tak tengok wayang. Kalu dulu masa belaja, kalu cite yang kitorang nak tengok tu full house, sanggup je tengok cite cine atau kartun. Ahahaha....zaman kaya ngan duit pitipitipu....Skang dah de duit sendiri, rasa kudukut la plak. Baik aku habiskan beli DVD cite Korea.
No comments:
Post a Comment